
Snow Bear Sterilizer (Combo) RM 199.00
Jingle Jungle Combo ( Sterilizer + Warmer) RM169.90, offer price RM 129.90
Little Bean Combo RM 159.00 (offer) Pilihan saya? Gambar belum transfer ok.
Apakah yang saya perlukan untuk mensteril botol bayi saya?
Pada tahun pertama dalam kehidupan bayi anda, dia amat mudah dijangkiti penyakit. Jika anda tidak mensterilkan botol-botol bayi anda, virus, bakteria dan parasit boleh berkumpul di botol atau susunya dan membuat dia sakit.
Bayi anda boleh dijangkiti daripada sesuatu yang tidak serius seperti kandida kepada serangan yang lebih serius seperti muntah-muntah dan diarea (cirit-birit). Namun, anda tidak mungkin akan dapat menyediakan persekitaran yang bebas kuman sepenuhnya untuk bayi anda. Tetapi, dengan mensterilkan perkakasan penyusuan bayi, anda boleh mengurangkan risiko semasa dia amat mudah dijangkiti.
Apa yang saya perlu lakukan dahulu?
Sebelum mensteril, anda perlu mencuci botol-botol yang telah digunakan dengan teliti. Cuci botol-botol, bersama puting botol, gegelang penahan dan tudung penutup, supaya sebarang kesan susu ditanggalkan.
Periksa puting dan botol dengan baik dan buangkan yang sudah retak, rekah atau pecah. Bakteria boleh bertempat di permukaan yang rosak dan terus bertahan hidup maupun walaupun melalui proses penyucian dan pensterilan.
Bagaimanakah untuk mensteril perkakasan penyusuan bayi saya?
Terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk mensteril perkakasan penyusuan bayi anda. Pensteril ketuhar gelombang mikro dan elektrik adalah yang paling popular. Namun begitu, untuk masa-masa anda tidak mempunyai akses elektrik, gunakan saja cara tradisional, seperti merebus dan mensteril dalam air sejuk.
Pensterilan stim elektik
Pensterilan stim elektik adalah cepat dan efisien, mengambil masa lapan hingga 12 minit, termasuk masa untuk menyejuk. Ianya boleh mengekalkan keadaan steril botol sehingga enam jam jika ditinggalkan di dalam pensteril dengan tudung ditutup. Banyak pensteril stim boleh memuatkan enam botol sekali, dan mempunyai rak untuk item kecil seperti puting dan puting piring.
Pastikan botol, puting dan perkakasan lain diletakkan dengan mulutnya mengadap ke bawah. Dengan ini anda boleh memastikan pensterilan secara penuh. Berjaga-jagalah yang anda hanya menyertakan perkakasan yang selamat untuk distim. Bahagian tertentu pam payudara contohnya, tidak sesuai.
Menggunakan ketuhar gelombang mikro
Kebanyakan botol bayi boleh disterilkan dengan sendirinya dalam ketuhar gelombang mikro. Ia mengambil masa hanya 90 saat untuk mensterilkan satu botol. Jangan tutup botol semasa dibakar dalam ketuhar gelombang mikro, sebab tekanan boleh meningkat di dalamnya semasa proses memanaskan.
Anda boleh juga membeli alat stim untuk digunakan dengan ketuhar gelombang mikro, tetapi pastikan anda tidak memasukkan sebarang jenis logam ke dalam ketuhar. Alat stim ini mengambil masa antara tiga hingga lapan minit untuk mensteril termasuk masa menyejuk, bergantung kepada jenama dan jumlah watt ketuhar itu.
Berhati-hatilah apabila mengangkat tudung pensteril stim ketuhar gelombang mikro, sebab bahagian dalamnya tersangat panas. Faedah utama pensteril seperti ini ialah tiada sebarang bau atau rasa yang tertinggal kemudian. Item-item itu kekal steril selama tiga jam jika anda biarkan tudung pensteril itu sentiasa tertutup.
Mensteril dalam mesin basuh pinggan mangkuk
Anda boleh mensterilkan botol-botol bayi anda di dalam mesin basuh pinggan mangkuk, tetapi anda perlu menggunakan program dengan kepanasan 80 darjah C atau lebih. Anda kemudian perlu mengisikan botol-botol dengan formula dengan segera. Bakteria akan membiak sebaik saja anda keluarkannya dari dalam mesin basuh pinggan mangkuk itu.
Merebus
Satu lagi cara mensteril ialah dengan merebus, tetapi pastikan dahulu yang botol-botol bayi anda sesuai untuk ini. Anda perlukan periuk besar mempunyai tudung atau penutup, dan adalah baik jika anda membeli satu periuk khas untuk tujuan ini.
Isikan periuk dengan air dan tenggelamkan semua perkakasan penyusuan sepenuhnya. Pastikan tiada udara yang terperangkap dalam botol-botol dan puting, kemudian tutup periuk dan rebus tidak kurang dari 10 minit. Inilah masa yang diperlukan untuk mensterilkan perkakasan dengan secukupnya. Selepas direbus selama 10 minit, baru boleh tutupkan gas.
Jangan buka tudung periuk sehingga anda perlu menggunakan sesuatu perkakasan. Anda harus sedar bahawa jika direbus puting lebih cepat menjadi lekit dan tidak boleh dipakai, berbanding dengan lain cara mensteril.
Mensteril dalam air sejuk
Untuk mensteril perkakasan botol bayi anda dalam air sejuk, anda boleh menggunakan larutan bebas toksin yang larut dalam air sejuk. Ia juga boleh diperolehi dalam bentuk biji. Larutan ini membunuh bakteria secara amat berkesan. Anda perlu menggantikan larutan itu setiap 24 jam.
Saya sudahpun mensteril kesemua perkakasan. Apa yang harus saya buat sekarang?
Anda tak perlu mengeluarkan perkakasan yang telah disteril dari pensteril kecuali sampai masa untuk menyediakan susu. Menyimpan botol-botol dalam pensteril dengan tudung ditutup akan mengekalkan keadaan sterilnya.
Pastikan anda tidak meninggalkan botol-botol kosong yang telah disteril di luar terlalu lama, sebab keadaan sterilnya akan hilang dengan cepat. Ini tidak menjadi masalah jika bekas pensteril mempunyai kemudahan menyimpan di dalamnya dan botol boleh dikeluarkan hanya apabila perlu.
Jika anda tak dapat berbuat demikian, sterilkan semula sebarang perkakasan yang anda keluarkan tetapi tidak sempat menggunakannya.
Berapa lamakah saya perlu terus mensteril?
Teruskan mensteril perkakasan penyusuan bayi anda sekurang-kurangnya bagi tahun pertama usianya. Anda mungkin menyangkakan bahawa mensteril itu sia-sia sahaja sebab bayi anda memasukkan pelbagai jenis barang ke dalam mulutnya. Walau bagaimanapun, sistem imunisasi bayi anda masih belum matang dan adalah senang baginya untuk mendapat infeksi dalam tempoh masa tahun-tahun pertama. Kuman yang melekat kepada ketulan susu dalam botol-botol yang tidak dicuci bersih boleh menjadi merbahaya.
Apabila bayi anda berusia setahun dia akan mula mengeluarkan antibodi dan mempunyai daya tahan terhadap kuman yang berbahaya. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan supaya terus mensteril botol, puting piring dan puting botol sehingga bayi anda berhenti menggunakannya.

No comments:
Post a Comment