Monday, May 12, 2014

Bismillah Lima

As salam w.b.t
Saya nak share kelebihan membaca bismillah 5
Sangat2 besar faedahnya dalam kehidupan kita seharian

Selain itu, kita memohon perlindungan pada Allah kerana kita sedar bahawa kita tak mampu melindungi diri sendiri di waktu-waktu :

1. Di saat tidur dan terjaga
2. Di saat bekerja dan istirehat
3. Di masa muda dan tua
4. Di masa suka dan duka
5. Ketika terhormat dan terhina
6. Ketika bodoh dan berilmu



BISMILLAH 5
1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
2. Bismillahish Shaafii
3. Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu’aafii
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim
* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
* Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
* Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
* Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
* Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Kelebihan Bismillah 5 ni:
*penawar bisa diri
*penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
*penawar bisa-bisa badan
*penawar bisa batu merian
*boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya
Cara menggunakan Bismillah 5 :
1.letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali kemudian tiup tempt tadi, kemudian baru tiup di air; atau
2.kalau tpt sakit tu tak boleh diletakkan tangan krn sakit atau sukar utk meletakkannya, letakkan tangan di anggota lain dengan penumpuan hati dan perasaan bahwa tempat tersebut adalah anggota yang sakit.
Kesan Sampingan:
Dengan mengamalkan dan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan pecah pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.

Monday, April 21, 2014

Aku Peduli Apa @ APA: MH370 SIAPA DALANG, SIAPA PERANCANG.

Aku Peduli Apa @ APA: MH370 SIAPA DALANG, SIAPA PERANCANG.: Oleh : SH Shalattas Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, segala puja dan puji kepada ALLAH SWT. Syukur ke atas...

#selfie


Ada ker yg terperasan tmpt nie.. hihihi
sapa yg selalu ber bowling tau kot kat mana ni


With cha


Selfie pas shopping



Mcm ada antu nk kuar je... tu nissa tengok tu.. hihi
Ni kat airport.. x sure kat bayan lepas or lcct
Lupa daaa




Sent from my iPhone

Thursday, March 20, 2014

Allah Sebaik-baik Pelindung

Penawar resah hati:-

Walau apa pun yang anda dengar dari orang sekeliling anda yang mungkin menakutkan dan menggusarkan anda, usah dengar dan usahlah anda percaya. Lebih baik anda berdoa dengan penuh yakin bahawa perancangan Allah itu lah yang terbaik. Tiada satu pun yang akan berlaku dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya tanpa izin dari Allah.

Inna lillah wa inna ilaihi rajiun...Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada Allah kami akan dikembalikan.

"Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. 


" - Al Hadid : 4 - 5









Yang menipu itu: "dunia"

Yang dekat itu: "kematian"

Yang besar itu: "hawa nafsu"

Yang berat itu: "amanah"

Yang sulit itu: "ikhlas"

Yang mudah itu: "berbuat dosa"

Yang susah itu: "sabar"

Yang sering lupa itu: "bersyukur"

Yang membakar amal itu: "mengumpat"

Yang mendorong ke neraka itu: "lidah"

Yang berharga itu: "iman"

Yang mententeramkan hati itu: "teman sejati"

Yang ditunggu Allah S.w.t itu: "taubat"

(Imam Al Ghazali)

Wednesday, February 26, 2014

E Day


Congrats my SIL Nabilah


Gojes


Maxi Dress Frina, mak ngah buat kan.. 
thank you mak ngah








tahniah mak uda



Frina dengan pak lang

Berangan nk jadi pengantin ye nissa hihihi

Tuesday, February 4, 2014

Happy Besday Nissa

Selamat Hari Lahir Nur Anissa Khaleesya binti Mazlan

Semoga anak mama dan abah menjadi insan sempurna, terdidik akhlaknya, menjadi anak solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Tak jemu saya nk cerita kelahiran nissa pada semua.. Pada saya kelahiran dia hikmah yg Allah bagi atas sesuatu kehilangan...Genap juga lah 3 tahun saya melahirkan nissa dengan penuh emosi dan tekanan.. Tekanan bukan dari keluarga tetapi tekanan badi melahirkan anak ke 3.. Org tua kata anak ke 3 payah skit kan???

