Thursday, July 28, 2011

Pearl Haya

Jatuh cinta dgn Pearl Haya! yes.. bila la aku bleh kaya ni. xleh je nk simpan $$. tiap2 bln skrg ni my hobby mengumpul koleksi PH. Butik ariani dh tk gi lg buatmasa nih... hehe







my fav design. haya raina. 3-4 helai jugak koleksi ni.. minat yg line blakang tu. unik kan? rega dia rm99







yg ni slim pearl 2... sy punya size mmg ini lah. Slim P2M. rega rm89







yg best pasal PH ni, visor dia. kalau ariani tu mcm (thai silk) jer visor dia. PH ni mcm2 visor & visor dia sgt best!







sport collection. best jugak belum ada tp tringin nk pakai time raya nnt. hiksss.. ok tak?? rega rm129





korang nk try? bgtau lah coz i ade membe (agent) yg dpt diskaun. kalau beli thru pearlhaya.com mmg xde diskaun. tp kalau dh cntik i tk kira diskaun x diskaun pun i kebas.. :






bersambung.........................















Wednesday, July 27, 2011

Q&A: Pengurusan Susu Ibu (EBM)

Soalan:

Salam kak,

Bole tak susu yg sy impan dlm peti, sy x rendam dalam air suam..just biarkan sampai sejuknya hilang utk bg baby.

Tahan 4 jam jg ke lps keluar peti ais?

Jawapan:

tq dear,

Bole je tak rendam dlm air suam. Sebenarnya western style, mmg bg bby minum susu sejuk pun. Tapi budaya kita lain..anyway terpulang pada penerimaan bby.

Tetapi lepas keluar dari peti ais (bukan susu beku), sebaik2nya susu tu dihabiskan dlm tempoh 1jam (x kisahlar dipanaskan atau tidak)



..and not recommended if susu beku kita keluarkan n cairkan terus pada suhu bilik..the best practice, cairkan yg beku tu kat pintu bawah..if rasa lambat bole rendamkan dlm mangkuk berisi air.

harap membantu ye.. teruskan usaha!

Credito pd kak kamariah yg guide jawapan …


Azian Masiron
Malaysian Breastfeeding Peer Councelor (MBPC)

Phone : 019-2406484
Email : pikor_80@yahoo.com
Facebook : AzyanMasiron

Permata hatiku...

1 Ogos 2011 nnt genaplah nur anissa khaleesya 6bln.. pejam celik pejam celik sekejap jer dh 6bln. Budak ini sgt lasak ok. Tkleh statik jer baring.. dia nk meniaraplah, mengundur lah, berpusing lah.. tu skill2 nur anissa skrg ni. Kaki tu bukan main kuat lg menendang kalau nk cium2 dia.. agknya dia geli kot org cium2 dia. gedik sgt! Daddy kata mama makan vitamin mahai sgt. (Salindah). Kalau letak kat totto dia tu, smbil mama ke dapur jap letak barang, tgk2 dia dh terperosok ke mana2 tah.. dgn cara golek golek dan golek lg.. hehehe


Sekarang bekalan susu nissa masih mencukupi dan terkadang rezeki lebih-lebih utk stok bulan ramadhan nnt. 1/7 ni genaplah mama menyusukan nissa dgn ekslusive selama 6bln. Alhamdulillah. 6bln pertama dh lepas target, 2nd target teruskan selama 1 thn.


Mcm2 dugaan, bkn sng yer nk fully bf anak ni, petiais tk tutup rapat (ebm basi), tertinggal pam, tertinggal botol, tertinggal part of BP, lupa nk masuk fridge, bengkak, demam, express pumping (bz kt opis), sentiasa lapar, terlupa nk pam pun ader. semua ni akan menjadi kenangan manis bila nissa dh besar nnt. seronoknya!


Bln ramadhan bakal menjelma, mcm mana lah pengalaman nnt.. tk sabar nk tggu! kalau thn lps, mama tgh pregnantkan anissa, tk lrtnye rasa... tp bagus jugak, posa penuh tu!.. hehehhee..



Anak2 mama yg tersayang

Thursday, July 14, 2011

Nur Anissa Khaleesya - 5 bln -








  • Berat terkini 7 kg


  • masih breastfeeding exlusive. alhamdulillah



  • pandai bergolek golek dr totto dh dekat smpai pintu


  • pandai menyembur & main air liur


  • pandai mencapai mainan dan handphone dr tangan mama


  • sgt bersungguh2 nk ke mara ke dpn.. dgn cara golek kanan, golek kiri.. akhirnya dpt jugak capai brg. dh mula mara ke depan 1-2 step.. syabas anak mama!




  • tgh minum susu pun boleh berhenti, pndg mama & sembur ke mama.. tgh galak ajak main



  • sgt kenal dgn mama.. bila nangis2 dgr suara mama terus berhenti nangis, senyum2 n depangkan tangan suruh mama amik dia..



  • dh mula kenal org. taknak dgn org tak kenal. bila balik kg, semua org dia tknk, nangis bila org amik. secepat 5 bln ke baby dh kenal org?


