Tuesday, March 31, 2015

Mari Masak Memasak

Dah lama tak ceta pasal masak.. bukan beerti dapurku berhenti berasap.. atau kuali ku tergantung tak bertali.. hahhaha

Cuma terlupa nak amek gmbo dan bila tinggal tulang baru lah teringatt.. ooo kisahnyaaa




Menu ketam ni khusus utk anak cheq yg demam panas.. iaitu nur anissa khaleesya binti mazlan

Demam cecah suhu 39.5 dan paling risau dia mintak urut kaki.. huhuhu.. risaunyaa

Lalu saya pon masakla sup ketam utk dia... dan ketam bercili utk hubby, along, n frina..
Seperti yg sy jangka... mereka menghabiskan ketam ini waktu lunch tu juga.. tak berbaki ok..

Ada nampak 3 ekor ikan temenung tu? haa yg tu husband abiskan :)


                                

konon2 hiasan daun sup atas ketam hihi



hari ke dua sy cuti.. waa nasi ayam madu maaa..
sedapnyaa.. (anak2 yg kata)


                   


yang ni menu weekend.. Rendang ayam yang dh lama tak buat...
maklumla bila raya je kan buat rendang.. so saya nk try asah skill.. adakah masih berbisa.. hahaha




bersambung....

Friday, March 27, 2015

anak bulus saya


Anak2 bulus yg saya jaga 



lofa

ni loofa.. doc vet tanya.. nama penuh dia neeloofa ke? hikksssss
lawa sgt mcm loofa hahahah
saya amik dah besar, 7 bulan
manja n tak pukul lgsung kitten even dtg umah baru cuma pemalu.. nmpk org lari menyorok.. tp kalau ambil, dia dok diam je..


dodo

my jantan the only one
dodo. mix ragdoll
jaga dia dr umur sebulan.. dr x pandai makan, makan bersuap.. now dh belasah semua kucing kt umah.. ajak main.. playfull dodo!!



moggie

mix exotic.. syg oggie.. org da amik. rindu keletah oggie
manja sgt bila hari org nk amik dia menjelang tiba.. duduk atas riba.. gesel2 kat sy.. huhuhu

sedih2.. oggie cerdik, pandai main stokin. bangun pepagi dgr along jerit.. 
oggieeeee mana stokin aku!!! oggie bw lari main dlm bilik.. hahaha

now still keep in touch dgn new owner. harrap dia jaga oggie dgn baik n penuh kasih syg..

miss u so much oggie


kiki

comel.. jantan.. playfull.. cuma umur dia x panjang.
sehari dia sakit, dia xnk makan.
esok pagi da keras... 




whitey

idaman sy utk miliki solid white kitten menjadi kenyataan. amik whitey masa umur sebulan lebih.. dia dh pandai makan dan bw diri. pernah sakit n cirit birit seketika, mayb stress sebab pisah dr ibunya..

lepas sembuh dr sakit, makan sgt la kuat smpaikan dia dh gebu n ekor dia jd sangat kembang

daddy tegur.. mama tk baik pilih kasih.. yg lain tu anak tiri mama...
hahaha sebab apa? sy balik kerja je mesti sy peluk n syg2 whitey dulu.. sebab geramm la dia kan gebu gebass.. pastu dia diam je bila kita dukung tu yg bestt

kalau dodo.. mesti nk lepaskan diri.. hurmmm. now whitey dh 5 bulan.. 3 kali vacc.. semoga membesar dgn sihat n dpt bby putih2 belaka ye whitey hahaha



pic kawan baik. whitey n dodo

Friday, March 6, 2015

Zikir Harian





-Betapa banyaknya pahala jika kita mendengar alunan zikir, apa lagi menyebutnya..

-Ketahuilah…. bahawa makhluk haiwan dan tumbuhan Allah ciptakan hanya berzikir kepada Allah di samping memberi khidmat pada manusia., ia tidak pernah berhenti berzikir kepada Allah sehinggalah hari kiamat….
-Sedangkan makhluk Allah yang kecil itu bersungguh-sungguh tanpa penat berzikir memuji Allah.. 
 

-Terima kasih Allah kerana mengingatkan aku supaya tidak lupa kepadaMu.Subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illalllah wallahu akbar.

-Jangan lah kita sebagai manusia berat hendak melafas tasbih, tahmid, tahlil dan takbir sebagai tanda kita bersyukur atas nikmat kurnia yang Allah bagi pada kita...

