Tuesday, November 29, 2011

Sambutan Raya @ Fakulti




kenangan raya 2011 - with munirra khairudin, kak salmawati abd malid, waty meezqt

Monday, November 28, 2011

Raya with BFF

ni my bff (fuza) masa sekolah menengah... tk sangka dpt anak kalini ni, selang sbln jer... selalu kongsi2 pengalaman bf sesame..



tuan rumah suhara mahmud and suaminya andy. juga mf bff masa kt sekolah... so sweetlah, masih keep in touch. my dear afrina, mana sling bag yg frina pakai tu? puas mama cari tk jumpa!


Friday, November 25, 2011

Farewell @ Fakulti



Majlis perpisahan untuk @Nabilah Ahmad Diniah.. Now @waty meezqt my bestfren pun dh resign.. sangat2 sedih dan sunyi... rindu sgt2 @waty meezqt!


Thursday, November 24, 2011

Lumut

Pantai Lumut

28 Oktober 2011


musim cuti sekolah aritu, mmg kesianlah kt bebudak nie coz tak dpt pi mana2 bcoz daddy sgt2 sibuk.. sebenarnya mama yg kesian... (mama pulak yg over nk gi bcuti ;)

lantas, setelah dipujuk2 akhirnya daddy say 'yes'!!


bole la kami ikut maksu n cousin ke pantai lumut utk mhabiskan saki baki cuti sekolah.


smpai pun dh ptg.. diorg smpai dr pagi lg, so budak2 excited terus pi tukar swimming suit. Afrina sibuk main pasir dgn beach toy yg dia beli tu



berendam 2 jam.. peace saje


ni satu hal bby ni. xmo kat org.. asal pass je mula la buat hal



ce dgn mama die.. trus senyap.. pndai memilih la ini baby... gerammm



1st time nissa mandi pantai.. yeayy.. kakak tu tah bapa kali dah xyah kire!



aii siap senyum lagik.. cayalah nissa!


suke sgt tepuk2 air smpai percik muka sndiri... pastu kelat2.. masinnnn


cantiknya pemandangan waktu pagi... nelayan pun baru berlabuh (betulke ayat tu?)



happy nyerr diorg.. aku jugak la yg x mandi... biasa la.. pi pntai ka, air terjun ka kalau bwk si kecik tu jawabnya mama tukang amik gmbr korang jela ;)



sejukk



daddy dgn frina




iskh dak kecik niee... nangis jee tu pun mak ngah yg pegang



lepas main bola pantai






tggu en. nelayan smpai. nk beli ketam / udang fresh



main2 istana pasir. madina, awat tk pakai baju??


Wednesday, November 23, 2011

Nur Anissa Khaleesya Mazlan - 9 bln






  • merangkak laju-laju kalau org kejar


  • berdiri dan berjalan smbil berpaut


  • pandai turun tilam yg tebal 2 jengkal dgn cara turunkan kaki dulu


  • berat terkini 8.5kg


  • suka makan bubur nasi tetapi tidak nestum


  • dh tumbuh gigi 4 batang, 2 atas, 2 bawah


  • pandai mengamuk jika tak bagi permainan


  • suka masuk bilik air rumah pengasuh, suka main air


  • pantang dgr pintu rumah buka. merangkak laju2 nk mengeluarkan diri ehehehe


  • suka buat sepah angkat keluar kain yg belum lipat drp bakul


  • suka makan. apa2 pun die dh makan. nasi lemak pun die mintak


  • dh pandai bye-bye.. sebut babaii automatik tgn pun bye-bye

Susu Kurang Semasa Hamil

Susu Kurang Semasa Hamil 20 11 2011

Salam.. semalam dapat called dari seorang ibu yang hamil dan masih menyusukan anaknya (8 bulan). Subhanallah,..sangat terharu, mother ni still nak provide breastmilk utk bby dia semasa di nursery sedangkan bila pam sewaktu preggy ni dia rasa sangat sakit ditambah pula susu yg semakin merudum.

