Tuesday, November 24, 2009

24 November 2009

Terima kasih kepada smua kwn-kwn yg wish dan mengingati tarikh ulangtahun kelahiran saya yg ke-29.. samada wish di facebook / hpon / ym semua amat saya hargai. Semoga doa anda semua dimakbulkan Allah.. Amin....

Alhamdulillah hari pertama saya bekerja selepas peristiwa sedih itu dpt saya lalui dgn tenang wpun terkadang mengalir juga tanpa dpt ditahan.. Dan saya bersyukur kerana tarikh untuk tahlil untuk Allahyarham Kapten Norazuan @ Awang telah ditetapkan pada 25/11/2009 selepas Isyak di surau Nurul Ikhlas, Bdr Putra Permai, belakang psr borong Selangor - Seri Kembangan. Semoga semuanya berjalan lancar dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan org2 yang beriman, InsyaAllah kami juga akan ke Sg Petani untuk menziarah keluarga Allahyarham dan kuburnya menjelang Aidiladha nanti.
Al-Fatihah

Monday, November 23, 2009

Al-Fatihah

Al-Fatihah untuk arwah Awang @ Nor Azuan (kawan baik suami saya ex-SMTAS) yang telah meninggal dunia pada 11.00mlm tadi dan sehingga post ini ditulis, saya masih tidak mempercayai bahawa arwah telah pergi meninggalkan kami semua. Kerana baru tghari tadi arwah dtg ke rumah berjumpa suami sy dan yg paling kami merasakan itu adalah kali terakhir, kami sempat merakamkan gambar nya bersama ammar dgn motorsikalnya. Mungkin itu adalah kenangan terakhir suami sy kepadanya dan biarlah dia yang mempunyai hak mutlak untuk melupakan kenangan bersama arwah. Yang membuatkan kami rasa sangat terkilan adalah kerana arwah kemalangan selepas pulang dr rumah saya. Ya Allah, begitu cepat masa itu berlalu.. kami mendapat berita pukul 8mlm dan suami saya bergegas ke hospital dan arwah masih dalam keadaan koma. Kenyataannya, kini arwah telah tiada dan saya menyedari suami saya berada dalam keadaan yang teramat sedih dan payah menerima kenyataan in tetapi kehadiran arwah tghri tadi mungkin menjadi penawar rindu itu serta menjadi kenangan terakhirnya bersama arwah dan kami seakan tidak boleh melihat gambar itu kerana itu gambar terakhirnya sebelum kemalangan itu. Sedih, luluh rasa hati kami tetapi kami harus menyedari bahawa ajal dan maut itu di tangan Allah dan Allah lebih menyayanginya. Sekarang, suami sy berada di hospital dan saya pula sedang memberitahu kawan-kawan mereka yang tidak dapat dihubungi melalui telefon tadi. Esok, mungkin jenazah akan dikebumikan di Sg Petani dan kawan-kawan mereka yang berkesempatan boleh menziarah arwah buat kali terakhir di hospital. Maaf mungkin coretan ini tunggang-langgang kerana saya menulisnya dalam keadaan linangan airmata dan mata saya juga kabur ketika ini kerana hampir bengkak menangis. Dengan kesedihan ini, dapat saya bayangkan bagaimana situasi suami saya menghadapi kenyataan bahawa kawan baiknya sudah tiada. Ya Allah.. tabahkan lah hati keluarga arwah terutama isterinya serta suamiku untuk menerima kenyataan ini. Dan saya memohon, kawan-kawan yg mengikuti blog ini agar sedekahkan al-Fatihah kepada arwah. Terima kasih.

Wednesday, November 18, 2009

Bila adik bace doa makan...

25 November nanti genaplah umur khadeeja 2 thn 5 bln.. So 24 November tu plak besday mama yee ngeh ngeh ngeh. Tu intro je.. sebenarnye nk citer pasal doa makan yg adik bace.. smpat gak mama record. Suara die mmglah tak nyaring tapi bleh tahan powerful he he he.. Abah suh jadik guru besaq! kah kah kah...




Yg kat bawah ni plak, video along kene paksa baca doa makan gak.. adoiiilaa.. adik.. adik



Wednesday, November 11, 2009

J Card Member's Privilege



J Card Member's Privilege

13/11/09 - 22/11/09

Discount 15% @ GMS & 5% @ Supermarket, Electrical & HC dept.

T&C apply.


