Wednesday, May 11, 2011

Hasil setiap sesi







Alhamdulillah.. kerana Allah masih memberi rezeki untuk menikmati pengalaman breastfeeding exlusive selama 3 bln ini. Sememangnya tak dinafikan perangai malas utk pump takleh dikikis.. terutamanya di rumah aduhhhh layan blues wa.. Ni hasil untuk setiap sesi, so kat opis kalau 3x sesi, boleh buat stok 3 botol penuh la..






Perangai saya, tak suka bekukan susu.. suka lagi bagi fresh, lagi kalau tgh suam2 tu.. wooo lagi suka tau!! Kalau susu dibekukan akan musnahlah beberapa nutrien di dalamnya tetapi kandungan tu masih jauh lebih baik drp susu formula.. Tapi kalau simpan dlm fridge bawah, susu akan tahan 3-5 hari, masih fresh.. Bagi sesiapa yg perlukan penduan penyimpanan susu ibu, saya copy n paste di bwh ni ye.. Saya dh hafal ;))






-----------------------------------------------------------------------------------------------






Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.







Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu







Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Panduan asas penyimpanan susu ibu:






1.bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan







2.catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas







3.jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk







4.jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar



5.Susu yg beku perlulah diturunkan ke bahagian bawah sekurang-kurangnya 8jam sebelum. Cth : utk bekalan esok hari ke pengasuh, mlm ini anda perlu turunkan 2-3 bekas susu beku ke bahagian bwh supaya dia mancair, bawa susu sejuk ke rumah pengasuh menggunakan cooler bag sebelum dipindahkan terus ke dlm petiais.. Biar pengasuh yg panaskan susu anda kerana susu beku yg telah dipanaskan perlu dihabiskan dan tidak boleh disimpan semula.





6.jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

MAKLUMAT TAMBAHAN






1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).






2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.






3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.






4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.






5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.








6. Banyak yg bertanya tentang bekas dadih ni…bole ke susu ibu yg sudah diperah disimpan dlm bekas dadih?








Jawapannya boleh :




jika hanya bekas dadih yg bernombor 2,4 dan 5 sahaja ye kwn2… (nombor ni bole cek kat bawah bekas tu)
*** bole guna sekali shj





*selamat utk panaskan ebm dlm bekas tu..info dpt masa kursus bf 20 jam ……tp ingat bole guna sekali shj.

Sumber: Le Leche League

Tuesday, May 10, 2011

Episod 3 Bln

Pejam celik pejam celik dh 3 bln masa berlalu.. Semua org tanye.. dh kurus ke? Saya sekarang tak mengenal erti diet ok. Sentiasa lapar.. Maklumla breastfeed kan, yg keluar wajib lah diganti :P


Berat sy dh menurun jadi 59.9kg, alamak bukti lupa nk tunjuk. Nanti2 lah sy snap ok. Well pantang di rumah sendiri seindah macam disangka. Makan tetap pantang apa yg tak boleh memang saya takut.. Tu nak citer.. degil boleh tahan. My SIL bancuh air teh.. wow sedapnyaa.. terliur2 plak rasa.. Smpai berebut2 mug hubby nk hirup jugak air teh tu. Dah dia buat org jeles sapa suruh.. siap buat memek muka sedaappp sgt air teh tu. Hah apalagi terus rebut air kat tangan hubby. Then hubby membebel tapi dh terlambat. Dh masuk celah tekak. Nk buat cemana. Pastu amik ko.. sakit perut hahahhaa bentan.. Padan muke.. melawan lagi cakap laki hikss. Tapi sekejap je saya lumurkan ginger cream (leesa formula).. angin pun hilang..


Pastu adik plak goreng telur.. ni masa dekat2 nk abis pantang.. mencabar sungguh aromanya.. walawehhh.. sy amek skit senyap2 then hubby pun dtg nk makan sama.. Terus die membebel2.. "hampa nih makan x pantang ka???" saya pun jawap --apa pulak.. pantang la..--

Hubby sambung "abis tu apa" (smbil tunjuk kt pinggan ku). Alamak cebisan telur yg tak sempat di ngappp!! kantoii.. Apa nk buat, menda dh termakan mueheueheuheueeu..