Rasulullah saw. bersabda, "Lazimkan membaca subha nallah walhamdulillahwala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon".
  (HR Ibnu Majah)
-Di antara zikir yang boleh dirutinkan setiap saat, dibaca agar lisan terus basah dengan zikrullah adalah empat kalimat mulia iaitu  




Cerita di sebalik zikir ini:


1)Kalimah Subhanallah
Ibnu Abbas RA berkata: “Ketika Allah SWT menjadikan Arasy, lalu menyuruh malaikat memikulnya. Para malaikat merasakan amat berat memikulnya. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca (menyebut); Subhanallah. Sebaik sahaja malaikat membacanya, maka terasa ringan memikul Arasy dan mereka terus menyebut (berzikir) selama-lamanya.” 
2) Kalimah Alhamdulillah
 Kata Ibnu Abbas ra lagi: “Apabila Allah SWT menjadikan Adam as. Maka mula-mula yang keluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalu Allah ilhamkan kepadanya untuk membaca (menyebut); Alhamdulillah. Sebaik sahaja Adam as menyebutAlhamdulillah, lalu Allah menjawab; Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau).
“Kemudian malaikat berkata: Inilah kalimah mulia dan baik dan tidak sepatutnya kami abaikan. Maka para malaikat pun membaca (berzikir) Suhhanallah Walhamdulillah.
 
3) Kalimah Laa illaha illallah
 “Para malaikat membaca (berzikir) demikian sehinggalah Allah SWT mengutuskan Nabi Nuh as. Oleh kerana kaum Nabi Nuh adalah kaum pertama menyembah berhala, maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh as supaya menyuruh kaumnya membaca; Laa illaha illallah bagi mendapatkan keredhaan Allah.”
“Lalu berkata malaikat: “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan. Maka malaikat pun menggabungkan dengan dua kalimah sebelumnya untuk menjadi: Subhanallah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah.
“Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim as.  

4)Kalimah Allahu akbar
Setelah terutusnya Nabi Ibrahim as, Allah SWT telah memerintahkan bagindamenjalankan korban ke atas anaknya, yang mana akhirnya Allah telah menebusanaknya Ismail dengan seekor kibas (kambing).
“Apabila Nabi Ibrahim as melihat anaknya terselamat dari disembelih dan digantikan dengan kibas (kambing), maka Nabi Ibrahim as menyebut: Allahu akbar, kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.
Berkata para malaikat: “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar.Kemudian para malaikat menggabungkan kalimah itu dengan tiga kalimahsebelumnya menjadi: Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar.

5) Kalimah Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.
“Ketika malaikat Jibril as menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW, bagindamerasa kagum dan terus melafazkan: Laa haula Wala quwwata illa billahil aliyilaziem.”
Kemudian Jibril as berkata: Gabungkan kalimah yang empat itu sehingga menjadi Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar, Walaa haulaWala quwwata illa billahil aliyil aziem.


Semoga bermanfaat kpd smua yang membaca...
Assalamualaikum

Monday, March 2, 2015

Padang Kota

Balik kampung masa my SIL kawen ritu ada lah singgah di padang kota pas bertahun2 tak jejak sana..

Kami saja2 jalan2 bw adik yg dtg wedding nabilah... naik ferry n makan pasemboq padang kota

At last x jadi makan pasemboq pun sebab pa ramai sgt pon xtaw..
ohh yela.. dtg pon CNY.. penuh tak ingat org...

Naik ferry pon jammed.. sampai sini dah kul 11 mcm tu... Adoii la.. budak2 ni dh bbrp kali tetdo dlm keta..
Naik ferry segar jap.. pastu tdo balik.. turun2 padang kota segar balik daa

Perut dah mendidih.. me and hubby mmg x pandang dah pasemboq.. haha.. perut sama naik je.. maklum le..

Tak jadile melantak pasemboq mlm tu. Aini dtg plak esoknya utk menikmati pasemboq.. hahaha rugi mai penang x pekena pasemboq kott




Minah belon atas ni.. tak sah tak pow belon
Pic belakang Frina belajar main lastik dengan pakcik nizam


Tengok tu punya ramai orang


Along tak ikut masa nih. 
Dia gi tgk bola kat stadium batu kawan dengan pak tam dia dan sepupu2 dia..
Nak story skit. kt sini ada show ular.. frina pegang ular.. ngeeeeeeeeee...


Pas ni terus shoot cari kedai makan.. Kul 12am.. Sangat2 lapar...
Nak cari nasi.. nak cari nasi...
Nak cepat.. balik ikut brigde..
Orang tgh sibuk kt umah nak wedding esok..
Kami kuaq pi padang kota hahahaha
Elok.. elok..
Oppss catering.. semua da siap kot hahahaa


Bersambung............

Monday, February 9, 2015

but baru lagi!!!!

Tak tahu sorang ni giler NIKE
Adidas dia tk berapa sgt walaupun mak ngah dia bg adiah sunat. Harga kt al ikhsan but adidas tu rm199

Jadi dia mintak satu but lagi.. 
Alasannya :

Satu utk training akademi desaminium
Satu utk training club LJFC (Lestari Junior FC)

Kat al ikhsan rm139
Kat kedai sukan jusco rm169
Napa beza harga ek?

Dh perasan dh. Pasni xleh beli brand lain nnt dia x pueh hati
Mesti nak NIKE
Best sgt ke?



Sent from my iPhone



Thursday, February 5, 2015

Apa ada di JB?




Betapa rindunya kat JB
Apa sebenarnya ada kat sana?
Mcm tak puas je ke sana.. nak pegi lagi...
Nak keja hijrah ke sana ke?
Betapa hati ini meronta nak pulang ke JB
InsyaAllah