As salam uollsss, hari ni hari gembira sy.. dh dpt phD dlm breastfeeding nissa.. Nissa dh genap 2 tahun yeaayyy.. Syukur kpd Allah kerana memberikan semangat yang tegar untuk beri nissa full bf selama ini.. Hubby juga puji sy berjaya full bf compare dengan anak2 yg lain..
Sepanjang 2 thn ni.. mcm2 dugaan yang sy lalui.. antaranya :
- tertinggal pam - tetapi ini dpt diatasi dgn tinggalkan pam di ofc tk perlu usung turun naik tangga ofc tiap hari. Di rumah standby pam avent manual.. uolls bleh buat mcm sy.. beli 2 pam, 1 electric, 1 manual.. mahal? lebih mahal jika anda beli susu tepung utk anak.. tak caye nnt kite kire...
- tertinggal cooler bag - jika ini berlaku sy akan lambatkan sesi pam.. pukul 12noon dengan 5pm.. sesi pukul 12 sy letak betul2 di bawah aircond suhu 16c.. Jika tkleh lambatkan sesi.. nk kena pam juga pukul 9-10 (engorged) sy akan beli ice dan letakkan dlm plastik or water tumbler..
- tertinggal botol - cooler bag bwk tp botol kosong lupa nk isi.. kdg2 nk cubit je telinga sendiri.. sbb careless and pelupa! Senang je.. kes ni sy akan beli mineral water yg kecik and letakkan susu perahan di dalam tu hehehe. Oh ya cooler bag sy muat ye mineral water 500ml.. cooler bag uolls muat tak
Semua masalah ade jalan penyelesaian kan?? So apa alasan anda untuk tidak menyusukan anak waktu bekerja? cewahhh ayat tu
Ok, ni electric pump brand spectra 3 (double pump).. puas hati sbb ianya mcm avent.. tp avent lebih byk hasilnya.. cuma ia manual dan kepenatan dan stress utk mengepam juga boleh effect production susu tau... Jadi tak rugi rasanya invest spectra 3 ni.. sy beli harga rm599 semua set di atas termasuk double pump..
Gambar di atas juga termasuk dlm set yg sy beli iaitu ice pack brand MLO, cooler bag juga brand MLO.. cooler bag ini tahan 16jam.. sedangkan cooler bag biasa 12jam sahaja.. sebelum ni sy guna jenama jingle jungle.. tapi tak sebagus MLO brand ni. Termasuk juga 2 pack bottle = 12 bottle
Back pack sy juga brand MLO... Zip di bawah tu untuk letakkan pump, dimana tk perlu bawa keluar pum setiap kali session, cuma keluarkan tiub jer.. Plug dia mmg dibelakang beg melalui lubang beg ni.. Juga takyah bwk kuar masuk.. Mudah kan..
Salah satu contoh bila tertinggal cooler bag.. Masa nk minum pg beli ice 30 sen, dan tghri bila dh cair.. beli lagi ice utk gantikan dia.. Bagus tak idea ni? Susu ibu tahan 6-8 jam jika berada dalam bilik aircond.. Selama ni, nissa tak penah pun cirit-birit / kembung / sakit perut kalau sy buat mcm ni.. maknanya.. everything is just fine.. jgn terlalu risau dan strict sgt..
Sekarang sy mula menyesal kerana buang2 susu beku dlm petiais yg terlalu banyak dan dh nk expired.. sebab skrg ni.. susu hanya tggl 1-2 botol je utk stok nissa esok hari :(
Jika nk dikira-kira jimatnya poket sy selama 2 thn ni :
Satu pack susu dugro rm21.90.. baby guna 4-5 pack sebulan :
sebulan : rm21.90 x 4 = rm87.60
setahun : rm87.60 x 12 = rm1051.20 untuk beli FM
setahun pertama : rm1051.20 - rm600 (spectra) - rm189 (avent) = rm262.20
Masih jimat bf lagi.. Ingat.. pump boleh digunakan utk anak2 seterusnya.. ini kos permulaan je..
Tahun kedua :
Mungkin susu dh mula kurang, mcm nissa kena topup sebotol formula.. 2 botol EBM sy bekalkan tiap hari... Jika sebotol sehari waktu siang weekdays saja..
Satu pack dugro rm21.90 untuk 1 bln
setahun : rm21.90 x 12 = rm262.80 shj compare rm1051 jika full FM, still jimat sesangat...
rm1051 + 788 (thn ke 2) = anggaran rm1839 penjmatan selama 2 thn.. fuyoooo
Sy plan lepas 2 thn ni.. sy akan pump spt biasa.. ade stgh org terus berenti pump.. Jika sy berbuat demikian, susu akan drop jika hanya diminum waktu malam.. Jadi kekalkan la pump 2x sehari kecuali ade meeting / bengkel boleh pam sekali je.. kecuali.. jika nissa nk dpt adik...
-----------------------------------------RAHSIANYA?---------------------------------
- sehingga setahun 8bln sy hanya ambil obimin + susu anmum je.. kemudian barulah sy ambil set b shaklee.. tp tak banyak membantu dr segi kuantiti.. cuma membantu dr kualiti jerla..
- Boleh juga ambil habbatussauda untuk booster.. insyaAllah..
- Tapi yg paling penting time utk pump.. 2x sehari wajib.. tkleh missed.. jika tak boleh nampak la 2-3ari kemudian akan drop.. Jika anda rajin, buat mlm session.. bgn pukul 3am everyday.. confem susu tak drop.. tp sy MALAS.. haha
- Dah 2 tahun sy bebas caffein!! yeaayyy
Nur Anissa Khaleesya budak bertuah dpt BF selama 2 thn..
abgnya ammar hanya dalam pantang shj, kakak nya afrina full bf 4 bulan..
Ni hasil menjelang beberapa hari sebelum nissa genap 2 tahun.. kdg2 byk... kdg2 sebotol je.. ikut rezki lah
Yang penting sekarang, bila nk gi travel or vacation.. tak perlu lg susah2 nk bawa thermos.. susu tepung dan air masak.. Mudahnya bf.. bleh je nk minum di mana2.. tak perlu bancuh2 pun..
my fren penah ckp.. "bertuah la nissa, dh setahun lebey bleh susu ibu lg.."
bangga sy sekejap.. tp hanya di dalam hati la..xde la nk riak tk bertempat ke..
Rezeki itu datangnya dr Allah S.W.T dan wajib bagi kita untuk mensyukuri nikmatnya..
Alhamdulillah!