SALINDAHProduk yg saya gunakan semasa mengandung. Harga RM224

- Prof Dr Azizan Hj Ismail adalah pencipta Formula Salindah . Beliau adalah seorang tokoh homeopati yang terkenal di Malaysia.
- Kenapa Salindah
- Salindah diperkaya dengan Kalsium , Kalium , Ferum dan Magnesium untuk menjadikan ibu - ibu hamil lebih sihat dan si manja kelihatan lebih comel, cergas dan pintar. Malahan membantu pertumbuhan gigi dan tulang si manja anda menjadi lebih kuat.
Fungsi / Cara pemakanan

B1 - Mulai seawal kehamillan
Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain.
B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau rebah di samping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah tersimpul urat kaki dan menghilangkan lesu.

B2 - Mulai minggu ke 24 hamil
Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambah darah serta selera makan.
B2 juga dapat menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis.

B3 - Mulai minggu ke 28 hamil
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis.
Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.

B4 - Mulai 4 minggu sebelum jangka bersalin
Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan.
B4 juga akan memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.
B5 - Mulai 2 minggu sebelum jangka bersalin
B6 - Mulai 1 minggu sebelum jangka bersalin
Khasiat : Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.
LEESA FORMULA (LPS BERSALIN)
Saya gunakan produk ini semasa berpantang. Harga RM215.
Antara produk2 leesa :

FUNGSI TABLET HARUAN COMPLEX
Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam (terutamanya wanita yang brsalin secara caesarian atau pembedahan).
Melegakan luka-luka kecil atau luka jahitan faraj akibat melahirkan.
Baik untuk wanita lepas bersalin, kanak-kanak, wanita dan lelaki untuk kesihatan badan terutama untuk luka-luka dan selepas pembedahan

FUNGSI TABLET PERAWAN
Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan.
Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas.
Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air.
Mencegah masalah meroyan.
Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin.
Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bias-bisa tulang.
FUNGSI BODY CONTOUR GEL
Disapu di perut, pinggang, punggung dan peha sebelum memakai bengkung untuk memecah dan membakar lemak, selulit dan lendir yang bertakung di bawah lapisan kulit.
Bertindak menegangkan dan melembutkan kulit.
Mengurangi stretch mark.
FUNGSI GINGER CREAM
Membuang angin dan mencegah angin dari memasuki badan.
Menjana haba dan memberi kehangatan pada badan.
Mencair dan melancarkan perjalanan darah.
Memudahkan pencernaan kerana halia yang bersifat karminatif dapat melawan gejala angin dan membantu pencernaan.
Digunakan oleh ahli perubatan Greek purba untuk mengubati lumpuh yang berpunca dari ketidak seimbangan lendir dalam badan.
Perubatan Arab dahulu kala menggunakan halia sebagai ubat perangsang nafsu dan mengubati penyakit ghout.
Mencegah daripada pening ketika dan selepas mengandung serta mabuk ketika dalam perjalanan darat atau laut.
Boleh digunakan oleh semua kanak-kanak, lelaki dan wanita biasa yang tidak berpantang untuk mendapat semua kebaikan di atas.
Baik untuk orang-orang tua yang mengalami lenguh dan sengal badan.
FUNGSI MINYAK TELON
MINYAK YANG SAYA GUNAKAN UNTUK BERURUT
MINYAK HERBANIKA (NONA ROGUY) RM70
Membantu melembutkan urat saraf dan otot yang tegang (semasa meneran melahirkan anak) atau kurang pergerakan (semasa proses pembedahah) dan membantu melancarkan peraliran darah.
Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan dan memecahkan pengumpulan angin di usus dan rahim di samping membantu mengecutkan rahim secara luaran
MINYAK BERUBAT MUSTAJAB (NONA ROGUY) RM33
Ini membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses peneranan melahirkan anak berlaku
Boleh juga digunakan kepada bayi untuk mengelakkan kembung.
Kesimpulannya, saya sangat berpuashati dengan produk2 yang saya gunakan. Sekadar berkongsi...