Monday, November 23, 2009

Al-Fatihah

Al-Fatihah untuk arwah Awang @ Nor Azuan (kawan baik suami saya ex-SMTAS) yang telah meninggal dunia pada 11.00mlm tadi dan sehingga post ini ditulis, saya masih tidak mempercayai bahawa arwah telah pergi meninggalkan kami semua. Kerana baru tghari tadi arwah dtg ke rumah berjumpa suami sy dan yg paling kami merasakan itu adalah kali terakhir, kami sempat merakamkan gambar nya bersama ammar dgn motorsikalnya. Mungkin itu adalah kenangan terakhir suami sy kepadanya dan biarlah dia yang mempunyai hak mutlak untuk melupakan kenangan bersama arwah. Yang membuatkan kami rasa sangat terkilan adalah kerana arwah kemalangan selepas pulang dr rumah saya. Ya Allah, begitu cepat masa itu berlalu.. kami mendapat berita pukul 8mlm dan suami saya bergegas ke hospital dan arwah masih dalam keadaan koma. Kenyataannya, kini arwah telah tiada dan saya menyedari suami saya berada dalam keadaan yang teramat sedih dan payah menerima kenyataan in tetapi kehadiran arwah tghri tadi mungkin menjadi penawar rindu itu serta menjadi kenangan terakhirnya bersama arwah dan kami seakan tidak boleh melihat gambar itu kerana itu gambar terakhirnya sebelum kemalangan itu. Sedih, luluh rasa hati kami tetapi kami harus menyedari bahawa ajal dan maut itu di tangan Allah dan Allah lebih menyayanginya. Sekarang, suami sy berada di hospital dan saya pula sedang memberitahu kawan-kawan mereka yang tidak dapat dihubungi melalui telefon tadi. Esok, mungkin jenazah akan dikebumikan di Sg Petani dan kawan-kawan mereka yang berkesempatan boleh menziarah arwah buat kali terakhir di hospital. Maaf mungkin coretan ini tunggang-langgang kerana saya menulisnya dalam keadaan linangan airmata dan mata saya juga kabur ketika ini kerana hampir bengkak menangis. Dengan kesedihan ini, dapat saya bayangkan bagaimana situasi suami saya menghadapi kenyataan bahawa kawan baiknya sudah tiada. Ya Allah.. tabahkan lah hati keluarga arwah terutama isterinya serta suamiku untuk menerima kenyataan ini. Dan saya memohon, kawan-kawan yg mengikuti blog ini agar sedekahkan al-Fatihah kepada arwah. Terima kasih.

3 comments:

  1. Al-fatihah..semoga arwah ditempatkan di dlm golongan org2 yg beriman..
    Kuatkan semangat Ul...utk suami dan jugak family arwah..take care dear..

    ReplyDelete
  2. Tq kak ra. Saya masih berusaha menerima kenyataan

    ReplyDelete