Sunday, June 13, 2010

Asid Folik

Kepentingan Asid Folik

FUNGSI

Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih.

Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.

Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

SUMBER

Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oreng, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.

KEKURANGAN ASID FOLIK

Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :
  • Sakit disekeliling mulut.
  • Sakit lidah.
  • Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
  • Anemia.

Thursday, June 10, 2010

Asam Pedas Bangi



Uols penah tak try makan kt asam pedas bangi nie? feberet hubby i nie.. and i jugakk.. i likeeeee, bleh kata setanding lah dgn uniten

pakej asam pedas + ulam + buah + air

wow.. asam pedas ikan merah!.. jgn ade yg terliuq dh la ye.. (anda tahu sapa yg sy maksudkan hehe)

Tuesday, June 8, 2010

ole ole dari perlis


QUICK UPDATE

surprise nyer biler dpt surat n berbonjol2.. apakah??
rupa-rupanya dpt surat n keychain frm yaya nie.. hehe anyway i like cara menyampaikannya.. sungguh malas nk panjat tangga! hehehhe.. tq yaya!

nie plak frm opismate.. sya.. tq sya kerana mengingati kakakmu yg malas pi rombongan nie! huhu.. heheh.. hihi

Robin Hood.. layannnnn




russell crowe in action

kami together gether anak beranak gi tgk robin hood.. best333

Monday, June 7, 2010

Ucapan tahniah kepada Naib Canselor



Seluruh warga Universiti Putra Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, Naib Canselor UPM, kerana dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri. Darjah Panglima Setia Mahkota tersebut dianugerahkan kepada YBhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 5 Jun 2010, bersamaan 22 Jamadilakhir 1431H.


Ketua
Bahagian Komunikasi Korporat
Pejabat Pemasaran dan Komuniksi
UPM

Friday, June 4, 2010

new baby born



4/6/2010
4 jam lepas kelahiran

alhamdulillah.. bby boy 3.45kg..
dh mummy suke benor posing dpn kamera..mana tak tumpahnye kuah kalau tak ke nasikkk :D


Alhamdulillah, setelah lama bertarung nyawa, akhirnya lahirlah seorang baby yg comel seberat 3.45kg pada pukul 1.09pm.. lewat sikit dr masa kami bertolak balik dr hospital.

Actually, kami pegi utk temankan kak june yg sakit nk bersalin nie.. n tukar shift kejap dgn hubby june.. maklumlah.. tak cukup tdo.. n pening2 lalat.. daddy pun dh merasa kan?? takpe.. pengorbanan seorang ayah...

Dan sempat jugaklah aku n kengkawan insaf mengenai kesakitan bersalin nie.. kalau tanya sy, even dh 2x pun sy tak terbayang camne lah sakitnya bersalin yea.. huh.. mmg sakitnya takleh dibayangkan... lelagi dua2 tu indius (double sakit). Sama jugak lah dgn kak june, kena indius jugak sbb dh melangkau 41 minggu...

Dan setibanya di office dpt msg frm hubby june, dh 8cm... okey lah tu dh tk lama dh.. dlm sejam kemudian dptlah berita gembira ini. Harap kak june n suami berbahagia bersama kehadiran insan yang tersayang, setelah lama menanti kehadirannya..

Dan kudoakan juga pada seorang lagi kawan yang mayb tgh tggu turn bersalin jugak.. dan namanya dirahsiakan.. kalau dia baca nie, die tahu lah sape yg dimaksudkan yea.. sy tumpang gembira!! Semoga semuanya sihat dan selamat hendaknya..

Tuesday, June 1, 2010

Benarkah amalan bertungku tidak elok?




Soalan :

SAYA ada menonton rancangan di televisyen dan membaca beberapa artikel mengenai kesan bertungku selepas bersalin.

Hakikatnya, batu yang panas tidak boleh mengecutkan rahim, malah memberi kesan buruk. Sejauh mana kebenaran fakta ini? ERNIE, Kuala Lumpur


Jawapan :

BERTUNGKU secara meletakkan bahan panas (sama ada batu yang dipanaskan kemudian dibalut kain atau pek air panas yang dibalut kain) ke atas kawasan abdomen dianggap sesetengah pihak bertujuan untuk mengecutkan rahim.

Bagaimanapun, sifat haba sebaliknya menyebabkan salur darah mengembang (termasuk salur darah di dalam rahim) dan boleh menjadikan pendarahan nifas bertambah banyak. Pada masa sama, ia melambatkan pengecutan rahim.


Pengembangan salur darah ini boleh diumpamakan seperti muka kita yang kemerahan akibat salur darah mengembang apabila berjemur di tengah panas untuk tempoh lama.


Pengecutan rahim adalah hasil kontraksi otot licin pada dinding rahim yang banyak bergantung kepada tindakan hormon oksitosin yang dikeluarkan kelenjar pituitari otak sewaktu penyusuan badan. Hormon ini juga ada terkandung dalam ubatan doktor bagi menangani pendarahan selepas bersalin.


Apabila di rumah, wanita bergantung kepada oksitosin yang dirangsang refleks hisapan payudara sewaktu bayi menyusu. Lebih kerap dan banyak ibu ini menyusukan bayinya, lebih cepat rahimnya mengecut kepada saiz asal. Bagaimanapun, proses pengecutan rahim ini turut disertai kesakitan (seperti senggugut). Ini boleh dibantu dengan pengambilan pil penahan sakit.


Lazimnya, rahim mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk kembali kepada saiz asal. Mungkin satu 'kelebihan' bertungku adalah ia mengurangkan kesakitan kerana rahim tidak mengecut tetapi mengembang semula. Rujuk artikel kesan bertungku.


Dr. Adilah Ahmat.