  • suka bercerita. banyak mulut. time menyusu pun boleh buat lagu.



Wednesday, July 6, 2011

Lagi lagi petua

Salam..



Sebenarnya pesanan tu untuk diri saya sendiri...mungkin kesibukan membuat saya terleka untuk menyusun semula jadual pam saya semasa bekerja..selalunya saya akan pam 3 kali sepanjang 8 jam waktu bekerja..tapi kadang-kadang boleh jadi 2 kali sahaja..huhu...saya cuba untuk pam 3 jam sekali kerana saya tahu itu adalah yang paling baik untuk hasilkan banyak susu...walaupun dah makan vitamin atau milk booster tapi kalau malas pam memang tak de maknanye...hehe..



Jom kita tengok balik apa yang perlu kita buat.......






Jaga jadual makan - ibu-ibu kene pastikan jadual makan utama seperti sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam di ambil mengikut waktu yang betul dan sesuai. Kalau saya sarapan pagi memang akan makan yang berat sikit contohnya nasi lemak dan milo panas gelas besar... Sebenarnya, makanan inilah yang di perlukan oleh tubuh badan ibu-ibu untuk menghasilkan susu..





Tetapi apa yang saya perhatikan ibu-ibu lebih gemar mengambil pemakanan sekadar untuk menghilangkan rasa lapar sahaja..dalam erti kata lain BERDIET untuk mantain KURUS..Jangan takut gemuk tapi ibu-ibu kena pastikan badan ibu-ibu mampu untuk menghasilkan susu yang berkualiti dan kuantitinya cukup untuk anak.






Banyak minum air - badan kita memerlukan air yang banyak, tambahan pula kita merupakan ibu yang menyusu..sudah tentulah kandungan air dalam badan mesti sentiasa cukup untuk menghasilkan susu yang banyak..Saya sendiri memang kuat minum air masak..kalau pergi kerja saya akan bawa botol besar 2.5liter, dan saya pastikan air tu habis dari pukul 8 pagi hingga 5 petang...Memang saya kene disiplinkan diri sendiri..Air penting untuk menyahkan segala toksin dalam badan kita.. Kalau badan ibu-ibu sihat sudah tentulah susu yang di hasilkan juga berkualitikan..






Jadual pam 3 jam sekali - Cuba untuk pam 3 jam sekali kerana lagi kerap kita kosongkan breast lagi banyak susu boleh dihasilkan..kalau saya di tempat kerja 3 kali pam subuh 1 kali balik rumah lepas kerja 1 kali..so total 5 kali sehari saya akan pam..cuba untuk curi masa juga untuk pam walau sesibuk mana sekali pun..






Pengambilan supplement - saya percaya ibu-ibu yang menyusu ada memilih untuk mengambil supplement@makanan tambahan lain bagi memastikan badan ibu-ibu sihat sekali gus dapat menghasilkan susu ibu berkualiti sehebat kuantiti... Saya sendiri mendisiplinkan diri saya untuk makan vitamin setiap hari, kerana saya bekerja ditambah pula menyusukan anak..jadi badan saya mestilah bertenaga untuk memastikan saya dapat menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri dan ibu.. Ini adalah amalan harian yang saya amalkan sejak saya mula memilih untuk menyusukan anissa khaleesya dengan susu saya sepenuhnya..






Selain menjaga pemakanan, tidak lupa juga DOA dan TAWAKAL kepada Allah SWT...kerana rezeki itu datangnya dari Allah SWT...Kita hanya mampu berusaha dan jangan sekali-kali berputus asa jika hasil susu merudum dan tidak lumayan seperti yang kita harapkan..




Tuesday, July 5, 2011

Normal atau tidak? Najis Bayi Anda

Apakah yang normal?


Tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kali yang paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada bayi menyusu badan atau diberi susu formula. Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari itu juga dianggap normal, dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar. Kita dapati bahawa bayi yang menyusukan formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.


Apa yang akan dibuang oleh bayi saya yang baru lahir?

Bagi beberapa hari pertama selepas kelahiran, bayi anda akan membuang najis yang dinamakan meconium. Ini merupakan bahan melekit berwarna hitam kehijauan yang berkumpul dalam usus bayi anda semasa kehamilan dan komposisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Meconium adalah petanda bahawa usus bayi anda berfungsi dengan baik, maupun sukar untuk menanggalkan kotoran itu dari punggung bayi anda.

Selepas sehari atau dua hari, selepas penyusuan menjadi kebiasaan, dan semua meconium telah dikeluarkan, warna najis akan menjadi hijau kecoklatan, lembut dan berbiji sebelum menjadi lebih kekuningan.


Apakah yang akan berlaku jika saya memberikan susu formula?

Jika bayi anda diberikan susu formula, najis bayi anda akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan, dan sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk berbanding bayi yang diberikan susu badan. Ini disebabkan susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya seperti susu badan. Najis akan berbau lebih tengik, seakan-akan najis orang dewasa.

