Monday, October 24, 2011

Nikmat yang hilang

"Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, sama ada berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) dari orang itu, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu untuk ditanggungkan kepadanya." (H.R. Bukhari-Muslim)


Ya Allah... semoga nikmat yang Kau ambil digantikan dengan harta yang tak ternilai harganya... Hilangkan lah kesedihan ku ya Allah... Hilangkan lah kenangan itu dalam hatiku ya Allah... jauhkan lah dendam dari hatiku ya Allah.... Adili lah penganiayaan ini jika tidak di dunia.. di akhirat sana akan menjadi saksinya... Amin........

Tuesday, October 11, 2011

Update Nissa 8 Bln

Today nissa dh 8 bln 11 hari... Nissa dh boleh berdiri menjelang masuknya 8bln.. now dia dh kuat xyah pegang.. Cuma kekadang lupa daratan skit.. die lepas sebelah tangan and menoleh.. Jgn berlagak ek nissa awk tu baru 8bln++ ehehehhe



Haaaa nissa nk mengacau apa tuu


Nak tengoklahh apa yg along dgn kakak buat tue??


Jeng jeng jenggg


Tap tapp tappp haa tgk nissa dh stopkan movie tuu.. hihihi..
Ini boleh mendatangkan kemarahan kakak!!!




Thursday, October 6, 2011

Gaji Penjawat Awam Bakal Naik?-Tapi Ada Syarat!

Gaji Penjawat Awam Bakal Naik?-Tapi Ada Syarat!
by Staff Berita Semasa on June 3, 2011
in
Kakitangan Awam & Swasta


Sudah acapkali kita dengar tentang ura-ura kenaikan gaji penjawat atau kakitangan awam ini berlegar-legar di dalam blog-blog dan media massa.Namun sehingga hari ini, tiada kesahihan tentang khabar angin ini.Namun begitu, sumber-sumber dalaman telahpun memberitahu bahawa kenaikan gaji penjawat awam memang bakal dinaikkan.Namun dengan syarat.Apa syarat-syaratnya?


Tempohari, kami ada menulis mengenai Jabatan Perkhidmatan Awam yang tidak akan lagi mengambil pekerja untuk bekerja sebagai kakitangan awam mulai 1 Jun 2011 sehinggalah 31 Ogos 2011. Rupa-rupanya, memang ada udang di sebalik batu mengenai perkara ini.
Dalam tempoh tersebut, diberitakan bahawa kerajaan sedang menilai para pegawai dan kakitangan awam kerajaan yang ada.


Dengan kata lain, para penjawat awam yang tidak memberikan hasil prestasi kerja yang baik, serta mempunyai masalah disiplin, kakitangan awam ini bakal diberhentikan bagi mengecilkan jumlah penjawat awam sedia ada di mana, hanya yang terbaik sahaja yang akan dikekalkan.


Ini adalah bersesuaian dengan langkah kerajaan bagi memastikan pentadbiran kerajaan selepas ini lebih efisien dan juga lebih bermutu daripada sekarang.Biasalah, kalau sebut pasal kakitangan kerajaan, macam-macam berita tak baik yang kita dengar.Kaki ponteng, kaki ngulat, servis lembab dan sebagainya.


Jadi, kerajaan sekarang telah bersedia untuk memastikan bahawa segala permasalahan yang melibatkan kakitangan awam ini, akan cuba di atasi dengan baik, dimana kakitangan awam yang tidak “perform” semasa bertugas, bakal dikenakan tindakan dan juga dibuang dan memastikan hanya penjawat awam yang benar-benar berkualiti sahaja yang dikekalkan.


Kami sangat menyambut baik tentang perkara ini sebenarnya.Tidak kami nafikan, ada kebenaran tentang sikap dan masalah kakitangan awam ini.Tidak kiralah di jabatan mana mereka berkhidmat.Masalah ini memang ada.Tindakan ini sangat baik kalau difikirkan secara ilmiah dan ekonomi.


Mungkin ada yang akan berasa tidak puas hati, tapi bagi kami, tepuk dada, tanyalah hati.Sekiranya anda bekerja sebagai kakitangan awam, soal diri anda, adakah selama ini anda melakukan tugas dengan penuh integriti dan juga berkualiti?


Selepas pelaksanaan proses “pembersihan” ini, barulah kenaikan gaji kakitangan awam akan dibincangkan dengan lebih serius.Dan diberitakan juga, kenaikan tersebut bukan margin yang kecil.Tetapi besar! Jadi, kakitangan awam sepatutnya akan lebih produktif dan efisien selepas ini.


Kami berpendapat, sekiranya semua kakitangan awam berkhidmat dengan cemerlang dan jaya, berkemungkinan pekerja sektor swasta juga tidak akan merungut mengenai kenaikan gaji kakitangan awam ini.

