Thursday, June 30, 2011

9 Alasan Perlunya Sterilizer

Philips Avent RM 289.00





Snow Bear Sterilizer (Combo) RM 199.00

Jingle Jungle Combo ( Sterilizer + Warmer) RM169.90, offer price RM 129.90



Little Bean Combo RM 159.00 (offer)



Pilihan saya? Gambar belum transfer ok.





Apakah yang saya perlukan untuk mensteril botol bayi saya?



Pada tahun pertama dalam kehidupan bayi anda, dia amat mudah dijangkiti penyakit. Jika anda tidak mensterilkan botol-botol bayi anda, virus, bakteria dan parasit boleh berkumpul di botol atau susunya dan membuat dia sakit.



Bayi anda boleh dijangkiti daripada sesuatu yang tidak serius seperti kandida kepada serangan yang lebih serius seperti muntah-muntah dan diarea (cirit-birit). Namun, anda tidak mungkin akan dapat menyediakan persekitaran yang bebas kuman sepenuhnya untuk bayi anda. Tetapi, dengan mensterilkan perkakasan penyusuan bayi, anda boleh mengurangkan risiko semasa dia amat mudah dijangkiti.



Apa yang saya perlu lakukan dahulu?



Sebelum mensteril, anda perlu mencuci botol-botol yang telah digunakan dengan teliti. Cuci botol-botol, bersama puting botol, gegelang penahan dan tudung penutup, supaya sebarang kesan susu ditanggalkan.


Periksa puting dan botol dengan baik dan buangkan yang sudah retak, rekah atau pecah. Bakteria boleh bertempat di permukaan yang rosak dan terus bertahan hidup maupun walaupun melalui proses penyucian dan pensterilan.



Bagaimanakah untuk mensteril perkakasan penyusuan bayi saya?



Terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk mensteril perkakasan penyusuan bayi anda. Pensteril ketuhar gelombang mikro dan elektrik adalah yang paling popular. Namun begitu, untuk masa-masa anda tidak mempunyai akses elektrik, gunakan saja cara tradisional, seperti merebus dan mensteril dalam air sejuk.



Pensterilan stim elektik



Pensterilan stim elektik adalah cepat dan efisien, mengambil masa lapan hingga 12 minit, termasuk masa untuk menyejuk. Ianya boleh mengekalkan keadaan steril botol sehingga enam jam jika ditinggalkan di dalam pensteril dengan tudung ditutup. Banyak pensteril stim boleh memuatkan enam botol sekali, dan mempunyai rak untuk item kecil seperti puting dan puting piring.


Pastikan botol, puting dan perkakasan lain diletakkan dengan mulutnya mengadap ke bawah. Dengan ini anda boleh memastikan pensterilan secara penuh. Berjaga-jagalah yang anda hanya menyertakan perkakasan yang selamat untuk distim. Bahagian tertentu pam payudara contohnya, tidak sesuai.



Menggunakan ketuhar gelombang mikro



Kebanyakan botol bayi boleh disterilkan dengan sendirinya dalam ketuhar gelombang mikro. Ia mengambil masa hanya 90 saat untuk mensterilkan satu botol. Jangan tutup botol semasa dibakar dalam ketuhar gelombang mikro, sebab tekanan boleh meningkat di dalamnya semasa proses memanaskan.


Anda boleh juga membeli alat stim untuk digunakan dengan ketuhar gelombang mikro, tetapi pastikan anda tidak memasukkan sebarang jenis logam ke dalam ketuhar. Alat stim ini mengambil masa antara tiga hingga lapan minit untuk mensteril termasuk masa menyejuk, bergantung kepada jenama dan jumlah watt ketuhar itu.


Berhati-hatilah apabila mengangkat tudung pensteril stim ketuhar gelombang mikro, sebab bahagian dalamnya tersangat panas. Faedah utama pensteril seperti ini ialah tiada sebarang bau atau rasa yang tertinggal kemudian. Item-item itu kekal steril selama tiga jam jika anda biarkan tudung pensteril itu sentiasa tertutup.