Lazimnya, bayi yang diberikan susu formula membuang air besar sekali sehari untuk merasa selesa, dan najisnya adalah lebih besar. Namun, lagi lama najis berada dalam usus, lagi keras jadinya dan lebih sukar untuk dikeluarkan, sehingga membawa kepada sembelit. Berbincanglah dengan pakar pediatrik anda jika anda rasakan bayi anda mempunyai masalah ini.


Dan jika bayi saya menyusu badan?

Najis bayi yang menyusu badan dan bayi yang diberikan susu formula adalah berbeza. Kolostrum dari “susu pertama” anda bertindak sebagai laksatif, membantu menolak meconium keluar dari sistem bayi anda. Apabila anda menghasilkan susu dengan sempurna, selepas kira-kira tiga hari, najis bayi anda akan berubah menjadi kuning cerah atau mustard dan berbau manis. Najis itu agak lembik tetapi bertekstur, kadang-kala berbiji atau berkental.

Pada awal minggu pertama, bayi anda akan membuang air besar semasa atau selepas setiap penyusuan, tetapi ini akan berkurangan dan dia akan mempunyai rutinnya sendiri, selalunya membuang air besar pada masa yang sama setiap hari. Rutin ini akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi, contohnya, rutin akan bertukar apabila anda mula memberikan makanan pejal, atau apabila bayi kurang sihat atau jika dia mula kurang menyusu.


Apa yang tidak normal?

Cirit-birit

Simptom-simptom cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda. Bayi yang diberikan susu badan kurang cenderung untuk menghidapi cirit-birit sebab susu badan membantu merencatkan mikroorganisma yang menjadi puncanya.

Bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung untuk mendapat jangkitan, oleh sebab itu adalah penting untuk mensterilkan peralatan dan membasuh tangan anda. Punca cirit-birit mungkin salah satu dari yang berikut - jangkitan, seperti gastroenteritis, mengambil terlalu banyak buah-buahan atau jus, mula tumbuh gigi, atau memakan ubat atau kesensitifan atau alergi terhadap sesuatu makanan.

Cirit-birit akan sembuh tanpa rawatan dalam masa 24 jam, tetapi jika tidak, dapatkan pemeriksaan doktor. Ibu selalunya beranggapan bahawa puncanya ialah susu formula bayi, tetapi sebelum menukar kepada jenama lain, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan tidak terdapat sebarang punca lain.

Sembelit

Ini bukan setakat bayi anda terpaksa meneran semasa membuang air besar sehingga muka bertukar menjadi merah cerah. Ia juga melibatkan simptom lain seperti kesukaran membuang air besar – najis berbentuk gentelan kering dan kecil – sakit abdomen dan senak perut, ketidakselesaan dan kadang-kala didapati najis bercampur darah. Ini mungkin disebabkan oleh fisur dubur (rekahan kecil pada dubur) akibat tahi yang keras. Bayi yang diberikan susu badan tidak selalu mengalami sembelit berbanding dengan bayi yang diberikan susu formula, sebab susu ibu mengandungi nutrien yang menyebabkan najis mereka menjadi lembut.

Jika bayi anda menghidapi sembelit bawalah dia berjumpa doktor, terutamanya jika terdapat darah dalam najis, supaya dapat diketahui puncanya. Bagi bayi yang sudah mengambil makanan pejal, mungkin doktor akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat dalam dietnya. Ini boleh dilakukan dengan memberikannya buah prun atau buah aprikot yang dipuri.

Najis hijau

Jika najis bayi anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi mendapat terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan. Ia juga mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, atau ia adalah tanda bahawa bayi anda mempunyai kuman dalam perut.

Pastikan bayi anda habis menghisap satu buah dada sebelum menghisap buah dada yang lagi satu. Jika sakit perut masih tidak sembuh dalam masa 24 jam, berundinglah dengan doktor anda untuk cuba mencari punca masalahnya sebab ia mungkin disebabkan kesensitifan makanan, atau ubat yang diambilnya atau rutin penyusuan anda.

Calitan darah

Calitan darah dalam najis bayi anda akan berlaku jika dia sembelit sebab peneranan bayi semasa membuang air besar boleh menyebabkan fisur dubur. Namun begitu, elok jika anda mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan ini sebab sebenar dan tiada sebab-sebab lain.


Monday, July 4, 2011

Berapa kerap bby menyusu dalam sehari

Utk baby yg breastfeed, saya rasa takde salahnya kalau dia kerap menyusu.. sbb susu badan ni mudah dihadamkan.. kalau train by EBM, biasanya ada yg buat jadual bagi feeding setiap 3 jam sekali..




cara pengiraan satu feeding boleh guna formula kat bawah ni




(berat baby in pound X 2.5 or 3.0 ) / 8 = jumlah oz yg diperlukan setiap 3 jam..




contohnya macam baby nissa (15 lbs X 2.5) / 8 = 4.6 oz setiap 3 jam..




Tapi pengiraan ni just jadik benchmark je.. tak semestinya baby kita minum sebanyak tu.. Anyway, saya suka kalau baby saya kerap menyusu.. dapat stimulate production secara natural.. hehehe..