Namun, adakah tindakan ini bakal dilaksanakan? Kita tunggu dan lihat….

P.S. Bekerjalah dengan penuh keikhlasan..

Wednesday, October 5, 2011

JPA Beku Pengambilan Pekerja

Jabatan Perkhidmatan Awam JPA Beku Pengambilan Kerja Hingga Ogos
by Staff Berita Semasa on May 25, 2011
in
Kakitangan Awam & Swasta



Mungkin ada sesiapa yang baru nak minta kerja kosong di kerajaan, berita ini mungkin akan melemahkan semangat mereka.Jabatan Perkhidmatan Awam JPA, mengumumkan pemansuhan semua jawatan kosong berkuat kuasa 1 Jun ini.Berikutan keputusan tersebut semua urusan pengambilan dibekukan bermula 20 Mei hingga 31 Ogos.




  • Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Mei lalu.



  • Menurut beliau, pembekuan merangkumi semua kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri.



  • Bagaimanapun, kata beliau, jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat dan jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh pihak berkuasa melantik adalah dikecualikan.
    Keputusan (pemansuhan) ini adalah selaras dengan langkah kerajaan untuk merasionalisasi dan mewujudkan perkhidmatan awam yang kejat,katanya.



  • Beliau berkata demikian dalam satu pekeliling yang dikeluarkan kepada ketua setiausaha, ketua jabatan persekutuan, setiausaha kerajaan negeri, setiausaha suruhanjaya perkhidmatan, pihak berkuasa berkanun persekutuan/negeri dan pihak berkuasa tempatan.



  • Pekeliling itu diperoleh menerusi laman web JPA.




  • Abu Bakar menasihatkan semua agensi supaya tidak mengemukakan permohonan penstrukturan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan dalam tempoh tersebut.



  • Katanya, jabatan itu juga akan melakukan auditan perjawatan secara komprehensif di setiap agensi kerajaan semasa pelaksanaan keputusan ini.



  • Sehubungan itu, semua pihak dipohon untuk memastikan pelaksanaan arahan ini dipatuhi dengan memberi kerjasama sepenuhnya kepada jabatan ini semasa pelaksanaan auditan perjawatan itu,jelasnya.


Kalau dilihat dari berita di atas, jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat dan jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh pihak berkuasa melantik adalah dikecualikan.Jadi terselamatlah pada mereka yang dah mula dapat kerja sebelum 1 Jun 2011 ini.Bukan kata subsidi sahaja dirasionalisasi, jawatan kerja di perkhidmatan awam juga terbabit.



Pendapat kami, langkah ini ada baiknya.Yang baik, ianya dapat mengurangkan kos pentadbiran kerajaan yang sekarang terlalu tinggi.Namun adakah kos pentadbiran penjawat awam ini yang menyebabkan kos pentadbiran kerajaan meningkat? Bagaimana pula dengan elaun tidak masuk akal menteri-menteri dan juga ahli parlimen? Kan bagus kalau di situ juga, ia dirasionalisasikan.



Unit F.L.O.M pula bagaimana? Kalau tengok aktiviti-aktiviti Rosmah Mansor yang banyak buat “lawatan kerja” ni, rasanya banyak juga duit pentadbiran yang digunakan.Bagus juga kalau ia dirasionalisasikan sekali.Tak perlulah lebih sudu dari kuah.Tak habis-habis keluar negara yang sudah tentu melibatkan kos yang besar.



Walauapapun, pembekuan ini hanyalah sehingga 31 Ogos 2011.Jadi, kepada yang belum dapat kerja di perkhidmatan awam, janganlah putus asa. Apa pendapat anda mengenai pembekuan pengambilan pekerja di Jabatan Perkhidmatan Awam JPA ini?








Coach and Me ;)

Monday, September 19, 2011

Nur Anissa Khaleesya - 7 bln


Checklist Nur Anissa 7 bln :

  • Merangkak
  • Duduk
  • Menyembur
  • Makan nestum
  • Makan farley
  • Makan bubur nasi (blend)
  • Dh pndai minum guna cawan
  • Dh naik walker
  • Tepis mangkuk + sudu + cawan smpai tertonggeng bila lambat suap ke mulut (hobi)
  • Dh tak pakai barut coz tak muat
  • Still pakai minyak telon Leesa Formula
  • Still pakai stokin
  • Still breastfeeding (exclusive)
  • Berat 7.55kg
  • Dh pndai mintak adik (isap jari kaki)
  • Dh pndai join kakak & abg main, menyelit kt blakang diorg, agaknye dia tk sedar dia tu kecik lg
  • Dh pndai mengamuk bila brg kat tgn kena rampas
Tu jer laa stakat ini.. bersambungg...............