Nur Anissa 1 day
Nur Anissa 1 year
Ya Allah. Dh setahun rupanya melahirkan nur anissa. Kejap jer masa berlalu. Teringat waktu ini 10.12am tgh contraction selang 15min skali... hold kejap hasrat nk balik kg kenduri adik ipar. then tghri trus check in ke hosp. annur. bukan berakhir di situ, hanya pukul 10.08PM barulah anissa selamat dilahirkan.
Brp lama kesakitan sy? Semuanya hanya dlm kenangan manis saja. Ye, walaupun sakit sgt, tp skrg ianya menjadi kenangan manis yang tkkn sy lupakan. Kerana melahirkan anissa sy kena menahan sakit berbelas jam (12jam) special skit. Untuk ammar sakit 5jam, utk afrina 3jam saja. Sekarang pun sy dh lupa sakitnya mcm mana hehehe
Tp kini sy sentiasa senyum kerana nur anissa telah berjalan (dpt kaki) pada usianya 11 bln.. Seronok tgk telatah nur anissa tp yg tak boleh tahan manja dia tu.. letih nk layan. daddy ckp nissa anak manja mama!
Alhamdulillah terima kasih Allah kerana telah beri saya Nur Anissa Khaleesya! :)

No comments:
Post a Comment