Sunday, November 6, 2011

Nampak tak??

Ni gambar nissa 8bln... mama dier saje nk chewi tunjuk bulumata nissa yg pnjg tu.. yg selalu org tegur tu he33


Friday, November 4, 2011

Apa itu SBPA?

Dalam pembentangan bajet 2012 semalam,PM mengumumkan terdapat satu sistem saraan baru yang akan menggantikan Sistem saraan Malaysia ( SSM) yang lama , sietem itu dikenali sebagai Sistem saraan baru perkhidmatan awam atau SBPA . SBPA bermatlamat untuk mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorentasikan prestasi.

SBPA memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.


Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam berteraskan merit untuk kakitangan kerajaan menggantikan sistem lama SSM. Sistem ini akan menaikkan gaji maksimum tiap gred.
Kenaikan gaji tahunan pula dijangka antara RM80 hingga RM300 mengikut gred.


Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Mulai tahun depan, kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320


Dengan Sistem SBPA ini,penjawat awam juga dijangka mendapat kenaikan gaji antara 7 hingga 13%.Apapun kita tunggu jawapan terperinci kerajaan mengenai sistem SBPA ini.Harap sistem Sistem saraan baru perkhidmatan awam atau SBPA yang akan digunapakai bagi menggantikan Sistem gaji lama SSM benar-benar membantu penjawat awam.

Olio olio

sapa kata kiter tk smpt masak? smpat chop2 pun segala benda tu pasai nk buat olio olio...


Jemput tengok jer la yer he33




Mufti Tegur Khairul Fahmi Tentang Isu Bergambar Dengan Arak

Padan Muka!.. Kiter dh lama meluat dgn apex ni.. semenjak dia putuskan tunang dgn jejariruncing tu.. bkn sbb jejariruncing tu member kiter, tp kiter mmg meluat dgn lelaki yg suka curang terang2an mcm die ni (kantoi) bila dh femes.. Aci ker lancar serangan peribadi? hek3x. Dulu mmg minat sbb nama die nie KHAIRUL FAHMI CHE MAT mmg sentiasa meniti di bibir my son... Skrg nie dh kurang plak, nama Sharbinee Allawee plak dia sebut-sebut sbb melepaskan gol utk kemenangan hobin jang hobin, tetapi Sharbinee masih dlm kategori keeper fav dia laa.. Renung2kan lah

KOTA BHARU: Biarpun mendakwa dirinya tidak mengambil minuman keras tetapi penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau lebih dikenali sebagai Apek, perlu mengelak daripada mengunjungi tempat berkenaan kerana tindakannya ke situ turut dikira bersubahat.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed, berkata orang Islam wajar mengelak menghadiri majlis yang menyediakan benda haram seperti arak.

“Perumpamaannya mudah dan diibaratkan seperti kita ke tempat menjual minyak wangi. Badan kita sudah tentu berbau harum kerana minyak wangi dan begitu jugalah situasinya jika berada di majlis yang menyediakan minuman keras.

“Dalam isu ini, penjaga kol itu seharusnya mengelak daripada menghadiri majlis berkenaan kerana memang ada benda terlarang (haram) disediakan dan boleh bersubahat berada dalam keramaian yang menyediakannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas mengenai perkara itu, Mohamad Shukri berkata orang Islam yang tidak mengetahui majlis dihadiri itu menyediakan minuman keras tidak dikira bersubahat, tetapi dianggap sebaliknya jika perkara itu diketahuinya terlebih dulu.

Thursday, November 3, 2011

Cakkk

Mak (panggilan utk pengasuh nissa) pakaikan baju kurung!! comel tak??




Wednesday, November 2, 2011

Nak join mainnn

Gmbr ni diambil semasa raya puasa 2011 dimana kawanku izan @ prune purnama dtg beraya kt rumah.



Kecik2 dh pndai join member main.. seronok plak tu. Nissa main dengan mayya (1 thn) anak izan @prune purnama dengan kakak frina..


:)


Mama Adik Pilih Susu Ibu Sepenuhnya

Minta izin kongsi cerita… Kebetulan cerita nie hampir sama dengan pengalaman mama nissa :)




Alhamdulillah..seronok rasanya dpt share ilmu n pengalaman dgn sorang lg parents ttg kepentingan susu ibu… In this case, “anak yg decide utk full breastfeed”.




Smlm merupakan 1st day ibunya start keje (lepas pantang) n ats nasihat org tua, mereka decide utk bg susu formula (FM) bila hantar anak pd bbysitter dan tak standby pun stok susu ibu… Seharian kat umh pengasuh mmg anak ni menolak FM dan bila ibunya balik mcm tak sbr2 nak breastfeed.




Subhanallah..hebat kan ank zaman sekarang..dia tau pilih apa yg terbaik utk nya.. kesian mak ayh yg kelam kabut cari solution bila bby ni menolak susu formula..




Alhamdulillh dgn support si Ayah n semangat baru si Ibu yang nmpaknya begitu bersemnagt utk breastfeed, saya yakin walaupun tak buat stok susu ibu lg, InsyaALLAH “impian penyusuan anaknya akan tercapai”.




Sedikit tips utk pasangan yg baru nak explore “breastfeeding for career women” ni:



  • Keep on pumping..


  • Jgn stress sbb stok tak de lg.. just target utk supply setiap hari (pedulikan gambar2 stok ebm org yg bnyk2..he2 amik sbgi semangat bole r)


  • Do keep in touch..really closed with breastfeeding mothers support group k..


  • Gain more knowledge (pasal storage, pumping style, etc)


  • Doa n tawakal (hati mau cekal tau)


  • All d best dan taniah kerana memiliki anak yg hebat!... jgn kecewakan dia ye….