Mensteril dalam mesin basuh pinggan mangkuk




Anda boleh mensterilkan botol-botol bayi anda di dalam mesin basuh pinggan mangkuk, tetapi anda perlu menggunakan program dengan kepanasan 80 darjah C atau lebih. Anda kemudian perlu mengisikan botol-botol dengan formula dengan segera. Bakteria akan membiak sebaik saja anda keluarkannya dari dalam mesin basuh pinggan mangkuk itu.



Merebus


Satu lagi cara mensteril ialah dengan merebus, tetapi pastikan dahulu yang botol-botol bayi anda sesuai untuk ini. Anda perlukan periuk besar mempunyai tudung atau penutup, dan adalah baik jika anda membeli satu periuk khas untuk tujuan ini.


Isikan periuk dengan air dan tenggelamkan semua perkakasan penyusuan sepenuhnya. Pastikan tiada udara yang terperangkap dalam botol-botol dan puting, kemudian tutup periuk dan rebus tidak kurang dari 10 minit. Inilah masa yang diperlukan untuk mensterilkan perkakasan dengan secukupnya. Selepas direbus selama 10 minit, baru boleh tutupkan gas.


Jangan buka tudung periuk sehingga anda perlu menggunakan sesuatu perkakasan. Anda harus sedar bahawa jika direbus puting lebih cepat menjadi lekit dan tidak boleh dipakai, berbanding dengan lain cara mensteril.



Mensteril dalam air sejuk



Untuk mensteril perkakasan botol bayi anda dalam air sejuk, anda boleh menggunakan larutan bebas toksin yang larut dalam air sejuk. Ia juga boleh diperolehi dalam bentuk biji. Larutan ini membunuh bakteria secara amat berkesan. Anda perlu menggantikan larutan itu setiap 24 jam.


Saya sudahpun mensteril kesemua perkakasan. Apa yang harus saya buat sekarang?


Anda tak perlu mengeluarkan perkakasan yang telah disteril dari pensteril kecuali sampai masa untuk menyediakan susu. Menyimpan botol-botol dalam pensteril dengan tudung ditutup akan mengekalkan keadaan sterilnya.



Pastikan anda tidak meninggalkan botol-botol kosong yang telah disteril di luar terlalu lama, sebab keadaan sterilnya akan hilang dengan cepat. Ini tidak menjadi masalah jika bekas pensteril mempunyai kemudahan menyimpan di dalamnya dan botol boleh dikeluarkan hanya apabila perlu.


Jika anda tak dapat berbuat demikian, sterilkan semula sebarang perkakasan yang anda keluarkan tetapi tidak sempat menggunakannya.




Berapa lamakah saya perlu terus mensteril?



Teruskan mensteril perkakasan penyusuan bayi anda sekurang-kurangnya bagi tahun pertama usianya. Anda mungkin menyangkakan bahawa mensteril itu sia-sia sahaja sebab bayi anda memasukkan pelbagai jenis barang ke dalam mulutnya. Walau bagaimanapun, sistem imunisasi bayi anda masih belum matang dan adalah senang baginya untuk mendapat infeksi dalam tempoh masa tahun-tahun pertama. Kuman yang melekat kepada ketulan susu dalam botol-botol yang tidak dicuci bersih boleh menjadi merbahaya.



Apabila bayi anda berusia setahun dia akan mula mengeluarkan antibodi dan mempunyai daya tahan terhadap kuman yang berbahaya. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan supaya terus mensteril botol, puting piring dan puting botol sehingga bayi anda berhenti menggunakannya.




Wednesday, June 29, 2011

Doa lah kepadaNya

Susu Ibu Masih Kurang Dgn Set Tambah Susu Badan Shaklee or Booster?


Saya satu artikel menarik yang ditulis oleh salah seorang pengguna Shaklee dari Brunei.. terharu saya tatkala membaca entrynya,(most of the words adalah Bahasa Brunei).

Quite often when mothers complain that Shaklee didn’t work for them because most probably they didn’t do one of these three things or all three:

1. Drink 3 L of water
2. Consistent pumping
3. Doa

Most important out of all that three is DOA. I can’t emphasise more on how absolutely critical it is for a mother to doa that Allah (SWT) would help her in maintaining her supply.

Shaklee is our USAHA.

It is not Shaklee yang tolong tani, tapi Allah (SWT) yang tolong tani. Shaklee is just a weapon.