Dalam situasi macam ni (pregnant and breastfeed), saya tak mencadangkan utk dia pam sekiranya rasa sangat sakit dan tak harap she will do any action to increase her milk production. What i suggested was : find a milk mother.

Few hours later, after our 1st conversation, i got sms , she was asking me “akak bole suggestkan apa2 susu yg bagus x selain susu lembu sementara sy usahakan ibu susuan bby sy ni?..

Ya ALLAH, Dear, i cant’ even think of any milk.. the best would be breast milk .. tak sanggup nak suggest pun susu lain…n thank you ALLAH she accepted “milk mother as an option”… (masih ramai yg ragu2 ttg ibu susuan).

Moga ALLAH mudahkan urusannya…i wish i can help…….

Notes: During pregnancy, nipple n aerola agak sensitive, so pumping session or direct feed akan rasa sakit sikit.. inilah pengorbanan seorng ibu.. walaubagaimanapun please stop immediately to breastfeed if :

rasa sakit sangat2 dekat rahim
bleeding

So, to any mothers out there, if u plan to breastfeed during pregnancy please consult your doctor (find breastfeeding friendly punye doktor lar ye..).

Redha

Nissa buat muke..

tgk tu.. punye la daring pandang orgtu smpai mata jd mcm mentol

hahhaaha.. muke nissa yg redha jee kene cium dgn nenek sedara tu hiksss


Tuesday, November 22, 2011

Harimau layu dimamah garuda?

ewah title...?harimau layu dimamah garuda?
sapa mamah sape skrg nie??



korang ingat korang terror kan?dasar org indon x sedar diri..dari awal2 sea game lagi asyik nak sabotaj malaysia...sajer bagi padang jauh dari hotel lar...sajer jer wat bising time lagu NEGARAKU....sajer jer wat bendera malaysia x cukup jalur lar...sajer jer tanak kasi naik menatang baracular tuh time otw nak gi stadium mase final lar...dengan NIAT...aku ulang dengan NIAT nak bagi Malaysia kalah lar tuh kan?

tu lar..dosa tau tak?busuk ati...asyik nak main taktik kotor...siap korang rasuah reff time final kan?jangan x ngaku lar..klu reff tu tak amik rasuah, takkan time malaysia terlanggar skit jer,ko bagi kad kuning...time indon SENGAJA sepak kaki/muka/lutut sume ko maafkan jer kan..nape x bagi kad merah?game dh benti tp still gak nak kate x sengaja tersepak kaki pemain malaysia konon...ko yg terajang pemain malasyia tapi ko yg ober terbang jatuh n wat muke sakit mcm nak mati jap-jap tuh gak kan...tp sampai suda aku tgk x mati pun..ko pergi jadi pelakon sinetron lagi baik lar wehhh....

paling aku x boleh blah bile reff selamber jer kate GOL kedua malaysia tuh tak diiktiraf sbb offside..ko tgk balik playback game time tuh..bukak mate luas-luas skit,pastu bagi tau aku time/pemain mane yg offside nyer?cuba ko cakap skarang?takde kan?ko saje nak permain-mainkan perasaan aku kan..ok x pe...aku sabar lagi...

walaupun aku berbulu-bulu jer tgk si tikus bonai tuh asyik nak raba-raba jaring kite time dapat free2 kick nih,tapi xpe...yg penting ko x dapat gol kan.ko silap bace mantera kan...muahaha...udah-udah ler aku kutuk diorang kan?dah lar mate diorang sume dah sembab sbb nangih malam tadi,kang bute plak kang..hehehe

buat pemain HARIMAU MUDA..tahniah diucapkan..sangat-sangat bangga sebab semua pemain bermain dengan baik kecuali faiz mansor...(ko gi balik amik SPM skrang gak!)hehe..xpelar.budak mentah lagi..br main 2-3 minit dah malas cam dah main lebih 90 minit kan...