Pastu haruslah die perli2 wife die ni kan.. gemuk lah.. itulah makan pantanggg sgt hhehehe.. Die tuh mmg xleh tgk saya lari shape skit.. laju je mulut nk perli org! Ah sy tak kisah, sbb ni dh anak ke 3.. wajarlahh kalau bdn naik skit from anak 1 dan 2 kan kan kan...


Saya berpegang kpd prinsip kalau makan tu tak jadi pape maknanya kita boleh makan lahh. Jangan risau sgt k. Pastu pulak confinement lady saya tuh semua sayur boleh makan.. yang selama ni takut2 nk makan sume selamat sy makan. Abis?? dh dia masak.. kalau tak makan nnt nk makan ape ye dak.. Dia kata sayur2 ni bagus utk air susu yang baik. Dia masakkan bayam, brokoli, tomato, sawi.. Mmg susu banyak.. Saya rekemen lah confinement lady ni, sy panggil chek putih. Alamak ctc no die kat hubby, sapa berminat nk pantang sendiri boleh la pm sy mintak ctc no dia tu ye...


Mak cik puteh tu pepagi dia mengemas, basuh kain, sidai kain, masak.. kang kol 11 barulah org tu bangun tdo.. hehehe sume dh ready.. dia buatkan air mandi herba. Lepas mandi ade sesi bertungku 2x sehari dan mengurut. Pastu br saya makan. Siang2 dia jaga bby die suruh saya tdo cukup2 rehatkan badan.. Ms pantang bby mmg kuat tdo, so siang takde maknalah sy nk tdo..

Masa 2bln bby dh terbalik.. kdg2 tak tdo malam..itu tak kena ini tak kena.. Pukul 3pg baru lena betul.. Ha masa tu lah haru biru skit hidup sy..


Biasalah, nk bby kena ada persediaan mental yg cukup kuat.. Bila time dia nk main stat kol 1-6.. masa tu lah dlm ati ni terdetik... ni yg malas nk ada anak kecik lagi.. smpai mcm tu skali tahap bengong sy ni.. tp menjelang 3bln, nissa dh tdo normal... kdg2 tak mintak susu pun.. risaunyee.. kdg2 jelah die nk main dgn kita pagi2 buta tu.. Tapi hubby kata oklah tu dia ajak main.. jaga gilir2.. drp die melalak je malam2 kembong ke mslh lain ke.. kan susah..

Oklah smpai sini aje..


Semoga nissa terus baik di hari2 mendatang......................

Aurat Wanita

Aurat Wanita


Apakah batasan aurat wanita?Batasan aurat wanita berbeza mengikut situasi berikut;1. Aurat bersama suami.2. Aurat di hadapan lelaki ajnabi2. Aurat di hadapan mahram3. Aurat di hadapan wanita lain


Apakah aurat wanita dengan suaminya?Tidak ada aurat antara suami dan isteri. Harus bagi suami melihat ke seluruh badan isterinya termasuk kemaluannya. Namun melihat kepada kemaluan adalah makruh secara umumnya termasuklah melihat kepada kemaluan sendiri.


Apa maksud lelaki ajnabi? Apakah batasan aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi?

Lelaki ajnabi bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini.[1] Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.




Apa dalil bagi aurat di hadapan lelaki ajnabi di atas?Dalilnya ialah firman Allah;“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya.


Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (an-Nur; 31).Ayat di atas melarang seorang perempuan beriman mendedahkan perhiasan di badannya (kecuali yang zahir darinya). Ayat ini menjadi dalil yang cukup jelas bahawa seorang wanita wajib menutup auratnya di hadapan kaum lelaki ajnabi (iaitu lelaki yang bukan suami atau mahramnya yang dikecualikan Allah dari perintah tersebut yang akan dijelas nanti)Maksud “kecuali yang zahir darinya” ialah kecuali perhiasan yang terpaksa dizahirkan (yakni terpaksa diperlihatkan) iaitu pakaian yang dipakainya di mana tidak dapat dielakkan dari memperlihatkannya kepada orang lain. Ia juga bermaksud; perhiasan-perhiasan yang berada di bahagian badannya yang diharuskan oleh Syarak untuk mendedahkannya kepada orang lain (yakni tidak wajib ditutup) iaitu bahagian muka dan tangan.


