Bagaimana kesedaran anda terhadap penyakit yg serius ini? Kalau tgk dlm iklan tv pun ada mention, jika anda pembawa talasemia tidak digalakkan berkahwin dengan pembawa juga. Maka, anda yg merancang nk kahwin perlulah (atau wajib) menjalani ujian saringan talasemia..
Yg memungkinkan saya menjalani ujian saringan talasemia ini adalah kerana kurangnya hb dlm darah setiap kali pregnancy sy. Jika skrg HGB sayan 12.7g/dL (rujuk gmbr di bawah) ianya adalah normal tetapi menjelang pregnancy hb sy akan turun di border line iaitu 10. Sy selalu dibekalkan dgn iron kena makan 2 biji, 2x sehari.
Tetapi setelah menjalani ujian ini sy lega kerana sy bebas dr talasemia ataupun pembawa talasemia kpd family sy. alhamdulillah.. Doc beritahu masa pregnancy munkin kurang darah kerana anak sy aktif sgt dlm perut ataupun kekurangan iron dlm diet seharian.
Jika rujuk gmbr di bwh, MCH dan hb diambil kira utk menentukan samada anda pembawa ataupun pesakit talasemia. Jika MCH anda kurang drp 25, anda dikehendaki menjalani ujian saringan ke-2. Rekod MCH sy adalah 30.9. alhamdulillah...
Yg memungkinkan saya menjalani ujian saringan talasemia ini adalah kerana kurangnya hb dlm darah setiap kali pregnancy sy. Jika skrg HGB sayan 12.7g/dL (rujuk gmbr di bawah) ianya adalah normal tetapi menjelang pregnancy hb sy akan turun di border line iaitu 10. Sy selalu dibekalkan dgn iron kena makan 2 biji, 2x sehari.
Tetapi setelah menjalani ujian ini sy lega kerana sy bebas dr talasemia ataupun pembawa talasemia kpd family sy. alhamdulillah.. Doc beritahu masa pregnancy munkin kurang darah kerana anak sy aktif sgt dlm perut ataupun kekurangan iron dlm diet seharian.
Jika rujuk gmbr di bwh, MCH dan hb diambil kira utk menentukan samada anda pembawa ataupun pesakit talasemia. Jika MCH anda kurang drp 25, anda dikehendaki menjalani ujian saringan ke-2. Rekod MCH sy adalah 30.9. alhamdulillah...
Apa itu talasemia secara general?
Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia)
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
(Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. )Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.
Jenis Talasemia
Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
1. Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
2. Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.
Pembawa Malaysia
Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku.
Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major)
Pesakit Talasemia
Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
— 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
— 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
— 25% kemungkinan anak mereka adalah normal
(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)
Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah :
- anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
- Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
- Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
- Jaundis
- Tumbesarn terbantut
- Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
- Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal (tanda lewat).
Rawatan penyakit Talasemia
- Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
- Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
- Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
- Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.
Saringan Talasemia
Saringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah tersebut untuk mengetahui status penyakit anda. Pesakit Talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja.
Published with Blogger-droid v2.0.1




No comments:
Post a Comment