Tuesday, November 10, 2009

memori

me @masjid shah alam

kalau adik dh besar skit muke die camni lah kot


Mungkin sama tapi mungkin tak serupa

Adoiila tajukkkkkk... saje nk buat huru hara kan.. bikin conpius saje... Sukelah! Ade org marah?? Mmg ramai / banyak mengatakan mengenai rupa afrina mmg tk sama / seiras / ikut kami laaa senang.. Diaorang tanye ' ikut sape ek muka afrina nie??? ' Aku pun jawap... ' entahlah.. muke abah dier kot! ' ... Tapi mereka berkata lagi ' Muke abah die pun takde.... ' Laaaaa sudahh... tk ikot muke sape2 pong ke??? ciannn adik huhu.. Selak2 album kt kg, jumpalah pic i masa kecik2 n ader lah terserlah iras wajah afrina khadeeja dgn wajahku masa kecik dulu... (perasannnnn..)

haaaa ade same tak?? huhuhu

muke adik masam jee

muke nie ade iras adik aaar

muke adik garang aar

pose dgn payung lagikk

adik n fren

gmbr nie dh nk rosak dh.. melekat2 sbb tue jd cenggini.

Sunday, November 8, 2009

Ammar & Basikal

Tercapai hasrat ammar nk naik basikal besar kt kg.. syok la die.. maklumle kat umah basikal kecik size die je.. boring ler gamaknyer.. video pun smpat amek sekumit jer.. ngeh ngeh ngeh

Tuesday, November 3, 2009

High Fever..


Semalam, pukul 10 mlm tetiba adik merengek.. selalu dia tak macam tu. Adik bukanlah seorang yg manja.. yg memerlukan mama n abah sentiasa di sisi.. tak! Adik seorang berdikari, cuma bila dia dh leka bermain, die akan memanggil 'mama' utk memastikan mama nyer tak tdo heheheh.. eh takder laa.. adik nk pastikan la mama ade kt umah tu.. tk kisah kat atas ke bawah.. die tkkn cari mama / abah selain utk minta kain lap busyuk n susu..

Amboi pnjgnyer mukadimah... sambung balik, pukul 10pm terasa bdn adik panas n bagi la ubat syrup paracetamol (ubt demam la tu :D) dan setengah jam kemudian adik kembali aktif.. suhu dh turun, bdn pun dh tak panas..

Tetiba adik menangis kuat dan mama pun terjaga. Time tu 2.00pg.. Ooo adik terkencing rupanya.. Adik dh tak suka pakai pempers.. cuma mlm je pakai tapi mlm td terlupa dan ter ' ngantuk ' kot.. Bila mama nk buka seluar die.. Ya Allah.. panasnyerr bdn adik! Huru hara kejap carik ubat emergency (bontot).. Sehingga adik ikut mama yg kelam kabut memalam buta cari ubat kat fridge.. last2 tk jumpa.. Kejut abah suh cari pulak sementara mama basahkan kepala dan bdn adik dgn air..

Akhirnya abg jumpa ubat tu.. dan kami amik keputusan masuk ubat ikut blakang je.. kalau syrup lmbt recover.. panas dh melampau 39.5c tu.. Pastu adik terus baring (dh tk nangis) dan buka chanel 611 (tgk kartoon pepagi buta). Sambil tu mama letak kain basah kt kepala bagi mengurangkan panas.. tapi tak juga turun2.. Akhirnya sejam kemudian barulah suhu turun dan adik pun tdo..

Mama pun tgu suhu turun baru lah tenang skit ati nie kan.. Dalam kol 4am tdo semula. Satu lagi perangai adik, makin demam makin dia tdo.. Kalau along, demam die tkleh tdo.. Mcm masa bby dulu, tangan die seolah2 nk kena sawan tarik dah.. tp badan tak panas sgt.. kami decide bwk gi Pusat Rawatan Islam Azzahrah masa tu gak (pukul 1pg) rupa-rupanya.. sampai sana depa check suhu adik dh mencecah 41c. Hmmmm... trus warded la.. nasib baik kami bwk cpt.. takutnyer..

Dr. kata masa kami pegang tk pns tapi kaki sejuk. Tu sbb suhu die tgh naik dan akan naik sampai max.. dah max. barulah panas tu pecah (baru rasa panas yg amat sangat) Ooo.. barula kami tau.. lepas ni kami akan berjaga-jaga. Itu nasihat Dr. Nadzim (dr. pakar kanak-kanak yg merawat afrina dan ammar masa admitted kat Azzahrah)

Kebetulan adik kencing mlm td, kalau tak.. tk tahu lah mcm mana.. Mama pun igt adik demam biase je.. lepas amik paracetamol ok la.. Adik jenis yang jarang demam.. tapi sekali demam mmg admitted.. Last adik demam teruk masa admitted tu la.. (dh lama, x igt tarikh). Pesyen ammar plak, demam cpt sembuh.. Ammar dh jarang demam sejak tukar minum susu enfakid a+ ni.. At least nampak la bagus protection guard die compare susu biasa (neslac 3+). Ragam anak-anak.. Ok, itu jer nk citer.. adiosa!