Wednesday, June 23, 2010

Alhamdulillah..




23 June 2010.. Syukur kepada Allah ke atas nikmat kurniaan yg diberikan selama ini. Amat bersyukur kerana :

  • keluarga bahagia
  • pekerjaan yang baik
  • rezeki yang tidak pernah putus
  • dan kurniaan2 lain..

Saya percaya, berbuat baik kepada org akan dibalas baik, berbuat baik kepada Nya akan mendapat ganjaran setimpal..

Jgn berlaku tidak adil terhadap sesama manusia, jangan menganiaya sesama kita dan jgn bersifat hasad dengki terhadap oranglain.

Sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan penyayang...

Monday, June 21, 2010

semangat baru

semenjak dua menjak nie.. mmg bersemangat waja campro jee nk membasuh baju.. ari2 pun takpe haha.

Sunday, June 20, 2010

Kisah sahabat dengan teman baiknya


Ringkasnya rentetan ini adalah mengenai sahabat baik selama berbelas tahun yang boleh diambil iktibar.. mereka yang telah mengharungi cabaran, dugaan, suka duka serta pengorbanan.


Sahabat itu merasakan teman baiknya adalah peneman hatinya, pelindung baginya.. tetapi sebaliknya, dia merasakan segala pertolongan dan pengorbanan itu adalah sia-sia.


Hanya disebabkan seorang perempuan, teman baiknya sanggup membahayakan nyawa sahabat sekeluarga. Beginilah yg dikatakan.. Dan untuk mendapatkan semula kepercayaan temannya adalah tidak mungkin..



* Betapa susah untuk mendapatkan kepercayaan dari seseorang tetapi amat mudah untuk menghancurkannya...

* Betapa susah untuk menyayangi seseorang.. untuk membencinya mengambil masa berapa lama?

* Betapa susah untuk meyakini kita telah memahami seseorang sedalam-dalamnya... rupanya hanya di luaran..


Moral : percaya dan sayangi diri sendiri 100% barulah cuba untuk percaya dan menyayangi orang lain.

Saturday, June 19, 2010

Kisah professor dengan si pengayuh sampan

Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?”

“Tidak. Saya buta huruf.” Jawab si pengayuh sampan.


Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”

“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit.”

“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”

Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.

Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”

“Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab professor dalam keadaan panik.

“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”

Apa pengajaran dari cerita ini ?:

Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya

Friday, June 18, 2010

Ops membasuh

Bukan guna washing machine yee.. ngeeee

Wednesday, June 16, 2010

YSL Mascara & Gucci Envy

surprise.. dapat on my besday (last year) tqvm... anda tahu sape yg sy maksudkan.. :D walaupun kecil tp bermakna...





Fadhilat Surah Yasin

Rahsia Kelebihan Ayat 1 - 9 :Untuk keselamatan diri

Rahsia Kelebihan Ayat 9 :Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Tapi janganlah digunakan utk elak daripada Kastam/polis. Tu dah niat lain.


Rahsia Kelebihan Ayat 12 :Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat

Rahsia Kelebihan Ayat 13 - 35 :Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Rahsia Kelebihan Ayat 22 - 23 :Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Rahsia Kelebihan Ayat 29 :Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt

Rahsia Kelebihan Ayat 30 :Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).


Rahsia Kelebihan Ayat 32 :Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Rahsia Kelebihan Ayat 33 - 35 :Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur


Rahsia Kelebihan Ayat 36 :Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.


Rahsia Kelebihan Ayat 37 :Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.


Rahsia Kelebihan Ayat 38 :Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu

Rahsia Kelebihan Ayat 39 :Mengisahkan ilmu falak.


Rahsia Kelebihan Ayat 40 :Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.


Rahsia Kelebihan Ayat 41 :Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.


Rahsia Kelebihan Ayat 44 :Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Rahsia Kelebihan Ayat 45 - 48 :Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.


Rahsia Kelebihan Ayat 49 :Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tibaTiupan 11 - HancurTiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar

Rahsia Kelebihan Ayat 50 :Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Rahsia Kelebihan Ayat 58 :Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Rahsia Kelebihan Ayat 76 :Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.


