Assalamualaikum w.b.t
Saya yakin, ibu-ibu yang selama ini memastikan botol susu anak-anak mereka ‘Bebas BPA’ atau biasa dilabel pada botol ‘BPA Free’ akan tersenyum lebar dan menarik nafas lega dengan tindakan kerajaan ini.
Mungkin ada ibu-ibu yang tertanya-tanya, mengapa perlu BPA Free?Saya kongsikan di sini tentang bahaya BPA:
Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other’- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.
Sumber: Berita Harian
Mengapa perlu membayar lebih untuk membeli sebiji botol yang hanya digunakan sebagai alat untuk anak-anak kita minum susu? Dan juga bagi ibu bapa yang kewangan tidak begitu stabil, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Untuk membeli sebiji botol susu pun sudah jadi satu masalah besar.
Mungkin perlu ditimbang-timbangkan oleh kerajaan & pengeluar botol susu, agar harga botol susu yang selamat ini dikurangkan, atau dijual pada harga standard agar ibu bapa di Malaysia ini, tidak kira tahap kewangan mereka bagaimana, mampu untuk membelinya.
Isu kesihatan anak-anak kita bukan satu isu remeh. Sebab itu saya tidak kisah memperuntukkan duit untuk itu, meskipun banyak kali keinginan sendiri dilupakan demi untuk mendahulukan keperluan anak-anak.
Ramai ibu-ibu dan juga bapa-bapa kecoh tentang tindakan kerajaan mengharamkan penggunaan botol susu Polikarbonat (PC) yang mengandungi Bisphenol-A (BPA) dalam penghasilan botol susu tersebut.
Saya tidak berminat untuk komen ‘kenapa kerajaan tunggu 2012 baru nak haram?’. Sebab dari situ akan timbul banyak cerita, pro dan kontranya.
Saya yakin, ibu-ibu yang selama ini memastikan botol susu anak-anak mereka ‘Bebas BPA’ atau biasa dilabel pada botol ‘BPA Free’ akan tersenyum lebar dan menarik nafas lega dengan tindakan kerajaan ini.
Saya ketika melahirkan anak pertama, tidak tahu menahu tentang apa itu ‘BPA Free’. Tidak tahu bahawa botol susu ada jenis-jenisnya. Suamilah yang beria-ria memastikan botol susu & botol penyimpanan susu yang dibeli mesti BPA Free.
Mungkin ada ibu-ibu yang tertanya-tanya, mengapa perlu BPA Free?Saya kongsikan di sini tentang bahaya BPA:
INFO: Bisphenol A (BPA)- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA’ pada bahagian bawah botol.-
Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other’- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.
Sumber: Berita Harian
Botol susu BPA-Free memang agak mahal berkali-kali ganda berbanding botol susu biasa. Kalau botol susu biasa (PC) boleh dibeli dengan harga bawah RM10 untuk satu botol, botol BPA Free biasanya RM30 ke atas. Pengalaman saya, anak pertama menggunakan botol susu jenama MAM, maintenance nya agak mahal. Botol sahaja sudah RM37.50 untuk 5 0z. Puting pula RM12.00 satu. Begitu juga untuk botol penyimpanan stok susu perahan, saya gunakan botol-botol BPA-Free berjenama Bumble Bee.
Memang banyak kos dilaburkan untuk ini. Namun, bila memikirkan ia adalah pelaburan untuk mengelakkan anak-anak kita sakit pada masa depan (yang sudah tentu menuntut perbelanjaan yang berkali ganda banyaknya untuk kos perubatan), pejam mata sahaja untuk keluarkan duit.
Itu saya.Mungkin bagi ibu bapa bekerja dengan pendapatan OK, ditambah lagi dengan tahap pendidikan ada kesedaran peri pentingnya memilih botol susu yang selamat untuk anak-anak mereka.
Namun, bagaimana dengan ibu bapa yang tahap pendidikan mereka biasa-biasa sahaja? Yang tak faham apa itu BPA-Free, beza botol PC dan PP? Yang pada pandangan mereka, apa bezanya botol susu mahal dan murah?
Mengapa perlu membayar lebih untuk membeli sebiji botol yang hanya digunakan sebagai alat untuk anak-anak kita minum susu? Dan juga bagi ibu bapa yang kewangan tidak begitu stabil, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang? Untuk membeli sebiji botol susu pun sudah jadi satu masalah besar.
Tidak dinafikan, akhir-akhir ini sudah ada pengeluar botol susu yang memasarkan botol susu BPA Free ini dengan harga yang lebih murah, namun jika diletakkan di atas rak di pasaraya, bilangan botol susu polikarbonat masih lagi mendominasi, dan kadang-kadang tak perasan pun kewujudan botol susu BPA free ini. Begitu juga di butik / kedai yang menjual barangan bayi, botol-botol susu BPA free yang dijual adalah daripada jenama mahal.