Keharusan mendedahkan muka dan tangan adalah berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Baihaqi dari Saidatina ‘Aisyah yang menceritakan; “Suatu hari Asma’ anak saidina Abu Bakar masuk untuk berjumpa Nabi s.a.w.. Kebetulan ketika itu ia memakai pakaian yang nipis (yang menampakkan bayangan kulitnya). Nabi s.a.w. lalu memalingkan pandangan darinya sambil bersabda (maksudnya): “Wahai Asma’, seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja”, sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya” (HR Imam Abu Daud).[2]


Siapakah mahram bagi seorang wanita?

Apakah batasan aurat wanita di hadapan mahramnya?


Mahram seorang wanita ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan.[4]


Ia merangkumi;

1. Bapa kandung

2. Bapa mertua

3. Bapa susuan

4. Anak kandung

5. Anak tiri (yakni anak suami)

6. Anak susuan

7. Saudara lelaki kandung

8. Saudara lelaki susuan

9. Anak saudara lelaki

10. Bapa saudara




Di hadapan mahram-mahram di atas, tidak diwajibkan wanita menutup badannya kecuali kawasan antara pusat dan lutut sahaja. Ini adalah pandangan jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’e dan Abu Hanifah). Jadi menurut jumhur ulamak; aurat seorang wanita di hadapan mahram-mahramnya hanya antara pusat dan lutut sahaja.


Namun ulama’-ulama’ mazhab Maliki dan Hanbali berpendapat; hanya bahagian muka, kepala, leher/tengkuk, dua tangan dan dua kaki sahaja yang harus didedahkan di hadapan mahram. Adapun bahagian-bahagian lain, ia tetap menjadi aurat dan wajib ditutup sekalipun di hadapan mahram. Pandangan ini disokong oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi di mana beliau menegaskan; “Bahagian badan wanita yang harus dilihat oleh mahram hanyalah tempat-tempat beradanya perhiasan bathin (dalaman) seperti telinga, rambut, leher, lengan dan betis. Adapun selainnya seperti paha, perut, kemaluan dan punggung, maka tidak harus didedah dan diperlihatkan sekalipun kepada mahram atau wanita lain.[5] Pandangan kedua inilah yang lebih menepati kehormatan seorang wanita berbanding pandangan jumhur tadi.


Apakah batasan aurat sesama wanita?

1. Aurat di hadapan wanita Islam. Aurat seorang wanita di hadapan wanita Islam adalah menyamai batasan auratnya di hadapan mahramnya, iaitu;


a) Menurut jumhur ulamak; antara pusat dan lutut. Jadi menurut pandangan jumhur ini, harusseorang wanita mendedahkan mana-mana bahagian dari badannya di hadapan wanita Islam kecuali bahagian antara pusat dan lutut sahaja.


b) Menurut sebahagian ulamak; seluruh badannya adalah aurat kecuali kepala, muka, dada, dua lengan dan dua betis. Jadi menurut pandangan ini, harus seorang wanita mendedahkan kepala, muka, dada, dua lengan dan dua betisnya di hadapan wanita Islam. Bahagian lain tidak harus didedahkan kerana ia masih tetap aurat walaupun di hadapan wanita Islam.[9] Pandangan ini ditarjih oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi sebagaimana dinyatakan tadi (sila baca kembali; aurat wanita di hadapan mahramnya).


Sejauhmana keharusan lelaki melihat kepada wanita?

Harus lelaki memandang wanita tetapi dengan tiga syarat;


1. Melihat kepada tempat bukan aurat (iaitu muka dan tangan sahaja). Adapun kepada aurat dilarang sama sekali sekalipun tanpa syahwat.


2. Melihat tanpa disertai syahwat. Jika dengan syahwat, haram melihatnya sekalipun pada tempat yang bukan aurat.


3. Tidak dikhuatiri mendatangkan fitnah.Larangan melihat kepada aurat berdalilkan sabda Nabi s.a.w.;لاَ يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلاَ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ، وَلاَ يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ، وَلاَ تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ“Janganlah lelaki melihat kepada aurat lelaki lain, janganlah wanita melihat aurat wanita lain. Jangan lelaki sesama lelaki berada di dalam satu pakaian dan janganlah wanita bersama wanita berada dalam satu pakaian” (HR Imam Muslim dari Abi Sa’id al-Khudri r.a.)