Kelahiran nissa tidak dirancang, pagi tu kami nak bertolak balik kampung untuk kenduri my BIL (bro in law) dan tiba2 ada sesuatu berlaku yg mana tidak pernah saya dan suami menjangkakannya. Waktu itu 36weeks. Beg dah packing elok dalam bonet kereta

Seminggu sebelum tu check dgn my gynae, dia bagi balik kampung, drive jauh kan. tp siap sedialah dgn kad merah n baju baby.. dia kata 20% chances sahaja bby akan lahir dlm waktu ni.. borderline

Tetapi Allah maha berkuasa.. Sejam selepas tu, kami bfast di kedai dan sy rasa dh start contraction.. OMG..
Tapi sy dh biasa dgn false alarm.. buat tak tahu jer.. jamah roti canai mcm biasa..

Masuk jam yg kedua still berterusan dan sy fikir ini dah kena kira duration ni.. 15m sekali, turun 10m.. dan tak berhenti smpai lah suami hantar check kt klinik area umah.. Doc seluk tak buka lagi tp contraction ada.. Dengan rasa tak sedap hati, menyerah lah sy kat Hospital Pakar Annur tengahari tu jugak.. Warded sebab dh buka 3cm.. OMG.. Harapan nk balik kg musnah, dan anak2 sy adalah org yg paling sedih sbb tak dpt balik kg hehe

3cm bukan menjamin 2-3jam kelahiran baby kan.. Contraction pukul 9pg, warded kul 1.. Nissa lahir lebih kurang 10pm.. Cer kira brp jam.. 13jam sakit.. bukan mudahkan? Ini rekod paling cemerlang. Ammar 5 jam sakit, afrina 3 jam sakit. Cuma selepas azan isyak sy tak benar husband tinggalkan sy walau sesaat.. walaupun utk solat isyak kerana sy dh merasakan klimaks kesakitan waktu itu.. Tetapi nissa keluar pukul 10pm pun.. azab juga la dgn kesakitan paling maksimum masa tu.. Hanya sesiapa yg dah melahirkan je tahu mcm mana sakitnya dlm keadaan 7-10cm. 2 jam sy dalam kesakitan maksimum.

Tetapi mulut tak pernah meminta epidural or operation, biar sakit ni jadi kenangan dan juga menghapuskan dosa-dosa sy sebelum ini.. Bayangkan tenaga saya ada brp banyak je lagi untuk push.. Beruntungnya saya.. husband anta besalin annur dengan doc kham.. di situ sy tak perlu memerah tenaga 100% utk push.. mayb 50% jer..tak spt bersalin ammar di putrajaya.. memang menggunakan tenaga seluruh kekuatan. Masa melahirkan afrina juga dgn doc kham, tetapi untuk no 4 kalau ada rezki nak try dgn doc fatimah plak.. boleh tak abg? hehehe..

Selepas kelahiran nissa bukan mudah sebenarnya sebab dia fully bf dan tak mahu botol susu.. episod pengorbanan sy berterusan hinggalah umurnya 2 thn.. kerana bukan mudah untuk bf anak hingga 2 thn, siapa pernah lalui dia akan bersetuju, iya kan? bengkak, demam, lupa bawak pam, lupa bwk botol, ice pack dan macam2 lagi.. tghmalam kena bangun pump, tdo tak cukup tapi azam sy kuat utk teruskan selama 2 thn yg mana sy gagal untuk fully bf utk ammar dan frina sebelum ini.

Ternyata Allah makbulkan doa sy untuk memudahkan penyusuan hingga 2 tahun, dan lebih lagi sebenarnya.. Alhamdulillah, syukur dgn nikmatMu ya Allah..

Sekarang.. Nissa dh 3 thn, pandai cakap, segala-galanya pandai mcm dh umur 5thn pulak.. dulu tak padan kuat nangis. 

Nissa baby borderline mama + abah :)



 e day my SIL


   
posing @ dataran


white and dark chesse cake





cepat potong kek.. tak sabar nak makan cheese cake.. uhh my fav!!


Besday Girl with along n kak ngah


waktu kecil, masuk dalam laci is her fav


eksyen dengan botol susu, padahal dia buat main jer susu tu..


buat passport umur setahun.. so cute cute