Allah (SWT) suruh tani berusaha dengan bersungguh-sungguh, the end result has already been determine by Allah (SWT). What is important is what you have done to work towards in putting your trust and faith in Allah (SWT)


Seriously saya menitiskan airmata membacanya. Tak ramai ibu yang berfikiran macam ini.

Kita jarang mengambil yang no 3. di atas, iaitu doa. Kadang2, terlebih doa pun ada. Usaha tak, doa saja yang lebih. Ini juga ada ditulis oleh Ness dari Brunei ini:


I’ve read some statuses on FB yg breastfeeding ani is tiring, leceh, menyusahkan at times, etc. Bukan all the time, tapi some of the time saja, they would say. Most of the time they enjoy bfing. Tapi sometimes it gets tiring.

Istigfar, I tell you. Istigfar. There are thousands of mummies out there yang would trade places (breasts) with you in an instant! Because they are unable to breastfeed for many reasons. Allah (SWT) gives you that opportunity, you dont complain! Not even once!

Sekali mengeluh boleh menolak seribu nikmat Allah (SWT). Allah (SWT) gives YOU that experience for FREE. Nda payah bebayar pada Allah (SWT). Infact, Allah (SWT) pays YOU everytime you feed your child. Setitik air susu di telan anak, dosa di hapuskan.

Please mummies, istigfar. Jangan mengeluh, walaupun sekali. Jangan. Takut Allah (SWT) akan menarik balik nikmat ani. Takutlah.

Then ada yang mau quick-fixs on maintaining their supply throughout Ramadhan, tapi MALAS kan berusaha bila di suruh makan itu, makan ini, minum ani, etc.

Mau kan menyusukan, tapi malas kan usaha? Do you think air susu akan melimpah ruah tanpa usaha? Harapkan doa saja?

Istigfar, i tell you. Istigfar.

Doa is NOT enough. It’s not. If its enough, napa Allah (SWT) nda kembalikan bumi Palestine kepada orang-orang Palestine? Napa? Nda kan tani sudah berdoa? tani solat hajat lagi? Nda kan Allah (SWT) nda mendengar doa billions of Muslims asking for peace in Palestine?

Nda ja?

Doa is NOT enough. Usaha di iringi oleh doa, itulah sepatutnya di buat oleh seorang Ummi yang Mukminah.

InsyaAllah, semua ibu-ibu yang membaca adalah ibu-ibu yang beriman pada Allah (SWT) dan pada Rasul Nya. Ameen ameen.


Sebenarnya menyusukan anak ni (as many mothers claim this to get the redha Allah) adalah antara jalan mendekati Allah, bukan semata2 dengan menyusu… kerana bila kita menyusukan anak, susu tak selalu banyak, adakalanya susu badan kurang, jadi kita berbalik kepada Sang Pemberi, bukan mencari salah sesiapa. Berdoa, berusaha.. dan melakukan amalan murah rezeki seperti solat Dhuha, bersedekah dan sebagainya.


Tapi tak ramai yang sedar akan itu. Kita ingat cukup dengan menyusukan anak, kita sudah dikasihi-Nya. Sebenarnya itu cuma satu pintu mendekatinya. Di dalamnya tersembunyi sifat2 ahli syurga seperti redha, sabar, tawakal, kuat usaha, taqwa, dan sebagainya.


Tuesday, June 21, 2011

Mitos vs Fakta berkaitan Penyusuan Ibu

Mitos #1: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.




Fakta #1: Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.





Mitos #2: Bayi asyik “melekat” dengan ibu.




Fakta #2: Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.





Mitos #3: Susu ibu tidak sesedap susu formula.




Fakta #3: Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.






Mitos #4: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.




Fakta #4: Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.






Mitos #5: Payudara kecil, susu kurang.




Fakta #5: Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi.






Mitos #6: Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara.




Fakta #6: Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.






Mitos #7: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.




Fakta #7: Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.






Mitos #8: Susu ibu terlalu cair (banyak air).



Fakta #8: Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.






Mitos #9: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.




Fakta #9: Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.






Mitos #10: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.



Fakta #10: Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.




