Monday, January 16, 2012

Bank Susu - Haram

Majlis Fatwa memutuskan penubuhan membawa kemudaratan keturunan.


PUTRAJAYA: Persoalan mengenai cadangan penubuhan bank susu ibu selesai apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan penubuhannya adalah haram kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram.


Keputusan yang diambil pada persidangan muzakarah kali ke-97 pada hujung tahun lalu, melihat kepada keperluan penubuhannya yang tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam keselamatan umat.Sebelum ini, Berita Harian pernah menyiarkan perdebatan mengenai kewujudan komuniti, Human Milk For Human Baby (HM4HB) iaitu rangkaian perkongsian susu ibu global yang mempunyai puluhan ribu penyokong di laman sosial Facebook dari lebih 54 negara dan kira-kira 900 daripadanya rakyat Malaysia.Walaupun HM4HB bertujuan mencari ibu susuan bagi membantu bayi pra-matang dan ibu bermasalah untuk menyusui bayi mereka kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk HIV, namun timbul kebimbangan umat Islam terutama hukum hakam berkaitan ibu susuan.


Berikutan itu, ada pihak mencadangkan ditubuhkan bank susu bagi membolehkan keluarga yang memerlukan susu badan memperoleh bantuan secara lebih mudah.
Dalam kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang disiarkan menerusi portal e-fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu semalam, perkara itu diputuskan selepas ahli panel muzakarah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan.


“Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan, termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlu dielakkan.“Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat ditetapkan,” katanya.


Bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, manakala ibu mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, muzakarah memutuskan adalah harus bagi ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu saling mengenali.


Sementara itu, muzakarah berkenaan juga memutuskan amalan eutanasia atau mercy killing, iaitu menghentikan hayat hidup seseorang sebelum disahkan meninggal adalah haram dan dilarang Islam.


Menurut muzakarah itu, tugas seorang doktor ialah menolong pesakit dalam perkara kebaikan dan perbuatan membantu mempercepatkan kematian tidak termasuk dalam perkara kebaikan tetapi perkara yang dilarang dan berdosa.


“Bagaimanapun, dalam keadaan di mana pakar perubatan mengesahkan jantung dan/atau otak pesakit berhenti berfungsi secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada harapan untuk hidup dan hanya bergantung kepada bantuan sokongan pernafasan, muzakarah memutuskan tindakan memberhentikan alat bantuan sokongan pernafasan adalah dibenarkan.


“Begitu juga, dalam kes di mana pakar perubatan mengesahkan pesakit tiada harapan sembuh dan pesakit dibenar pulang, maka tindakan memberhentikan rawatan utama dan hanya rawatan sokongan diteruskan adalah dibenar Islam kerana keadaan seumpama ini tidak termasuk dalam amalan eutanasia atau mercy killing,” katanya.


Muzakarah juga memutuskan dalam kaedah perubatan, mati otak (brain death) adalah dianggap sebagai suatu kematian apabila disahkan pakar dan adalah harus memberhentikan rawatan bantuan sokongan (contohnya penggunaan mesin ventilator) dengan persetujuan waris terdekat.

Friday, January 13, 2012

Kerajaan Tangguhkan Perlaksanaan SBPA

SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengesahkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan bagi membolehkan kajian semula yang lebih mendalam dijalankan.


Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda sebentar tadi. Pagi tadi, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara mengenai isu itu.


“Ya betul, SBPA ditangguhkan. Tetapi setakat ini belum ada pemakluman secara hitam putih (daripada kerajaan). Cuma Datuk Omar telah mengadakan pertemuan dengan KSN pagi tadi membincangkan perkara ini,” kata beliau


Azih menambah, kajian ke atas SBPA, yang akan dijalankan melibatkan soal kenaikan gaji, antara kakitangan kumpulan rendah dan tinggi, yang mencetuskan rasa tidak puas hati.

“SBPA bukan dibatal, tetapi ditangguh bagi membolehkan kajian mendalam dijalankan. Apabila selesai nanti, ia boleh dilaksanakan dengan dibayar tunggakan kepada kakitangan awam,” katanya merujuk kepada tarikh pelaksanaan SBPA yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu.

