Friday, October 7, 2016

takoyaki


Ni feveret anak2.. TAKOYAKI... 

tah camna along yg x suka makanan cenggini pun jadi suka.. iskhhh ni smua ikot mama dia lah ni. harap abah dia, telan pon x lalu kekekeke

Sedappp... (Y)


Wednesday, July 27, 2016

Buka Puasa Part 3


Hari test kepakaran rendang


Ni buat kt rumah adik i, sayur tu dia masak. sy masak rendang & carbonara cheese je.. Tgk pic tu, rasa mcm meleleh x hehhehee
 


Maklumlah dh setahun x buat rending, test le dulu jadi lg ke tak, sedap lg ke tak..

*** Saje la nk upload... nnt kate kita x masak lgsung plak puasa thn ni, masak la jugak tp kurang dr thn lepas :D :D


Thursday, July 21, 2016

Buka Puasa Part 2




Assalamualaikum

Rasanya bulan posa kali ni 3x masak shellout
Yg ni saya masak haru biru skit, sebab dh azan tgh kat kuali lg.. lala x dan nk masak... So x letak la lala kalini.. hanya udang, sotong, ketam je dgn sayur...


Lepas tu 3x jugak masakkan hubby sambal petai kegemaran dia... Nmpk tk semangkuk besar corelle tu, dia makan sorang kot, org lain smua tak layan... Sahur pun x smpat makan, dh abis..
dia kan 'hantu petai' hahhahaa.. Sorry abg maaf zahir batin kekkeke





Pic atas ni olio.. kegemaran frina & echa.. Ya Allah hantu spag betul depa ni, x makan nasi lgsung, igtkan cukup la buat sahur baru berangan2 xyh masak, rupanya menjelang sahur tinggal separuh pinggan je utk frina pon x cukup..

Along jer tak makan.. Nak tahu along makan ape? dia tukang abiskan ketam shellout.. hmmm anak-anak macam2 sekali dgn suami dia pening kepala mama nk masak brp jenis resipi utk korang... Tapi xpelah, makan puas tuuuu

Monday, July 18, 2016

Buka Puasa Part 1


Selamat Hari Raya smua..
Maaf Zahir dan Batin..

Saya mohon maaf sekiranya sepanjang perkenalan ada menyakitkan hati atau perasaan sesapa, maklumla saya ni manusia biasa.. saya bukan maksum.. bila2 masa bole buat dosa tanpa sengaja...

Begitu juga kepada sesiapa yang berbuat salah kpd saya dan keluarga sy, saya juga maafkan anda.. kerana selagi tak beri kemaafan, hidup saya x tenang.
Saya rasa doa saya 3 thn lepas, Allah dh makbulkan dan tunjukkan dlm mimpi saya berulang kali... Tapi biarlah saya je tahu, apa sebab dan musabab.. Wallahualam...

Rezki kita Allah dh tentukan dr dlm perut lg, jadi janganla kita merasa sakit hati dgn kejayaan org lain, kerana di sebalik kejayaan, mesti ada kesusahan... So selepas ini, hanya kpd Allah sahaja doa saya pohon, bertaubatlah sebelum terlambat.. Saya tidak aniaya org, tetapi jika org aniaya saya, ingatlah Allah ada..

So saya nk tutup buku pada tahun ni 2016, malas nk cerita dah, kecewa sebab saya tahu kebenaran yg menyakitkan..

================================================


Bulan puasa 2016 adalah tahun pemalas sy.. terok kan.. nape malas? sebab en suami kasi duit raya banyakkkk sgt... so kite keje ode & makan kedai je.. hahhaha.. tp penat jugak, sahur still masak hehari... buka pon kdg2 masak 7 lebihnya beli jerr..

Seminggu b4 raya, menyopping di mines dr ptg, smpai x smpat balik... Bebudak ni ajak makan Kenny rogers xmau.. chic rice juga dimintaknya... Layann kan ajeee







Gambar tak seberapa utk post kalini....

bersambung....

Thursday, March 3, 2016

Bowling 2016


Bowling tertutup Kridec 2016



Saja je masuk inter kridec ni. sekadar minat dah lama x main dan asah tangan... hahaha macam bagus je bunyi nya... ouhh and this time pun I x jumpa longkang.. Alhamdulillah.. cuma x konsisten.. biasa lahh.. naik turun..




