Monday, March 28, 2011

55 days

sekilo-sekilo.... biarlah lambat.. sebenarnya xde diet pun.. cuma keletihan+kurang tdo menyebabkan penurunan ni.. semua pun mcm tu. target dpt 60kg pun ok lah dgn ketinggian nie.. so xyah la susah payah nk turunkan bebanyak... berat b4 pregnant 57kg.. x jauh beza lah kan :)

Monday, March 21, 2011

khaleesh's present

jauh present ni. frm penang. khaleesya said : tq mak ngah

Sunday, March 20, 2011

gigit antu

Hmmm dpt jugak antu ni isap darah i time pntg. Sedar pun masa abis pntg... bedebah betul @*%$@@!#~!&^#$

Friday, March 18, 2011

Nur Anissa Khaleesya - 45 hari



Nur Anissa Khaleesya - 45 hari -

  • berat terkini 4.5kg
  • berat lahir 2.75kg
  • panjang ms lahir 48cm
  • jenis darah b+ (anak abah)
  • baru sembuh drp ruam panas di muka dan leher dan ubt di klinik qistina mmg mujarab
  • docter ckp khaleesya kulit mahal, nk kena aircond je, aduh!
  • breastfeeding exclusive, alhamdulillah
  • kalau dh mengamuk bagi botol (susu perah) khaleesya akan tmbh mengamuk! OMG ini amat merisaukan mama... bila nk masuk kerja nnt
  • kat rumah mama dengan abah je berani mandikan khaleesya tp abah mandikan mcm tk bersih je hehe
  • sekarang bdn dia dh panjang penuh satu besen mandi dia, so kaki die suke menolak2 and mama kena lebih hati2
  • kuat tidur waktu siang tapi start engine kol 1mlm
  • tapi selepas pantang ni dia dh kurang skit meragam mlm, ada.. tp dh kurang
  • suke org dukung, bila letak menangis.. ayoyo
  • khaleesya susah tdo, kalau mama dodoi 2 jam tkleh nk tdo lagi.. asal letak je terjaga semula, mama xde alternatif selain letak terus dlm buai elektrik, bole la mama rehat + ZZzzz
  • dlm buai die angan-angan dulu, lepas 15min baru tdo
  • kalau 15min dia tak tdo dlm buai alamatnye kejap lg die akan menangis suruh angkat, pandai kan?
  • kalau ikut orgtua tk bg buai bby dlm pntg, tp khaleesya dh selamat kami buai since die meragam mlm2 tkleh tdo (sbb siang asyik tdo je)
  • waktu siang khaleesya tak masuk buai, die lena kat totto bby smpailah waktu mandi dia
  • khaleesya suka mandi tp biasanya lepas mandi dia akan mengamuk nak cpt2 tdo semula
  • kena bagi susu dulu sebelum mandi kalau tak dia mengamuk sebelum smpat abis pakai baju dia (lapar)
  • semua baju utk khaleesya pakai lepas mandi akan disediakan oleh kakaknya, afrina.. Semua ikut pilihan kakaknya.
Sekian. :)



Thursday, March 17, 2011

Awas!!! Amalan Yang Mengurangkan Susu Badan

Saya tertarik dengan satu artikel AnakkuWiraku tentang punca-punca yang mengakibatkan susu badan drop / berkurangan. InsyaAllah boleh dijadikan panduan kita bersama. Renung-renungkan dan selamat beramal..

Untuk berjaya dalam penyusuan... cuba ELAKKAN perkara berikut:

1. Tidak mengepam atas alasan Breast tidak bengkak.

Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protien seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten (dan kerap) akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan.


2. Pengambilan minuman bergas dan berais.

Secara perlahan2 amalan ini akan mengganggu penghasilan susuibu. Walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua ibu namun yang pasti amalan ini akan menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit urat disebabkan pengambilan ini yang berterusan.


3. Pengambilan minuman berkafien.

Kafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi...namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja...ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh.
→ Nasib baik saya bukan jenis yang addicted dengan kopi. Teh pon kadang-kadang je tumpang minum sikit air hubby.. :)

4. Pengambilan supplement khas untuk diet.

Apabila si ibu mengambil supplement untuk diet seperti menjadikan minum berfiber menggantikan makanan sarapan pagi maka secara langsung si ibu telah mengurangkan zat asli dalam badannya. Walaupun jaminan selamat namun yang paling perlu kita fahami ialah, susuibu itu sangat kaya dengan nutrisi melalui pengambilan makanan si ibu. Maka apabila makanan yang sepatutnya dimakan itu digantikan segalanya dengan pengambilan suplement semata2 maka khasiat sebenar akan berkurang dan secara langsung memberi kesan kepada penghasilan susuibu pada masa akan datang.

Supplement sepatutnya diambil hanya untuk mengisi ruang kekosongan zat dalam badan dan BUKAN menggantikan pengambilan makanan harian yang sebenar. Bagi ibu2 yang mengamalkan supplement diet pasti dapat melihat hasil perahan susuibu cair berbanding mereka yang mengambil supplement sebagai tambahan kepada makanan harian mereka di mana hasil susuibu mereka sangat pekat dan lebih enak, pastinya!
→ Jangan takut untuk makan hingga kenyang kalau breastfeed baby.. InsyaAllah kalori-kalori tu akan terbakar untuk dihasilkan susu ibu :) Itulah keistimewaan breastfeeding. Janganlah makan terlampau banyak pulak..nanti ibu jadi obesiti pulak.

6. Merungut setiap masa.

Jangan sesekali merungut atau rasa kecewa dengan hasil perahan tetapi sebaliknya sentiasa bersyukur agar Allah menambahkan nikmat seperti janjiNya iaitu Allah akan menambahkan nikmat kepada sesiapa sahaja yang bersyukur.
→ Sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada. Walaupun pam cuma dapat 1-2 oz sahaja, tapi sentiasa ucapkan Alhamdulillah tanda syukur di atas nikmatNya. Sekurang-kurangnya kita masih dapat memberikan susu kita kepada si kecil, walaupun kais pagi minum pagi, kais petang minum petang...

Sekadar berkongsi....................

Khaleesya

ni masa khaleesh sebulan. tdo lasak skit lg nk jatuh totto - present dr untie sya.. thanks untie!