Thursday, December 31, 2009

FEP Sport - Badminton

mmg bergaya btol budak nie :D

menung


double pempuan.. cayalah rinie!
kempen pinjam-pinjam kasut.. i nk main pasni, xleh pinjam huhu..
tu dok jauh je tuh :P

kiter main mix laa partner dgn wan

bravo wan!

pastu partner dgn fadhil..
bersama barisan grup kami.. depa main double

kak zai + kak dahlia + me



MAJULAH SUKAN UNTUK FEP!

Tuesday, December 29, 2009

Drift

Sekadar memenuhi kegemaran / keinginan ammar 2 mggu lps kami jalan2 ke maeps (mardi) utk meyaksikan keta2 power beraksi yg mana dimenangi oleh Tg. Djan (Malaysia). Congrats!









Monday, December 28, 2009

FEP Game

Alahaiii.. setahun sekali baru ko nk bersukan yek.. punyer pemalas tul korang nie... termasuk aku ler tu hik3x. Esok badminton, lusa penutup ~bowling~ chaiyokkkk


din panggil, apelagi posing la kunun

bersama membe2 pom pom
org nk bergambau masa tu la die nk masuk (kaki / tgn tepi tuh) hehhehe
khusuknye geng2 nie
haiii kalau jupe kak mas, tk bergossip tk sah yek!
amboi kak jun, perasan je kamera eh
bola outtt yee iskh iskh sikhhhh
din buat show keh3x
ITU JE YERRRR ^_^


Thursday, December 24, 2009

Yg pernah saya gunakan

SALINDAH
Produk yg saya gunakan semasa mengandung. Harga RM224


  • Pencipta Salindah

  • Prof Dr Azizan Hj Ismail adalah pencipta Formula Salindah . Beliau adalah seorang tokoh homeopati yang terkenal di Malaysia.
  • Kenapa Salindah
  • Salindah diperkaya dengan Kalsium , Kalium , Ferum dan Magnesium untuk menjadikan ibu - ibu hamil lebih sihat dan si manja kelihatan lebih comel, cergas dan pintar. Malahan membantu pertumbuhan gigi dan tulang si manja anda menjadi lebih kuat.

Fungsi / Cara pemakanan




    B1 - Mulai seawal kehamillan


  • Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain.
  • B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau rebah di samping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah tersimpul urat kaki dan menghilangkan lesu.



B2 - Mulai minggu ke 24 hamil

  • Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambah darah serta selera makan.
  • B2 juga dapat menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis.


B3 - Mulai minggu ke 28 hamil



  • Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis.
  • Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.


B4 - Mulai 4 minggu sebelum jangka bersalin

  • Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan.
  • B4 juga akan memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.

B5 - Mulai 2 minggu sebelum jangka bersalin

  • Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.


B6 - Mulai 1 minggu sebelum jangka bersalin

  • Khasiat : Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.

LEESA FORMULA (LPS BERSALIN)

Saya gunakan produk ini semasa berpantang. Harga RM215.

Antara produk2 leesa :

FUNGSI TABLET HARUAN COMPLEX

  • Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam (terutamanya wanita yang brsalin secara caesarian atau pembedahan).
  • Melegakan luka-luka kecil atau luka jahitan faraj akibat melahirkan.
    Baik untuk wanita lepas bersalin, kanak-kanak, wanita dan lelaki untuk kesihatan badan terutama untuk luka-luka dan selepas pembedahan
FUNGSI TABLET PERAWAN

  • Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan.

  • Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas.

  • Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air.

  • Mencegah masalah meroyan.

  • Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin.

  • Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bias-bisa tulang.

FUNGSI BODY CONTOUR GEL

  • Disapu di perut, pinggang, punggung dan peha sebelum memakai bengkung untuk memecah dan membakar lemak, selulit dan lendir yang bertakung di bawah lapisan kulit.

  • Bertindak menegangkan dan melembutkan kulit.

  • Mengurangi stretch mark.

FUNGSI GINGER CREAM

  • Membuang angin dan mencegah angin dari memasuki badan.

  • Menjana haba dan memberi kehangatan pada badan.

  • Mencair dan melancarkan perjalanan darah.

  • Memudahkan pencernaan kerana halia yang bersifat karminatif dapat melawan gejala angin dan membantu pencernaan.

  • Digunakan oleh ahli perubatan Greek purba untuk mengubati lumpuh yang berpunca dari ketidak seimbangan lendir dalam badan.

  • Perubatan Arab dahulu kala menggunakan halia sebagai ubat perangsang nafsu dan mengubati penyakit ghout.

  • Mencegah daripada pening ketika dan selepas mengandung serta mabuk ketika dalam perjalanan darat atau laut.

  • Boleh digunakan oleh semua kanak-kanak, lelaki dan wanita biasa yang tidak berpantang untuk mendapat semua kebaikan di atas.

  • Baik untuk orang-orang tua yang mengalami lenguh dan sengal badan.


FUNGSI MINYAK TELON

  • Digunakan secara tradisional untuk mencegah kemasukan angin, melegakan kembung perut serta memberi rasa hangat pada perut bayi.

MINYAK YANG SAYA GUNAKAN UNTUK BERURUT

MINYAK HERBANIKA (NONA ROGUY) RM70


  • Membantu melembutkan urat saraf dan otot yang tegang (semasa meneran melahirkan anak) atau kurang pergerakan (semasa proses pembedahah) dan membantu melancarkan peraliran darah.
  • Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan dan memecahkan pengumpulan angin di usus dan rahim di samping membantu mengecutkan rahim secara luaran

MINYAK BERUBAT MUSTAJAB (NONA ROGUY) RM33

  • Ini membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses peneranan melahirkan anak berlaku
  • Boleh juga digunakan kepada bayi untuk mengelakkan kembung.

Kesimpulannya, saya sangat berpuashati dengan produk2 yang saya gunakan. Sekadar berkongsi...

Wednesday, December 23, 2009

Bile saya malas memasak...

Dh lama tk citer psl masak kan?? Haa ni masakan nak cepat.. Lapo3x

Masak lemak telur.. telur itik xde... bantai telur ayam leee

Nyummm nyummm favourite gue! Kerabu kacang botol.
(Kunyit hidup+halia+blackpaper+ikan bilis~resipi pa&ma~) Baik utk org yg berpantang.. buang angin2 n panaskan bdn. Sile contohi saye.. anak dh 2 thn pon berpantang lagi. Jaga Badan! kwang3x... (poyo!)

Sup Cendawan

Saturday, December 19, 2009

Tahniah Nazli

Seharian kami gi wedding nazli kat sabak bernam.. Kami g reramai naik bas upm jerk.. Perjalanan memakan masa 3 jam lebey kurang.. tapi masa balik 2 jam lebey jer.. Sampai umah pun dh kul 6++.. Alhamdulillah, smpai juga kami ke majlis yg amat bermakna utk nazli.. Tahniah kami ucapkan.. Semoga nazli dan pasangannyer berbahagia hingga ke akhir hayat mereka dan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah. Minggu2 terakhir cuti sekolah nie mmg ramai pakat buat kenduri.. hari ni jugak sy terlepas nk gi kenduri kawin adik kawan sy.. maaf bebanyak, masa tidak mengizinkan.. lainkali knurul g umah yer..

pasangan pengantin

bersama kawan2 UPM
sekali lagi
di halaman rumah, dh nk berangkat pulang (^__^)
kenangan bersama pengantin
sekali lagi
Nazli dan isterinya, yati sdg diapit oleh sape lagi... me n my hubby
Last snap.. So sweet! (^_^)"