Monday, June 21, 2010
Sunday, June 20, 2010
Kisah sahabat dengan teman baiknya

Saturday, June 19, 2010
Kisah professor dengan si pengayuh sampan
“Tidak. Saya buta huruf.” Jawab si pengayuh sampan.

Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”
“Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit.”
“Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”
Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.
Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”
“Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab professor dalam keadaan panik.
“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”
Apa pengajaran dari cerita ini ?:
Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya
Friday, June 18, 2010
Wednesday, June 16, 2010
YSL Mascara & Gucci Envy
Fadhilat Surah Yasin
Rahsia Kelebihan Ayat 12 :Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat
Rahsia Kelebihan Ayat 22 - 23 :Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Rahsia Kelebihan Ayat 32 :Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam
Rahsia Kelebihan Ayat 36 :Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Rahsia Kelebihan Ayat 37 :Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Rahsia Kelebihan Ayat 38 :Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu
Rahsia Kelebihan Ayat 40 :Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Rahsia Kelebihan Ayat 41 :Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
Rahsia Kelebihan Ayat 44 :Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Rahsia Kelebihan Ayat 45 - 48 :Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Rahsia Kelebihan Ayat 49 :Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tibaTiupan 11 - HancurTiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar
Rahsia Kelebihan Ayat 58 :Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Rahsia Kelebihan Ayat 76 :Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Rahsia Kelebihan Ayat 78 - 79 :Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.Untuk doa ayat 78. “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.
Rahsia Kelebihan Ayat 79 :Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Seelok-eloknya dibaca :
Selepas sembahyang subuh
3 Jumaat berturut-turut
Ayat 1 - Yassin baca 7x
Ayat 38 - 12x
Ayat 58 - 7x
Ayat 82 - 14x
Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
Perlu yakin, insyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.
Sekian, Selamat Beramal!
Wassalam.
* Rujuk artikel Fadhilat Surah Yasin
Tuesday, June 15, 2010
Khasiat dan Manfaat Teh
*sekadar gambar hiasan
Tahukah anda, sebenarnya jika bau kaki anda kurang enak ia sudah tentu menggambarkan yang anda seorang yang kurang menitik beratkan kebersihan diri. Dan sudah tentulah ada sebilangan dari anda sanggup memencilkan diri ekoran dari masalah bau kaki yang kurang menyenangkan ini. hehe..yekh..
Untuk kesekian kalinya Suri ada beberapa cara untuk mengurangkan bau kaki yang busuk kurang menyenangkan ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:--
*sekadar gambar hiasan
Cara-caranya adalah:-
Masukkan Air panas suam-suam kuku kedalam sebuah besen.
Kemudian masukkan teh uncang kedalam besen yang telah anda sediakan air panas-panas suam tadi.
Selepas itu anda celupkan kedua tapak kaki anda di dalam besen kira-kira 30 ke 40 minit
Tahukah anda, kandungan “tannin” dalam teh sebenarnya berfungsi seperti “astringen” (penyegar) untuk kulit yang boleh menghilangkan rasa keletihan pada kaki anda.
Haa..kan, mudah sahaja..semudah A B DAN C
Eleh sikit lebih kurang macam kita nak buat air teh jer. Tapi yang membezakannya ia bukan untuk di minum dan tidak pula di tambah dengan gula. hehehe..
Sekian.