Monday, June 20, 2011

Botol Susu Polikarbonat & Bisphenol-A

Assalamualaikum w.b.t

Ramai ibu-ibu dan juga bapa-bapa kecoh tentang tindakan kerajaan mengharamkan penggunaan botol susu Polikarbonat (PC) yang mengandungi Bisphenol-A (BPA) dalam penghasilan botol susu tersebut.

Saya tidak berminat untuk komen ‘kenapa kerajaan tunggu 2012 baru nak haram?’. Sebab dari situ akan timbul banyak cerita, pro dan kontranya.

Saya yakin, ibu-ibu yang selama ini memastikan botol susu anak-anak mereka ‘Bebas BPA’ atau biasa dilabel pada botol ‘BPA Free’ akan tersenyum lebar dan menarik nafas lega dengan tindakan kerajaan ini.

Saya ketika melahirkan anak pertama, tidak tahu menahu tentang apa itu ‘BPA Free’. Tidak tahu bahawa botol susu ada jenis-jenisnya. Suamilah yang beria-ria memastikan botol susu & botol penyimpanan susu yang dibeli mesti BPA Free.

Mungkin ada ibu-ibu yang tertanya-tanya, mengapa perlu BPA Free?Saya kongsikan di sini tentang bahaya BPA:

INFO: Bisphenol A (BPA)- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA’ pada bahagian bawah botol.-

Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other’- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

Sumber: Berita Harian
Botol susu BPA-Free memang agak mahal berkali-kali ganda berbanding botol susu biasa. Kalau botol susu biasa (PC) boleh dibeli dengan harga bawah RM10 untuk satu botol, botol BPA Free biasanya RM30 ke atas. Pengalaman saya, anak pertama menggunakan botol susu jenama MAM, maintenance nya agak mahal. Botol sahaja sudah RM37.50 untuk 5 0z. Puting pula RM12.00 satu. Begitu juga untuk botol penyimpanan stok susu perahan, saya gunakan botol-botol BPA-Free berjenama Bumble Bee.

Memang banyak kos dilaburkan untuk ini. Namun, bila memikirkan ia adalah pelaburan untuk mengelakkan anak-anak kita sakit pada masa depan (yang sudah tentu menuntut perbelanjaan yang berkali ganda banyaknya untuk kos perubatan), pejam mata sahaja untuk keluarkan duit.
Itu saya.

Mungkin bagi ibu bapa bekerja dengan pendapatan OK, ditambah lagi dengan tahap pendidikan ada kesedaran peri pentingnya memilih botol susu yang selamat untuk anak-anak mereka.

Namun, bagaimana dengan ibu bapa yang tahap pendidikan mereka biasa-biasa sahaja? Yang tak faham apa itu BPA-Free, beza botol PC dan PP? Yang pada pandangan mereka, apa bezanya botol susu mahal dan murah?

Mengapa perlu membayar lebih untuk membeli sebiji botol yang hanya digunakan sebagai alat untuk anak-anak kita minum susu? Dan juga bagi ibu bapa yang kewangan tidak begitu stabil, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Untuk membeli sebiji botol susu pun sudah jadi satu masalah besar.

Tidak dinafikan, akhir-akhir ini sudah ada pengeluar botol susu yang memasarkan botol susu BPA Free ini dengan harga yang lebih murah, namun jika diletakkan di atas rak di pasaraya, bilangan botol susu polikarbonat masih lagi mendominasi, dan kadang-kadang tak perasan pun kewujudan botol susu BPA free ini. Begitu juga di butik / kedai yang menjual barangan bayi, botol-botol susu BPA free yang dijual adalah daripada jenama mahal.

Mungkin perlu ditimbang-timbangkan oleh kerajaan & pengeluar botol susu, agar harga botol susu yang selamat ini dikurangkan, atau dijual pada harga standard agar ibu bapa di Malaysia ini, tidak kira tahap kewangan mereka bagaimana, mampu untuk membelinya.

Isu kesihatan anak-anak kita bukan satu isu remeh. Sebab itu saya tidak kisah memperuntukkan duit untuk itu, meskipun banyak kali keinginan sendiri dilupakan demi untuk mendahulukan keperluan anak-anak.