buat badrol bakhtiar, ko memang terbaik.kalau de kasut emas malam tadi,memang aku rase ko yg paling layak dapat..good job captain!!

buat apek,ko pun memang berjasa lar dari awal hingga ke saat akhir...keep it up okeh...

buat asrarrudin, ko telah berjaya mengubah dimensi bola sepak tanahair kite bile berjaya menyamakan kedudukan 1-1...lega tul aku time tuh. thanksss so much

buat fakhri yg banayk terlepas peluang keemasan depan mate,takpe lar..cube lagi..aku tahu tu bukan salah ko..mesti tu kerje si tikus bonai yg asyik jampi memanjang..asal ko smpi depan gol jer,tetibe ko jadi ilang punca kan?mata kabur kan?x nmpk dah kt ne bola dan kt ne gawangnyer..xpelar..cuba lagi...hehe



lst but not least....

thanx n i'm proud of u..

Wednesday, November 16, 2011

Jammed

Nape tah arini otak jem, mayb sbb dh tau location baru nnt katner... Huarghhh.. Mula la idup x tenteram.. Suka ker idak ni? nk kata suka leh dpt pglaman baru, nk kata x suka smp biler nk kat sini? Mode : mandi tk kenyang, tdo tk bsh....


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, November 8, 2011

Rahsia Tahi Lalat

1. Tahi Lalat di kepala

Banyak berfikir, bijak/kreatif dalam berfikir juga banyak pula berangan. Jauh perjalanannya (jasmani dan kerohaniannya). Banyak pula dugaan dan ujian yang diterimanya dalam mencapai sesuatu maksud dan cita-citanya.


2. Tahi lalat di ubun kepala

Kurang bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi.

3. Tahi lalat di dahi

Ada halangan dalam siratulrahim. Orang (teman / saudara terdekat) yang melihatnya menyimpan rasa cemburu, irihati, tersembunyi rasa kebencian terhadapnya disebabkan dia ada kelebihan yang tersembunyi disebalik tahi lalatnya itu.

4. Tahi lalat di bulu kening kiri

Menjadikan dirinya ‘berseri’ dan menjadi daya tarikan mata pasangannya namun terselit keperitan di mana sering pula ia menemui kesusahan.

5. Tahi lalat di bulu kening kanan

Terkabul cita-cita dan maksudnya, cerdas dan cekap.

6. Tahi lalat di bawah mata

Seorang yang amat sensitif dan mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, disayangi.

7. Tahi lalat di hidung

Mendatangkan penyakit resdung yang boleh menyebabkan selsema berpanjangan, sakit kepala, nafas berbau. Disukai ramai. Murah rezeki.

8. Tahi lalat di pipi kiri / kanan

Sekiranya membesar, ditakuti mendapat penyakit yang boleh memudaratkan tubuh. “Panas” dalam hubungan, dalam pergaulan. Dia sentiasa ingin ‘menang’ dalam percakapannya sekalipun pendapatnya salah. Mempunyai ego yang tinggi. Jadi daya tarikan tetapi ‘tegang’.

9. Tahi lalat di alur senyuman (smiling line)

Pemanis, daya tarikan menawan hati pasangannya. Rezekinya dipermudah dalam banyak perkara dia dapat apa yang dia hajati.

10. Tahi lalat di alur dagu

Perjalanan jasmani dan rohaninya sering terganggu, banyak halangan dalam mencapai hal-hal yang dihajatinya.

11. Tahi lalat di telinga

Seorang yang keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan

nasihat orang lain. Suka mendengar dan meminta nasihat tetapi sukar menerima.

12. Tahi lalat di tengkuk

Mudah mendapat gangguan ‘angin-jahat’, banyak halangan dalam hidup seperti masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan tidak tenteram, sukar tidor nyenyak. Mudah stress.

13. Tahi lalat di leher

Mudah mendapat jangkitan penyakit terutama kembong perut dan masalah lendir, kahak.