Ni teammate I... Pn Faridah & Puan Azlina.
Sape yg tgh2 tu.. aduhh comelnye.. :P:P (sila muntah di toilet)





Gambar b4 game bermula




 Grouping dpt no 3... yg buat good tu puan pengarah kite



Selepas game dgn hadiah memasing.... Woww






Individu saya dpt no 2... 2 thn x main.. what do u expect?? hahhaha...
game ke 2 teruk sgt.. mcm org x pndai main je.. tp Alhamdulillah konsisten game 3.. dpt le merasa. Dr kiri zairi, kak zue, me, shahrul. Kami sma dr team BMI




 Dr kiri zairi, en rosmi, en rizal khanafie, kak zu, me, shahrul & al wadud.
Geng 1 opis


No 2 individual.. amik hadiah dr puan pengarah :D
Ubat sakit2 badan hahahha





Sent form myIphone

Thursday, January 21, 2016

Buat Baik Berpada-pada, Buat jahat jangan sekali

Baik dan jahat dari diri sendiri

"Jika kamu buat baik, ia adalah bagi jiwa kamu sendiri kamu buat baik, dan jika kamu buat jahat, ia adalah kepadanya yang serupa." 17:7 – Surah Bani Israil ayat 7

Baik daripada Allah.  Sendiri yang nak buat benda buruk dan kena bahananya, kenapa Allah dipersalahkan?

“Apa sahaja yang baik timpa kamu, ia adalah daripada Allah; apa sahaja yang buruk timpa kamu adalah daripada diri kamu sendiri.” 4:79. Surah An-Nisa’ (Perempuan) ayat 79

Kuasa untuk manusia memilih yang baik atau buruk

“Dan mengilhamkannya kepada kejahatan dan ketakwaan! Beruntunglah orang yang menyucikannya, Dan kecewalah orang yang mengotorinya. ” 91:8-10 – Surah Asy-Syams (Matahari) ayat 8 hingga 10

Sendiri buat sendiri tanggung 

“Tiap-tiap jiwa ditanggungkan dengan apa yang ia usahakan,” 74:38 – Surah Al-Muddatstsir (Yang berselubung) ayat 38

Sendiri kena ubah kalau nak berjaya

“Allah tidak ubah apa yang di dalam satu kaum sehingga mereka ubah apa yang di dalam diri-diri mereka sendiri.” 13:11 – Surah Ar-Rad (Guruh) ayat 11


Allah tahu apa yang tersimpan dalam hati kita samada yang BAIK atau JAHAT
Kepunyaan Allah segala yang ada di langit, dan di bumi. Sama ada kamu nampakkan apa yang di dalam diri kamu, atau kamu sembunyikan, Allah akan hitungkannya kepada kamu. Dia ampun siapa Dia hendaki, dan azab siapa Dia hendaki; Allah berkuasa atas segala sesuatu. 2:284 – Surah Al-Baqarah (Lembu) ayat 284

Kalau dah buat salah, ingat dan mintalah ampun pada Allah
“Yang, apabila mereka lakukan satu kesumbangan, atau menzalimi diri-diri mereka sendiri, mengingati Allah dan minta ampun atas kesalahan-kesalahan mereka, dan siapakah yang akan ampunkan kesalahan-kesalahan melainkan Allah? Dan mereka tidak berterusan dalam apa yang mereka lakukan sedang mereka mengetahuinya.”3:135 – Surah Ali Imran (Keluarga Imran) ayat 135


Tuesday, January 19, 2016

Merentas Desa

Hari Merentas Desa Sekolah SKTD




Tahun ni tahun pertama afrina join merentas desa secara terbuka. Tahun 4,5,6 adalah diwajibkan. So mcm biasa la, x letakkan apa2 expectation kat frina, rasa mcm jauh sgt... just nk bagi masuk suka-suka je


Rupanya tak sangka la dia bleh dpt no 3 daripada 70++ pelajar tahun 3 yg hadir.. Dulu, mama merentas desa x pernah pon duk depan2.. selalu last2 jer hahaha.. Ni kuat ikut belah abah la ni..


Tahniah Frina!!!


Ammar ni, tahun lepas dpt no 8. So tahun ni dia beriya2 provoke adik dia... dengan harapan dpt no 10 ke bawah la.. Rupanya2 thn ni dia dpt no 16. Bila adiknya dpt no 3, dia mcm malu skit.. yela.. dia dh ceta mcm2 psl dia dpt no 8 thn lepas kan.. hahahahha

1-20 peserta jer dpt medal.. Agaknya stamina dia merosot sbb dh lama tak main bola. Tahun 6 ni smua dia x join.. Akademi bola or Club, smua OFF..

Harap anak2 mama sihat2 & cergas2 selalu.