Selamat Hari Lahir Nur Anissa Khaleesya binti Mazlan
Semoga anak mama dan abah menjadi insan sempurna, terdidik akhlaknya, menjadi anak solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Tak jemu saya nk cerita kelahiran nissa pada semua.. Pada saya kelahiran dia hikmah yg Allah bagi atas sesuatu kehilangan...Genap juga lah 3 tahun saya melahirkan nissa dengan penuh emosi dan tekanan.. Tekanan bukan dari keluarga tetapi tekanan badi melahirkan anak ke 3.. Org tua kata anak ke 3 payah skit kan???
Kelahiran nissa tidak dirancang, pagi tu kami nak bertolak balik kampung untuk kenduri my BIL (bro in law) dan tiba2 ada sesuatu berlaku yg mana tidak pernah saya dan suami menjangkakannya. Waktu itu 36weeks. Beg dah packing elok dalam bonet kereta
Seminggu sebelum tu check dgn my gynae, dia bagi balik kampung, drive jauh kan. tp siap sedialah dgn kad merah n baju baby.. dia kata 20% chances sahaja bby akan lahir dlm waktu ni.. borderline
Tetapi Allah maha berkuasa.. Sejam selepas tu, kami bfast di kedai dan sy rasa dh start contraction.. OMG..
Tapi sy dh biasa dgn false alarm.. buat tak tahu jer.. jamah roti canai mcm biasa..
Masuk jam yg kedua still berterusan dan sy fikir ini dah kena kira duration ni.. 15m sekali, turun 10m.. dan tak berhenti smpai lah suami hantar check kt klinik area umah.. Doc seluk tak buka lagi tp contraction ada.. Dengan rasa tak sedap hati, menyerah lah sy kat Hospital Pakar Annur tengahari tu jugak.. Warded sebab dh buka 3cm.. OMG.. Harapan nk balik kg musnah, dan anak2 sy adalah org yg paling sedih sbb tak dpt balik kg hehe
3cm bukan menjamin 2-3jam kelahiran baby kan.. Contraction pukul 9pg, warded kul 1.. Nissa lahir lebih kurang 10pm.. Cer kira brp jam.. 13jam sakit.. bukan mudahkan? Ini rekod paling cemerlang. Ammar 5 jam sakit, afrina 3 jam sakit. Cuma selepas azan isyak sy tak benar husband tinggalkan sy walau sesaat.. walaupun utk solat isyak kerana sy dh merasakan klimaks kesakitan waktu itu.. Tetapi nissa keluar pukul 10pm pun.. azab juga la dgn kesakitan paling maksimum masa tu.. Hanya sesiapa yg dah melahirkan je tahu mcm mana sakitnya dlm keadaan 7-10cm. 2 jam sy dalam kesakitan maksimum.
Tetapi mulut tak pernah meminta epidural or operation, biar sakit ni jadi kenangan dan juga menghapuskan dosa-dosa sy sebelum ini.. Bayangkan tenaga saya ada brp banyak je lagi untuk push.. Beruntungnya saya.. husband anta besalin annur dengan doc kham.. di situ sy tak perlu memerah tenaga 100% utk push.. mayb 50% jer..tak spt bersalin ammar di putrajaya.. memang menggunakan tenaga seluruh kekuatan. Masa melahirkan afrina juga dgn doc kham, tetapi untuk no 4 kalau ada rezki nak try dgn doc fatimah plak.. boleh tak abg? hehehe..
Selepas kelahiran nissa bukan mudah sebenarnya sebab dia fully bf dan tak mahu botol susu.. episod pengorbanan sy berterusan hinggalah umurnya 2 thn.. kerana bukan mudah untuk bf anak hingga 2 thn, siapa pernah lalui dia akan bersetuju, iya kan? bengkak, demam, lupa bawak pam, lupa bwk botol, ice pack dan macam2 lagi.. tghmalam kena bangun pump, tdo tak cukup tapi azam sy kuat utk teruskan selama 2 thn yg mana sy gagal untuk fully bf utk ammar dan frina sebelum ini.
Ternyata Allah makbulkan doa sy untuk memudahkan penyusuan hingga 2 tahun, dan lebih lagi sebenarnya.. Alhamdulillah, syukur dgn nikmatMu ya Allah..
Sekarang.. Nissa dh 3 thn, pandai cakap, segala-galanya pandai mcm dh umur 5thn pulak.. dulu tak padan kuat nangis.
Nissa baby borderline mama + abah :)
Nissa baby borderline mama + abah :)
e day my SIL
posing @ dataran
white and dark chesse cake
cepat potong kek.. tak sabar nak makan cheese cake.. uhh my fav!!
Besday Girl with along n kak ngah
waktu kecil, masuk dalam laci is her fav
eksyen dengan botol susu, padahal dia buat main jer susu tu..
buat passport umur setahun.. so cute cute



No comments:
Post a Comment