Bersyukur sy kpd Allah kerana mengizinkan sekali lg bertemu ramadhan...
Juga saya melimpahkan syukur kpd Allah kerana telah memakbulkan doa saya pd ramadhan yang lalu. Berdoa pada bulan ramadhan sgt mustajab kan? ALHAMDULILLAH...
Anda pernah tak merasakan bahawa doa2 khusus anda makbul?
Anda pernah tak lihat org yang melakukan kejahatan/.. jatuh di hadapan mata anda sendiri?
Jawapan saya : pernah utk kedua2 situasi di atas :)
Ok, marilah kita manfaatkan bulan ramadhan tahun ini dgn perkara2 yg baik dan bermanfaat.. Jauhkan la drp melakukan perkara syirik dan sia-sia... dan igt la bhw balasan Allah cash di dunia, tkyh nk tgu di akhirat, dh boleh nampak kamu mendapat balasannya kan.. semua kuasa Allah yang Maha Besar....
Lauk ni saya masak semasa hubby keja @KL.. dan dia msg dia berbuka kat RESTOREN INSAF kerana kerja tak siap lg kat jln TAR tu.. Sgt jeles okayyy... Huhuuu teringat 3-4thn lalu masa kami shopping di sogo, dan tiada pilihan berbuka di INSAF... mmg sedap lah.. sekali makan terus INSAF nk membayar bilnya hihihi.
Tahun ni, x jenguk kot sogo tu.. mungkin jenguk2 yg dekat ja la WARTA bangi tu...
Lauk kt atas ni, kalau yg kegemaran hubby adalah kari telur dan sambal belacan la.. oleh sebab dia takde ptg tu.. maka yg abis licin adalah ayam merah, ayam grg dan sup ayam :)
Well pagi sahur abis lah kesemua lauk tu.. dan siap saya topup lg, masak sambal ikan bilis pada pukul 4am...
Ini adalah hari malas saya... hanya bakar ikan cencaru tanpa sambal sebab hubby beli ikan ni dia tak suruh org tu belah belakang... aduiii.. saya tk reti belah mungkin kerana pisau tak tajam, nanti kan hancur belakang ikan tu... jadi.. saya bakar togel2 gini hahahah
Dah tu saya sediakan air asam la.. WAJIB..
Saya masak juga macaroni goreng utk tekak saya... mee sup itu beli dan kuih muih pun beli juga...
Aritu saya masak kek oren.. teringin sgt... lalu cari resipi paling mudah.. alhamdulillah, jadi dan frina kata sedap.. sebab pas kuar oven dia makan panas2.. hehehe
Ini pula masak sambal udang petai... cukup la semangkuk tu dengan gulai kepala ikan (gmbr di bawah) dan ikan goreng (tiada dlm gmbr).. kenapa seketul je? sebab mmg tggl seketul je dlm freeze.. masak utk kuah diorg je.. itupun abis frina licinkan
Tahun ni, saya kira 90% masak di rumah.. dan 10% masa mula2 berpuasa kerap beli di bazar dan makan di kedai.. kerana sy keletihan utk memasak.. biasa la.. mula2 puasa.. Tapi takde amik byk sgt gmbr.. sebab abis masak biasanya kul 7.20pm dah.. ngam2 nk sediakan utk berbuka.. tak dan lah nk amik pic sgt.
Kadang2 masak cincai je pun simple pun diorg makan abis gak.. tkyh nk masak heavy2 sgt.. stakat ari ni, belum sekali pun buat nasi daging atau nasi ayam.. Sedikit malas thn ni :D
Semoga terus diberi kekuatan untuk menghabiskan 10 malam ramadhan.. dan masak sahur serta berbuka utk family...
Amin