14. Tahi lalat di bahu kiri

Halangan rezeki, terhalang disebabkan sesuatu hal sedangkan peluang memperolehinya banyak. Tidak disukai ramai, dimusuhi ramai. Mudah didatangi angin-jahat. Mudah stress.

15. Tahi lalat di bahu kanan

Banyak tanggungan. Ada halangan dalam hubungan siratulrahim, kasih sayang dan pergaulan jadi terbatas. Di musuhi dan dicemburui hidupnya. Mendatangkan angin-jahat.

16. Tahi lalat di dada

Dia mudah mempercayai orang sedangkan pergaulannya, perniagaannya, kasih sayangnya mudah dia mendapat tipu daya dari orang-orang yang dikenalinya. Mereka sering mengambil kesempatan ke atas dirinya di atas kepentingan sendiri.

17. Tahi lalat di belakang badan

Kesihatannya terganggu terutama urat saraf, sakit di belikat, pinggang, pinggul, mudah dihinggapi angin-jahat. Banyak halangan hidup, fikiran sering kusut dan tidak tenteram. Mudah mendapat stress (tekanan).

18. Tahi lalat di bawah payudara

Hidupnya jadi penasaraan sekiranya mempunyai dua tahi lalat dibawah payudara iaitu di kiri dan kanan payudaranya. Hidupnya sering menjadi perhatian ramai.

19. Tahi lalat di atas pusat

Tidak membawa apa-apa maksud tertentu.

20. Tahi lalat di bawah perut

Sering mendapat masalah kesihatan, kembong, masalah usus, buasir, boleh mendatangkan lemah nafsu syahwat, kurang air mani, mudah mendapat gangguan angin-jahat. Mudah mendapat stress (tekanan).

21. Tahi lalat di peha kiri atau kanan.

Ada halangan dan sekatan dalam kasih sayang, jodoh, halangan rezeki.

22. Tahi lalat di Kemaluan

Tahi lalat di kemaluan Wanita :


Jika jenisnya tahi lalat ‘jantan’ terletak dikemaluan wanita menjadikan sex wanita itu tidak bernafsu walaupun ada keinginan dan kemahuan . Isteri sukar mencapai kepuasan (klimaks) dalam hubungan kelamin.Antara masalah lain wanita yang mempunyai tahi lalat di kemaluan juga mudah mengalami masalah keputihan dan mudah dihinggapi penyakit radang kemaluan.

Sekiranya jenis tahi lalat ‘betina’ berada dikemaluan wanita, menjadikan wanita itu seorang yang suka dan kuat berjimak tetapi sukar dan lambat mencapai tahap kepuasan (orgasma). Dalam hubungan ini sering menimbulkan rasa ketidakpuasan dalam hati si isteri dan memberontak dalam diam, adakala boleh mengundang pergaduhan suami-isteri. Bagi menanganinya suami harus memberikan khidmat dan layanan yang kerap sehingga isteri benar-benar mencapai kepuasan maksimum, memahami kehendak isteri. Sekiranya suami kurang bertenaga untuk memberi layanan harian kepada isteri, jalan keluar adalah mencari penawar untuk isteri agar selera nafsunya berkurangan. Dengan cara ini kedua pasangan mendapat keseimbangan dan kesepakatan diranjang dan bahagia melayari bahtera cinta.

Tahi lalat di kemaluan Lelaki
Jika jenisnya tahi lalat ‘betina’ yang menduduki di zakar lelaki, maka ia menjadikan sex lelaki itu tidak bernafsu terhadap wanita serta lemah syahwatnya dan sukar mencapai kepuasan dalam hubungan kelamin suami-isteri. Ditakuti lelaki lebih tertarik pada kaum sejenisnya, kemahuan dan tenaga syahwatnya lebih terdorong kepada kaum sejenisnya. Ditakuti juga boleh mendatangkan kemandulan atau kurang air mani nya.