“Kita tidak tahu berapa lama kajian ini akan dijalankan, tetapi keputusan Kabinet ini selaras dengan pandangan yang rata-rata tidak berpuas hati dengan SBPA,” katanya lagi.


Cuepacs, dalam pendiriannya akhir bulan lalu, telah meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar menangguhkan pelaksanaan SBPA dan mengadakan perbincangan dengan badan induk kesatuan sekerja sektor awam itu.


Malah katanya, Cuepacs akan mengadakan satu mesyuarat khas malam ini di ibu negara bagi membincangkan keputusan terbaru kerajaan ini.


Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem SBPA, yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, dipercayai ekoran rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.


Sinar Harian Online difahamkan keputusan mengejutkan ini diputuskan dalam mesyuarat mingguan Kabinet, semalam.


Isnin lalu, kenyataan Kementerian Kewangan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari.


Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari ini berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.


Menurut sumber, Kabinet mempertimbangkan tiga sebab utama dalam memutuskan penangguhan SBPA, yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia.


“Antaranya tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja) dan peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi,” kata sumber

Tuesday, January 10, 2012

Nur Anissa Khaleesya 11 bulan

nissa dh start jalan jatuh pd 1 januari 2012 masuknya 11 bln pd hari itu. akalnya btmbh 2in1 dimana dia dh mula bckp abah.. mama.. maa( mak ), pengasuh kata dia ckp jelas n tak pelat. hehe.. gtula update nissa lps baik demam tempohari.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, January 9, 2012



“Apakah makanan yang boleh tambah susu?”


Seperti dalam entry saya semalam, antara lain makanan yang boleh membantu membanyakkan susu ialah makanan yang tinggi protin, beta karotena, serat dan kalsium.


Namun, adakah cukup dengan itu? Tidak. Sebagaimana kita belajar untuk exam, membaca saja tak cukup, kita kena buat latihan, barulah kita betul2 boleh faham apa yang kita baca.
Jadi, apakah langkah2 untuk mengatasi susu merudum?


1- CARI PUNCANYA


Pasti ada sebab kenapa susu menjadi makin sikit (walaupun pam macam biasa). Antara sebab2 biasa yang dihadapi oleh ibu yang susunya makin sikit:


- Kedatangan haid

- Stress

- Puasa

- Kurang sihat

- Kurang minum air

- Tak cukup tidur

- Mengandung


Untuk sebab2 yang boleh dipulihkan, carilah cara untuk pulihkannya. Kalau kurang minum air, maka minumlah air secukupnya


2- PAM DENGAN LEBIH LAMA
Kalau biasa pam 10 minit, cuba tambah lagi 10 minit. Mungkin dalam tempoh mengepam yang extra tu boleh dapat letdown berkali-kali.


3- POWER PUMPING
Power pumping ialah kaedah meningkatkan pengeluaran susu ibu dengan meniru gaya ‘cluster feeder’ di kalangan bayi menyusu. Cara membuat power pumping ialah:
(dalam masa 1 jam)10 minit pam10 minit rehat10 minit pam10 minit rehat10 minit pam


Atau:

5 minit pam kanan5 minit pam kiri5 minit rehat5 minit pam kanan5 minit pam kiri5 minit rehat5 minit pam kanan5 minit pam kiri5 minit rehat
Power pumping memang berkesan dan terbukti. Saya sendiri mendapat lebih 2 bekas semalam selepas membuat power pumping
Power pumping boleh dibuat 2-3 kali sehari, bergantung kepada masa yang ada.


3- URUT BREAST


Sambil mengepam buat urutan pada breast dan bayangkan seolah-olah kita sedang menolak susu supaya keluar dari-nya. Insya-Allah minda bawah sedar sangat powerful.


3- PAM DI WAKTU MALAM/DINIHARI


Hormon penghasilan susu iaitu prolaktin meningkat secara natural pada waktu malam. Jadi, gunakan masa ini untuk mengepam dan merangsang susu agar lebih banyak dihasilkan.