Rahsia Kelebihan Ayat 78 - 79 :Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.Untuk doa ayat 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.


Rahsia Kelebihan Ayat 79 :Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Rahsia Kelebihan Ayat 82 :Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x.Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.

Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:

Buah Zaiton - Elok untuk kulit

Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)

Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarabAd Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.


Seelok-eloknya dibaca :


Selepas sembahyang subuh
3 Jumaat berturut-turut
Ayat 1 - Yassin baca 7x
Ayat 38 - 12x
Ayat 58 - 7x
Ayat 82 - 14x


Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.

Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.


Perlu yakin, insyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.


Sekian, Selamat Beramal!

Wassalam.

* Rujuk artikel Fadhilat Surah Yasin

Tuesday, June 15, 2010

Khasiat dan Manfaat Teh

Ada kasut tentulah ada kaki. Tapi kaki kita akan lebih selesa sekiranya kita memakai sepasang sarung kaki yang bersih. Hurm, bagaimana pula sekiranya saban hari kita selalu menukar sarung kaki tapi hakikatnya kaki kita akan sentiasa mengeluarkan bau yang kurang enak

*sekadar gambar hiasan

Tahukah anda, sebenarnya jika bau kaki anda kurang enak ia sudah tentu menggambarkan yang anda seorang yang kurang menitik beratkan kebersihan diri. Dan sudah tentulah ada sebilangan dari anda sanggup memencilkan diri ekoran dari masalah bau kaki yang kurang menyenangkan ini. hehe..yekh..


Untuk kesekian kalinya Suri ada beberapa cara untuk mengurangkan bau kaki yang busuk kurang menyenangkan ini.


Bahan-bahan yang diperlukan:--

  1. Air panas suam-suam kuku-

  2. Teh uncang

*sekadar gambar hiasan

Cara-caranya adalah:-

Masukkan Air panas suam-suam kuku kedalam sebuah besen.
Kemudian masukkan teh uncang kedalam besen yang telah anda sediakan air panas-panas suam tadi.
Selepas itu anda celupkan kedua tapak kaki anda di dalam besen kira-kira 30 ke 40 minit

Tahukah anda, kandungan “tannin” dalam teh sebenarnya berfungsi seperti “astringen” (penyegar) untuk kulit yang boleh menghilangkan rasa keletihan pada kaki anda.
Haa..kan, mudah sahaja..semudah A B DAN C
Eleh sikit lebih kurang macam kita nak buat air teh jer. Tapi yang membezakannya ia bukan untuk di minum dan tidak pula di tambah dengan gula. hehehe..

Sekian.

Sunday, June 13, 2010

Asid Folik

Kepentingan Asid Folik

FUNGSI

Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih.

Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.

Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

SUMBER

Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oreng, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.

KEKURANGAN ASID FOLIK

Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :
  • Sakit disekeliling mulut.
  • Sakit lidah.
  • Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
  • Anemia.

Thursday, June 10, 2010

Asam Pedas Bangi



Uols penah tak try makan kt asam pedas bangi nie? feberet hubby i nie.. and i jugakk.. i likeeeee, bleh kata setanding lah dgn uniten

pakej asam pedas + ulam + buah + air

wow.. asam pedas ikan merah!.. jgn ade yg terliuq dh la ye.. (anda tahu sapa yg sy maksudkan hehe)

Tuesday, June 8, 2010

ole ole dari perlis


QUICK UPDATE

surprise nyer biler dpt surat n berbonjol2.. apakah??
rupa-rupanya dpt surat n keychain frm yaya nie.. hehe anyway i like cara menyampaikannya.. sungguh malas nk panjat tangga! hehehhe.. tq yaya!

nie plak frm opismate.. sya.. tq sya kerana mengingati kakakmu yg malas pi rombongan nie! huhu.. heheh.. hihi

Robin Hood.. layannnnn




russell crowe in action

kami together gether anak beranak gi tgk robin hood.. best333

Monday, June 7, 2010

Ucapan tahniah kepada Naib Canselor



Seluruh warga Universiti Putra Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, Naib Canselor UPM, kerana dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri. Darjah Panglima Setia Mahkota tersebut dianugerahkan kepada YBhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 5 Jun 2010, bersamaan 22 Jamadilakhir 1431H.