Sekiranya jenis tahi lalat ‘jantan’ menduduki dikemaluan lelaki, menjadikan lelaki itu seorang yang kuat berjimak dan sentiasa ingin mencari kepuasan bersenggama. Adakah isteri mampu menuruti kehendak suami setiap masa dan keadaan? Sekiranya isteri gagal memenuhi kehendak suami, dan sekiranya suami hilang kesabaran dan kurang pula ketakwaannya terhadap Ilahi, kurang didikan agama dan akhlak ini boleh mendorong suami melampiaskan nafsunya di luar batas agama, mengundang dosa dan kemungkinan mendapat penyakit kelamin.

23. Tahi lalat di betis

Samada tahi lalat berada di betis kiri mahupun di betis kanan, maksudnya adalah baik. Perjalanannya jauh, lagi jauh ia merantau lagi dipermudah dan diperbanyak rezekinya.

24. Tahi lalat di kaki

Menandakan seorang yang suka berjalan, bergaul dengan teman dan kawan. Sering resah tiap kali berada dirumah. Akan mencari pelbagai cara dan alasan untuk mencari hiburan mahupun peluang perniagaan diluar.

25. Tahi lalat di tangan kiri

Dipermudah rezekinya.

26. Tahi lalat di tangan kanan

Seorang yang pemurah (tidak kedekut) juga boros dalam berbelanja.

27. Tahi lalat di pinggang

Mudah mendapat sakit urat, sakit pinggang dan kembong perut.

28. Tahi lalat di alur garisan tengah tubuh

Mudah terkena sihir, orang sering dengki terhadapnya, sering mendapat musibah.

29. Tahi lalat atas bibir, di bibir

Seorang yang banyak cakap. Haruslah berhati-hati bila berkata-kata, ditakuti perkataan yang keluar ‘kasar’ hingga boleh mendatangkan ‘kesakitan’ pada yang mendengar. Tahi lalat di bibir, atas bibir baik bagi mereka yang pekerjaannya seperti peguam, pakar motivasi, guru.

Monday, November 7, 2011


Ok nissa yg susah nk pakai topi ni (die x perasan lah tu ade topi kt kepala dia) sedang pose dgn topi barunya yg mak (pengasuh) belikan frm sarawak...

eeee geramnye nk tanggalkan..

kakak frina yg mukanya baru bgn tdo...

Sunday, November 6, 2011

Nampak tak??

Ni gambar nissa 8bln... mama dier saje nk chewi tunjuk bulumata nissa yg pnjg tu.. yg selalu org tegur tu he33


Friday, November 4, 2011

Apa itu SBPA?

Dalam pembentangan bajet 2012 semalam,PM mengumumkan terdapat satu sistem saraan baru yang akan menggantikan Sistem saraan Malaysia ( SSM) yang lama , sietem itu dikenali sebagai Sistem saraan baru perkhidmatan awam atau SBPA . SBPA bermatlamat untuk mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorentasikan prestasi.

SBPA memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.


Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam berteraskan merit untuk kakitangan kerajaan menggantikan sistem lama SSM. Sistem ini akan menaikkan gaji maksimum tiap gred.
Kenaikan gaji tahunan pula dijangka antara RM80 hingga RM300 mengikut gred.


Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Mulai tahun depan, kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320


Dengan Sistem SBPA ini,penjawat awam juga dijangka mendapat kenaikan gaji antara 7 hingga 13%.Apapun kita tunggu jawapan terperinci kerajaan mengenai sistem SBPA ini.Harap sistem Sistem saraan baru perkhidmatan awam atau SBPA yang akan digunapakai bagi menggantikan Sistem gaji lama SSM benar-benar membantu penjawat awam.

Olio olio

sapa kata kiter tk smpt masak? smpat chop2 pun segala benda tu pasai nk buat olio olio...