Thursday, June 16, 2011

Nur Anissa Khaleesya - 4 bln


  • berat terkini 6.5kg
  • tak boleh terlentang kerana asyik nak meniarap, pastu meniarap gaya nk terbang
  • dh boleh pusing2 semasa meniarap smpai terkeluar dr tottonyer
  • dh kenal mama dia i think, bukan nk perasan tapi everytime pggl nama dia, die pun gedik loncat2 mcm teruja sgt..
  • dh pndai gelak mcm budak besar
  • waktu malam dia tdo meniarap dan sgt buas ok. rasa mcm nk beli katil king aje
  • dh boleh terlentang semula dr position meniarap dia
  • waktu malam tak suka dok buai dah, mulut bising je pggl2 org suruh angkat
  • hobi dia skrg berdiri! smbil pandang sana sini. berlagak betul!.
  • dh pandai capai mainan (teether) dan masuk dalam mulut dia
  • tangan mama pun dia selalu tarik masuk dlm mulut.
  • masih dengan perangai lama dia.. kurang suka isap botol. jgn mama dia yg bagi botol, lagi mengada2
  • kalau kita dukung dia smbil duduk, lama-lama dia bising suruh kita berjalan. bwk dia jalan2 baru dia senyap, akal sapa la ni...
  • stokin dia smua dh ketat, adui camna ni, xleh tak pakai stokin nnt masuk angin..
  • masih pakai barut, ngam2 dgn perut dia. mama suruh pakai jugak smpai tak muat. rasanya hujung bulan ni (nk masuk 5bln) dh tak muat barut2 dia.. huhu lorat mama nissa.
  • dh pndai bersembang dgn toy / teddy bear.. tunjuk je kat dia nnt dia bersembang lah smbil senyum2..
  • okey itu ajelah stakat ini. bulan dpn update lagi..

Monday, June 6, 2011

Rentetan Nur Anissa Khaleesya


Urine test bertarikh 23/6/2011 mengesahkan pregnancy kali ke 3 dan ketika ini tgn menggigil sbb tak sangka leh preggy secepat ini. Pada mulanya nk pregnant lepas bulan puasa.. Spt yg diduga, ramadhan thn lps telah selamat ku lalui dgn lemah longlai pucat lesi, menjadikan pengalaman pertama setelah 7thn.. walaupun begitu syukur alhamdulillah.


baby nissa 7 months.. detail scan ini mengesahkan buat kali ke dua.. akan dpt gegirl :) selepas dr. khamsiah mengesahkan buat kali pertama. Yg beshnya afrina tgk dia kata eeee baby ni kenapa kotor?? tak comel lah... hahahahha



alhamdulillah setelah 13jam mengharungi kesakitan.... bby nissa 1st day, sejurus slps melahirkannya

welcome my dear muahh muahh.......




2nd day @annur specialist hospital


hari ke 11. kecik molek agi...


hari ke 14.. bby baik masih nak berbedung. masih susah buka mata waktu siang ;)

28 hari.. dh mula buka mata.. lainnye muka nissa masa nih

genap sebulan... dh pndai senyum-senyum.. ni waktu malam yea.. time2 gini dia shift malam mueheuheuehueuu

sebulan lebih.. dh mula bam bam

ok. suka sgt pic ni. umur dia genap 44 hari... yeayyyyyyy nissa dh abispantang

heroin rambut pacak ehehehe.. nur anissa 2 bln, sgtlah bam bam


2 bulan 13 hari.. asyik senyum-senyum aje.. baju tuh dh muat-muat. size 3-6bln



nissa mata boolat... 2 bln 24 hari....


2 bln++ gaya tdo waktu siang



3bln.. gaya tdo anissa waktu malam..... berbahagia je nampak siap senyum agi hehhee..

kain bedung tu panjang ok. mak yg buatkan.. bedung biasa dh tade maknanya.. dh tk muat keh333


3 bln 8 hari... icha khaleeca ;)


icha berjaya meniarap 3bln 15 hari (tanpa bantuan) congrats syg!


yeayy.. 4 bln.. dh besar dh.. dh tak berapa bam bam. pengasuh kata dia nk kuruskan bdn dia biar sng nk meniarap dan terbalik.... keje dia skrg ni asyik tdo je.. ngehehehehe




bersambung......................................