4- TAMBAH SESI PAM DI PEJABAT/RUMAH


Dalam falsafah penyusuan, breast yang penuh (dengan susu) dan galactostasis iaitu susu yang masih ada dalam breast bila proses mengepam tidak dilakukan dengan sempurna (tak kosongkan breast) akan menyebabkan susu makin merudum.



Ini kerana 2 sebab:

1) Feedback inhibitor of lactation yang memperlahankan penghasilan susu bila breast penuh2) Bila breast penuh, peranti penerima prolaktin menerima insyarat supaya berhenti menghasilkan susu


*layman term macam tu lah, senang sikit nak faham


Sebab tu kita tak boleh tunggu breast penuh untuk mengepam. Pam susu secara kerap dan konsisten.


Nak menyusukan anak bukan mudah. Tapi bukan benda sangat special sampai kena ada condition yang special baru boleh menyusu. Ramai ibu yang kerja di site, kerja di bahagian production, malah pramugari dan yang kerja offshore mampu menyusukan anak mereka sepenuhnya.



Bersama membudayakan penyusuan susu ibu :)

Saturday, January 7, 2012

anak sape nie?

ya Allah.. x penah lg anak2 ku yg lain masuk dlm laci mcm nur anissa buat nie. lucu tol lah.. daddy geleng pala...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, January 5, 2012

Rahsianya..



First skali syukur lah kerna Allah mengurniakan rezeki kpd kami, hubby dpt bonus n bagi uwang skit.. suh belanja.. n dh tiba la masanya saya menunaikan hasrat yg lama terpendam di hati iaitu mendapatkan sebuah pam electric!!.. akhirnya menjadi kenyataan jua.. alhamdulillah..




Saya nk share dgn teman-teman.. Mmg saya dh lama berkira2.. nk membeli ini or tidak.. ikutkan membazir xde jugak sbb rega dia lebih kurang sama dgn beli susu formula utk sebulan. can imagine that? itupun kalau pakai anmum.. kalau S26 or enfalac.. confem lebih..



Well harganya tidak la semahal medela freestyle. umum tahu rega medela paling murah is 1.5k. tp apa salahnya beli yg murah skit asalkan berbaloi dgn hasilnyaa?? betul tak?




Sy beli spectra 3 ni dengan rega promo rm599 jer.. pakej termasuk beg sandang spectra baru, cooling bag, ice pack, set utk double pumping, 12 botol MLO yg sgt cantik.. yea.. it's Year End Sale.




buah hati pengarang jantung yg baru heee ;)





ini nk tunjuk hasil pertama gunakannye 6oz. harap maklum ms nie production susu mmg makin merudum.. dan sbb ianya makin merudum lah sy decide utk beli electric. bolehke electirc pump merangsang kembali susu? boleh. bgmana dia stimulate nanti saya ceritakan kemudian yea...






ni set untuk double pumping yea..






ni filter utk mengelakkan susu termasuk dlm pam.. tp bestnye spectra ni kalau susu masuk dlm pam pun die x rosak cuma suction akan slow skit je.. kalau medela.. rosak ye harap maklum




ni botol yg free tu. sebab year end sale dpt lagi sekotak menjadikan jumlah botol baru BPA free saya = 12 yeayyyy...







HASILNYA





harap maklum ini hasil pakai avent manual pam saya yg lama 10oz... boleh tahan juga tp skrg masa makin mencemburui dan tangan pun dh letih daa



ini hasil double pumping menggunakan spectra 3 slps 2 mggu, 9oz... sgt2 membanggakan di kala nur anissa sudah berumur 11 bln. kalau 4-5 bln tu standard la coz masa tuh susu tgh byk kan.. so kesimpulannya saya sangat2 puashati!!




thank you Allah.. thank you hubby.. thank you Spectra..


mama love you nur anissa <3 <3



Published with Blogger-droid v2.0.1


Tuesday, January 3, 2012

alhamdulillah.. thank you Allah


tiada apa rezeki di dunia yg plg mggembirakan melainkan rezeki ini. yg tdk boleh dibeli dgn wang ringgit. dan insan terpilih saja mendpt nikmat ini. syukur ya Allah..

Published with Blogger-droid v2.0.1