Jemput tengok jer la yer he33




Mufti Tegur Khairul Fahmi Tentang Isu Bergambar Dengan Arak

Padan Muka!.. Kiter dh lama meluat dgn apex ni.. semenjak dia putuskan tunang dgn jejariruncing tu.. bkn sbb jejariruncing tu member kiter, tp kiter mmg meluat dgn lelaki yg suka curang terang2an mcm die ni (kantoi) bila dh femes.. Aci ker lancar serangan peribadi? hek3x. Dulu mmg minat sbb nama die nie KHAIRUL FAHMI CHE MAT mmg sentiasa meniti di bibir my son... Skrg nie dh kurang plak, nama Sharbinee Allawee plak dia sebut-sebut sbb melepaskan gol utk kemenangan hobin jang hobin, tetapi Sharbinee masih dlm kategori keeper fav dia laa.. Renung2kan lah

KOTA BHARU: Biarpun mendakwa dirinya tidak mengambil minuman keras tetapi penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau lebih dikenali sebagai Apek, perlu mengelak daripada mengunjungi tempat berkenaan kerana tindakannya ke situ turut dikira bersubahat.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed, berkata orang Islam wajar mengelak menghadiri majlis yang menyediakan benda haram seperti arak.

“Perumpamaannya mudah dan diibaratkan seperti kita ke tempat menjual minyak wangi. Badan kita sudah tentu berbau harum kerana minyak wangi dan begitu jugalah situasinya jika berada di majlis yang menyediakan minuman keras.

“Dalam isu ini, penjaga kol itu seharusnya mengelak daripada menghadiri majlis berkenaan kerana memang ada benda terlarang (haram) disediakan dan boleh bersubahat berada dalam keramaian yang menyediakannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas mengenai perkara itu, Mohamad Shukri berkata orang Islam yang tidak mengetahui majlis dihadiri itu menyediakan minuman keras tidak dikira bersubahat, tetapi dianggap sebaliknya jika perkara itu diketahuinya terlebih dulu.

Thursday, November 3, 2011

Cakkk

Mak (panggilan utk pengasuh nissa) pakaikan baju kurung!! comel tak??




Wednesday, November 2, 2011

Nak join mainnn

Gmbr ni diambil semasa raya puasa 2011 dimana kawanku izan @ prune purnama dtg beraya kt rumah.



Kecik2 dh pndai join member main.. seronok plak tu. Nissa main dengan mayya (1 thn) anak izan @prune purnama dengan kakak frina..


:)


Mama Adik Pilih Susu Ibu Sepenuhnya

Minta izin kongsi cerita… Kebetulan cerita nie hampir sama dengan pengalaman mama nissa :)




Alhamdulillah..seronok rasanya dpt share ilmu n pengalaman dgn sorang lg parents ttg kepentingan susu ibu… In this case, “anak yg decide utk full breastfeed”.




Smlm merupakan 1st day ibunya start keje (lepas pantang) n ats nasihat org tua, mereka decide utk bg susu formula (FM) bila hantar anak pd bbysitter dan tak standby pun stok susu ibu… Seharian kat umh pengasuh mmg anak ni menolak FM dan bila ibunya balik mcm tak sbr2 nak breastfeed.




Subhanallah..hebat kan ank zaman sekarang..dia tau pilih apa yg terbaik utk nya.. kesian mak ayh yg kelam kabut cari solution bila bby ni menolak susu formula..




Alhamdulillh dgn support si Ayah n semangat baru si Ibu yang nmpaknya begitu bersemnagt utk breastfeed, saya yakin walaupun tak buat stok susu ibu lg, InsyaALLAH “impian penyusuan anaknya akan tercapai”.




Sedikit tips utk pasangan yg baru nak explore “breastfeeding for career women” ni:



  • Keep on pumping..


  • Jgn stress sbb stok tak de lg.. just target utk supply setiap hari (pedulikan gambar2 stok ebm org yg bnyk2..he2 amik sbgi semangat bole r)


  • Do keep in touch..really closed with breastfeeding mothers support group k..


  • Gain more knowledge (pasal storage, pumping style, etc)


  • Doa n tawakal (hati mau cekal tau)


  • All d best dan taniah kerana memiliki anak yg hebat!... jgn kecewakan dia ye….