Ketua
Bahagian Komunikasi Korporat
Pejabat Pemasaran dan Komuniksi
UPM

Friday, June 4, 2010

new baby born



4/6/2010
4 jam lepas kelahiran

alhamdulillah.. bby boy 3.45kg..
dh mummy suke benor posing dpn kamera..mana tak tumpahnye kuah kalau tak ke nasikkk :D


Alhamdulillah, setelah lama bertarung nyawa, akhirnya lahirlah seorang baby yg comel seberat 3.45kg pada pukul 1.09pm.. lewat sikit dr masa kami bertolak balik dr hospital.

Actually, kami pegi utk temankan kak june yg sakit nk bersalin nie.. n tukar shift kejap dgn hubby june.. maklumlah.. tak cukup tdo.. n pening2 lalat.. daddy pun dh merasa kan?? takpe.. pengorbanan seorang ayah...

Dan sempat jugaklah aku n kengkawan insaf mengenai kesakitan bersalin nie.. kalau tanya sy, even dh 2x pun sy tak terbayang camne lah sakitnya bersalin yea.. huh.. mmg sakitnya takleh dibayangkan... lelagi dua2 tu indius (double sakit). Sama jugak lah dgn kak june, kena indius jugak sbb dh melangkau 41 minggu...

Dan setibanya di office dpt msg frm hubby june, dh 8cm... okey lah tu dh tk lama dh.. dlm sejam kemudian dptlah berita gembira ini. Harap kak june n suami berbahagia bersama kehadiran insan yang tersayang, setelah lama menanti kehadirannya..

Dan kudoakan juga pada seorang lagi kawan yang mayb tgh tggu turn bersalin jugak.. dan namanya dirahsiakan.. kalau dia baca nie, die tahu lah sape yg dimaksudkan yea.. sy tumpang gembira!! Semoga semuanya sihat dan selamat hendaknya..

Tuesday, June 1, 2010

Benarkah amalan bertungku tidak elok?




Soalan :

SAYA ada menonton rancangan di televisyen dan membaca beberapa artikel mengenai kesan bertungku selepas bersalin.

Hakikatnya, batu yang panas tidak boleh mengecutkan rahim, malah memberi kesan buruk. Sejauh mana kebenaran fakta ini? ERNIE, Kuala Lumpur


Jawapan :

BERTUNGKU secara meletakkan bahan panas (sama ada batu yang dipanaskan kemudian dibalut kain atau pek air panas yang dibalut kain) ke atas kawasan abdomen dianggap sesetengah pihak bertujuan untuk mengecutkan rahim.

Bagaimanapun, sifat haba sebaliknya menyebabkan salur darah mengembang (termasuk salur darah di dalam rahim) dan boleh menjadikan pendarahan nifas bertambah banyak. Pada masa sama, ia melambatkan pengecutan rahim.


Pengembangan salur darah ini boleh diumpamakan seperti muka kita yang kemerahan akibat salur darah mengembang apabila berjemur di tengah panas untuk tempoh lama.


Pengecutan rahim adalah hasil kontraksi otot licin pada dinding rahim yang banyak bergantung kepada tindakan hormon oksitosin yang dikeluarkan kelenjar pituitari otak sewaktu penyusuan badan. Hormon ini juga ada terkandung dalam ubatan doktor bagi menangani pendarahan selepas bersalin.


Apabila di rumah, wanita bergantung kepada oksitosin yang dirangsang refleks hisapan payudara sewaktu bayi menyusu. Lebih kerap dan banyak ibu ini menyusukan bayinya, lebih cepat rahimnya mengecut kepada saiz asal. Bagaimanapun, proses pengecutan rahim ini turut disertai kesakitan (seperti senggugut). Ini boleh dibantu dengan pengambilan pil penahan sakit.


Lazimnya, rahim mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk kembali kepada saiz asal. Mungkin satu 'kelebihan' bertungku adalah ia mengurangkan kesakitan kerana rahim tidak mengecut tetapi mengembang semula. Rujuk artikel kesan bertungku.


Dr. Adilah Ahmat.