Friday, February 10, 2012

Petua Murah Rezeki Anak

* Ini anak saya Nur Anissa Khaleesya ♥♥♥♥





satu artikel menarik di Harian Metro bertajuk ‘Hindari penyakit dengan bersedekah‘. Dalam artikel tersebut ada di nyatakan satu petua yang diajar oleh Nabi SAW agar mudah mendapat anak.



Berikut dikongsikan petikan daripada artikel tersebut untuk panduan bersama khususnya kepada mereka yang sukar untuk hamil.Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga,





Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya:“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”



Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya.



Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.Jelas bahawa, setiap apa yang Nabi SAW ajarkan itu pasti tidak sia-sia. Pasti ada hikmah disebaliknya. Dan PASTI ADA KEJAYAAN! Yakinlah.



Walaupun mungkin ia nampak macam petua yang sangat simple, tapi kalau anda amalkan dengan istiqamah dan yakin yang betul, saya pasti, anda akan dapat manfaatNya, insyaAllah.




Yang pentingnya, anda kena amal dengan niat dan yakin yang betul.Jadi, perbanyakkanlah istighfar dan mohon keampunan pada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Kemudian, banyakkanlah bersedekah (semata-mata kerana Allah Ta’ala). InsyaAllah, sampai masanya, Allah pasti akan tunaikan hajat murni anda untuk mendapatkan cahaya mata.



Info-info yang berguna bagi ibu-ibu yang mengandung juga kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi.... ♥♥♥♥


9 Tips





Genapnya Nur Anissa Khaleesya 1 thn 10 hari hari ini menandakan berjayanya penyusuan eksklusif kepada beliau selama tempoh di atas. Apa yg sy rasa? Bangganyer!! Tp sy hairanlah lain2 out there yg sinis je psl penyusuan eksklusif nie.. mcm mengejek jer bunyinyer.. kalaupun sy asyik publish psl penyusuan.. yg x berminat psl nie xyah la bace yer.. yela belum masanya diorg nk hadap mende nie.. kawen pun dak lagi haisshhh




So... sy start nk membebel dh nie.. ngehehehee.. so sape yg x suke xyah bace lah bwh ni yer.. yg nak tmbh ilmu silakan.. sy share utk semua...




Menghasilkan susu yang banyak adalah ‘syurga’ bagi ibu menyusu. Tapi awas, jangan terlalu terpengaruh dengan doktrin SUSU BANYAK, sebaliknya yang lebih utama ialah SUSU CUKUP.



Susu badan yang mencukupi secara amnya yang dapat menampung keperluan bayi, dan mungkin sedikit-sebanyak untuk kegunaan semasa kecemasan. Misalnya jika bayi mengalami nursing strike, ibu mengalami kemeruduman susu semasa period, outstation, berjauhan dan sebagainya.




Di sini saya nak kongsikan 9 Tips dan Teknik Membanyakkan Susu Badan utk panduan kita bersama.




1. Kosongkan payudara dengan kerap, melalui pam dan hisapan bayi. KERAP bermakna frequent… Hehe.. 2-3 jam sekali, terutama untuk ibu2 yang exclusive pumper.




2. Makan ikut keperluan BADAN, bukan keperluan SELERA atau keperluan PERUT. Ibu menyusu badan memerlukan nutrisi yang lebih tinggi dari orang biasa, malah lebih tinggi dari ibu hamil. Jadi ibu menyusu haruslah mengambil makanan yang tinggi kalori, tinggi protin, tinggi vitamin, tinggi serat, tinggi kalsium dan semestinya plenty of water! Water bermaksud air kosong, bukan campur2 air sirap, oren, kopi, susu, etc. Seorang ibu menyusu perlu minum 3.8 LITER air sehari.




3. Mengurut breast. Sebelum mula mengepam, buat sedikit urutan pada breast, perlahan saja jangan kuat2, untuk menggalakkan pengaliran darah dan melancarkan urat2 susu.