Apa hukum bersentuhan antara lelaki dan perempuan?


1. Jika hubungan mereka adalah suami-isteri, harus mereka saling bersentuhan tanpa ada had dan batasan, yakni harus bagi suami atau isteri menyentuh mana-mana bahagian dari badan pasangan masing-masing tanpa sebarang pengecualian.


2. Jika hubungan mereka adalah sesama mahram; harus mereka bersentuhan –sama ada bersalaman, memegang atau sebagainya-, akan tetapi khusus bagi kawasan yang bukan aurat sahaja, iaitu kawasan yang harus dilihat oleh mahram. Adapun kawasan aurat, tidak harus menyentuhnya sekalipun sesama mahram. Kaedahnya; “Bahagian yang tidak harus dilihat, maka menyentuhnya juga tidak harus. Bahagian yang harus dilihat, maka menyentuhnya juga harus (dengan syarat tanpa syahwat dan tidak mendatangkan fitnah)”.[14]


3. Jika mereka adalah ajnabi (tiada hubungan sebagai suami-isteri atau hubungan mahram); tidak harus sama sekali bersentuhan termasuk bersalaman.




Benarkah ada ulamak yang mengharuskan lelaki bersalaman dengan wanita yang telah tua yang tiada lagi syahwat?


Ya, iaitu ulamak-ulamak mazhab Hanafi.

Mereka berpandangan; harus seorang lelaki bersalaman dengan seorang wanita tua yang tidak lagi ada syahwat/keinginan kepadanya. Begitu juga, harus seorang wanita bersalaman dengan lelaki tua dengan syarat aman dari fitnah (yakni aman dari dorongan nafsu sama ada dari dirinya atau dari diri lelaki tua itu). Jika tidak aman dari fitnah, tidak harus bersalaman.




Namun menurut jumhur ulamak; haram bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi sama ada muda atau tua, sama ada masih ada syahwat atau tiada syahwat kerana dalil-dalil tadi menyebutkan pengharaman secara umum tanpa adanya pengecualian.[16]

Monday, May 9, 2011

Nur Anissa Khaleesya 3bln




  • Berat terkini 6kg

  • mulut makin becok.. suara makin kuat.. ikut suara kuat daddy dia

  • makin kuat angkat kepala.. pastu galak pulak

  • pantang org tegur mengeletik bdn die suka sgt..

  • kalau nmpk budak kecik (kakak & along) lagi suka..

  • peramah sgt suka senyum dan tegur org

  • skrg dh mandi duduk.. besen dh x muat..

  • mama mula malas nk pakaikan mitten sejak dh pndai hisap jari.. tapi kdg2 calar balar jugak muka dia kena kuku

  • kuku anissa mmg cpt pnjg.. 2-3 hari lepas potong dh pnjang semula

  • masih dgn perangai lama.. tak suka minum susu thru botol.. jelir2 lidah dia tolak pastu pusing2 kepala kiri kanan pastu tgn dia ligat tepis botol..

  • skrg minum botol maksimum 3oz tp pastu sambung berastfeed pulak

  • ruam panas dh mula hilang sejak amik cream kat klinik.

  • takde masalah ruam lampin cuma masalah dagu berlipat je, selalu merah2 bwh leher

  • dh mula bersungguh2 nk meniarap tp blom lepas lg.. debab!

Thursday, May 5, 2011

International Hot Air Balloon Fiesta Putrajaya

muke boring bila suruh pose.. asyik2 amik gambar je


yg ni terlebih suka plak.. mentanglah dpt balloon


time hujan gerimis ni, tu yg memasing pakai topi


belon dlm mendung



Wednesday, May 4, 2011

Choc Moist Cake

Dh lama tak buat kek... last rasanya ms pregnant 4 bln.. masa tuh rajin bebenor almaklum le nk dpt anak dara... dh puas nissa makan choc cake n makan sedap2 dlm perut kan nissa!

baru angkat.. panas dari ovenn


topping kek. lagi banyak lagi sedapp

hiasan kek. guna je apa yg ada di rumah anda, k

Macam-macam gaya

Anissa - 2 months ++

Hai.. ni gaya lasak saya tdo.. Drpd mama letak saya kt bantal pink tu, sekarang saya dh berpusing... ngeheheheheee