Assalamu'alaikum.
Sekadar perkongsian
Waktu wukuf di Arafah adalah selepas tergelincirnya matahari dan waktu di mekah adalah pd jam 12.07 dan tamat pd jam 5.58 waktu maghrib bersamaan dgn jam 5.07 ptg sehingga 10.58 mlm pd 9 zulhijjah bersamaan dgn 14 Oktober.
Waktu ini adalah waktu di mana doa hambaNya tidak terhijab kpd Allah swt.
Maka marilah semua saudara memanfaat waktu ini utk bermunajat kpd Nya disyorkan utk dimulakan dgn solat taubat, istighfar, zikrullah dan doa. Banyakkan berdoa memohon kpdNya Rabbul Alamin semoga sejahtera hidup kita di dunia dan akhirat.
Doakan kesempurnaan haji utk mereka yg mengerjakan haji dan kongsikan kpd sahabat dan taulan sekalian semoga beroleh pahala semuanya. In syaa Allah.
- Hari Arafah hari istimewa.
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah).” (Sahih Muslim)
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah).” (Sahih Muslim)
- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.“.(Riwayat Ahmad)

- Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.
Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)
Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)

No comments:
Post a Comment