4. Rehat yang cukup. Ya, kadang2 ini macam nasihat yang tak logik je, lagi2 bagi ibu2 yang kerja ada side income dan tak ada maid. Rehat yang mencukupi, bukan saja rehat tubuh, tapi rehat minda. Minda yang tertekan boleh memberi kesan kepada penghasilan susu badan. Gunakan teknik HYPNOBREASTFEEDING.




5. Sokongan… Lumrah bila ibu/mentua/makcik/pengasuh tak menyokong penyusuan susu ibu.. Bila susu dah drop mereka cadang “Bagi susu tin saja la” Jadi carilah sokongan di kalangan ibu2 yang menyusukan anak. Sekarang mudah sangat nak ber-komuniti ni.. secara online saja




6. Buat power pumping. Ramai yang dah cuba power pumping ni, memang berkesan, insya-Allah.




7. Galactogogue… digunakan secara berzaman untuk membantu ibu menyusu.. namun harus kenal ya.. adalah ia dari jenis farmaseutikal, nutraseutikal atau herba… pastikan yang asli sahaja!




8. Pam & kaedah marmet. Marmet adalah kaedah mengosongkan breast dengan menggunakan tangan. Jadi, kombinasikan kedua-dua ni.. Selepas pam, buat marmet untuk kosongnya. Kombinasi pam & marmet didapati boleh meningkatkan penghasilan susu!




9. DOA.. inilah senjata Muslim. Di sebalik semua usaha kita, jangan lupa yang memberi rezeki adalah Dia. Jadi banyak2 berdoa agar usaha kita diberkati dan dikira sebagai ibadah. Insya-Allah.


Menyusukan anak, niatkan sebagai ibadah untuk memenuhi tuntutan yang disebut dalam al-Quran, insya-Allah kita akan dapat seperti yang kita niatkan.


Marilah kita membudayakan penyusuan susu ibu, dan sampaikan ilmu yang tepat tentang penyusuan susu ibu ^__^


Wednesday, February 8, 2012

Pearl Haya to letgo




Baru pakai 2 kali. Condition tip top, still ada kotak Pearl Haya.


Harga asal Pearl Haya Daisy Ruffles RM129.


Nak jual RM75 exclude postage. Boleh byr 2 kali. Berminat boleh pm.


TQ

Pengorbanan Seorang Ibu




Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu?

Wednesday, February 1, 2012

1 Februari 2012


Nur Anissa 1 day




Nur Anissa 1 year



Ya Allah. Dh setahun rupanya melahirkan nur anissa. Kejap jer masa berlalu. Teringat waktu ini 10.12am tgh contraction selang 15min skali... hold kejap hasrat nk balik kg kenduri adik ipar. then tghri trus check in ke hosp. annur. bukan berakhir di situ, hanya pukul 10.08PM barulah anissa selamat dilahirkan.



Brp lama kesakitan sy? Semuanya hanya dlm kenangan manis saja. Ye, walaupun sakit sgt, tp skrg ianya menjadi kenangan manis yang tkkn sy lupakan. Kerana melahirkan anissa sy kena menahan sakit berbelas jam (12jam) special skit. Untuk ammar sakit 5jam, utk afrina 3jam saja. Sekarang pun sy dh lupa sakitnya mcm mana hehehe



Tp kini sy sentiasa senyum kerana nur anissa telah berjalan (dpt kaki) pada usianya 11 bln.. Seronok tgk telatah nur anissa tp yg tak boleh tahan manja dia tu.. letih nk layan. daddy ckp nissa anak manja mama!



Alhamdulillah terima kasih Allah kerana telah beri saya Nur Anissa Khaleesya! :)



Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, January 25, 2012

Menanti 1 Februari 2012







yeayyy sy dh nak sambut happy besday 7 hari lagi... dulu time org main mercun cenggini lah (chinese new year) sy masih dlm pantang.. kejap jer masa berlalu. tik tok tik tok cptlah masuk 1 februari 2012.. nissa tak sabar nk makan kek!!!

Monday, January 16, 2012

wanginyer

hubby g outstation ke shenzen, china. katanya x gamak nk belikan souvenier kt sana, maklumla.. china. so singgah kt duty free n beli versace, coklat n biasala dunhil 2 katon. upah jaga anak2 4hari 3mlm..


Published with Blogger-droid v2.0.1