Salam. 1 Julai 2012 genaplah nissa 1 thn 5 bulan, dan hingga kini dia masih menyusu badan. Alhamdulillah kerana Allah telah mengembalikan semula penghasilan susu badan selepas keguguran 3 bulan lalu.. Yer, mungkin ada yang tidak tahu mengenai ini tetapi sy pun sgt2 terkejut dengan berita ini yang langsung tidak dijangkakan.. Dan ingatlah bahawasanya jika Allah berkata " Jadilah ia" maka akan jadilah ia walaupun sehebat mana perancang yang anda gunakan. Subhanallah...
Saya pun tidak terfikir utk pregnant seawal ini, lebih2 lagi dalam penyusuan sepenuhnya. Terkejutnya bila tahu nissa nak dpt adik? Ok lagi.. baby.. sapa tak suka kan.. Tetapi bila fikir tak lama lagi kena putuskan susu untuk nissa, mengalir airmata saya uollss.. kerana sy tahu bagaimana sukar utk dia.. kerana smpai sekarang dia tidak mahu puting botol, dia hanya akan menyusu dengan syringe di rumah pengasuh.
Saban hari sy berdoa untuk saya dan nissa tempuhi hari-hari yg sukar ini.. Susu pun makin drop tetapi sy sentiasa perah mengikut jadual.. Sy sgt berharap di dpt menyusu sepanjang proses kehamilan sy.. Sy dpt tahu dh 7weeks pun.. tkda sebarang alahan tetapi sy perasan kenapa sy semakin mengah / cpt letih wpun berjalan kaki from fac. ekonomi ke fac sains...
Minggu yg ke 8 tu pergi ke klinik utk scan confirmation seterusnya tgk degup jantungnya. tetapi doc tidak dpt detect. doc ckp kecil lg. tp seingat sy masa anissa dulu 7weeks mmg dh nampak heartbeat.. Fikir sy doc ni tk cekap.. lalu keesokan harinya trus berjumpa dengan doc fav sy, dr rahaya. Dia pun mengesahkan sepatutnya dh ada heartbeat, ttp disebabkan period sy yg tidak konsisten (sebab full bf) maka doc tidak boleh mengesahkan, kena tggu seminggu lg utk sahkan..
Dalam masa seminggu tu lah sy check dgn doc kham (annur) pergi hospital utk dptkan nasihat pakar.. tetapi sebab costnya 1.8k utk d&c sy tangguhkan utk ke hospital serdang. Kalau utk bersalin ok lah cost mcmtu, ini bukan dpt bby pun, lgpun kalau pergi hosp boleh pakai GL jer..
Then, Hospital Serdang dh sahkan keguguran itu, mcm biasa prosedur hospital, dia bagi date dlm masa 2-3 minggu utk admit sebelum d&c. Lagi satu masalah memeningkan kepala sy, utk admit bkn sesenang yg disangka, nissa sapa nk jaga sbb waktu malam mmg die full bf, sy tidak yakin abah dia jaga dirumah sebab selalunya dia akan menangis menjerit2 jika tidak nampak sy tdo di sebelah.. Kalau beri ke pengasuh pun tidak yakin sbb waktu menyusu tu mesti dia cari mama dia.. Sy jadi tidak tentu arah dlm ms 2 mggu tu..
Then, Hospital Serdang dh sahkan keguguran itu, mcm biasa prosedur hospital, dia bagi date dlm masa 2-3 minggu utk admit sebelum d&c. Lagi satu masalah memeningkan kepala sy, utk admit bkn sesenang yg disangka, nissa sapa nk jaga sbb waktu malam mmg die full bf, sy tidak yakin abah dia jaga dirumah sebab selalunya dia akan menangis menjerit2 jika tidak nampak sy tdo di sebelah.. Kalau beri ke pengasuh pun tidak yakin sbb waktu menyusu tu mesti dia cari mama dia.. Sy jadi tidak tentu arah dlm ms 2 mggu tu..
Jadi sy pun search n call private hosp yg leh buat d&c, jika admit pun boleh bw nissa bersama.. Yg rasa ok adalah di KPMC (Kajang Plaza Medical Centre) costnya dlm rm800 dan tidak perlu bermalam. Hubby pun setuju, ttp bila scan dgn doc pakar KPMC juga tidak boleh immediately cuci, kena tangguh seminggu kerana doc ckp mayb period tidak betul mayb juga kandungan masih kecil 6weeks.. ye waktu ini dia dh mengecil from 8w - 6w...
Jadi masa sy tgh pening2 dgn ketakutan lg nk proses d&c barulah sy sedar setelah pengasuh nissa ckp, "biarlah nurul, jangan cuci, manatahu ada, kalau taknak, beri pd akak. akak nak" terdiam sy mendengarnya.. Bagaimana susahnya orglain yg hendak anak, tetapi sy senang2 nk buat d&c. Sebenarnya bukan sy tknk, tp sy risaukan infection yelah sbb biarkan lama berminggu2.. lagipun everyday bleeding makin hari makin banyak... Maklumla ini 1st pengalaman sy kan..
Selepas dgr kata2 kak za (pengasuh nissa) tersedar kejap sy, kenapala sy terburu2 nk cuci dia.. sedangkan doc ckp 80% dia akan keluar sendiri.. Jadi sy ambil keputusan utk tunggu date hosp serdang tu tp sy nk buat d&c di KPMC.. Kuasa Allah, pada 26/4 tu sy nk warded, tetapi janin u keluar sendiri pd 23/4 sebelum smpt warded. Syukurnya sy.. die leh kuar naturally tnpa d&c. Bukan rezeki kami kalini... :(
Agaknya dia fhm perasaan mama dia yg takut+risau+bercampur baur ketika itu, jadi dia keluarlah sendiri.. Sedihnya, masa tu dh besar telapak tangan sy.. Mlm sebelum keluar sy rasa spt senggugut dan hanya baring di dalam bilik dengan nissa smpai tertidur, tak sangka janin nk keluar pukul 5am. Ramai yg ckp gugur ni sakit.. mayb rezki Allah juga, sy rasa spt senggugut jer.. Alhamdulillah..
Slps tu bergegas ke KPMC jumpa dgn Dr. Jamil, slps scan dia mengesahkan mmg dh gugur ttp tertinggal sedikit mcm uri di dlm rahim. Dia ckp tak perlu d&c cuma perlu injection.. Leganyaaa... tk salah kami memilih hospital. Jika di serdang agaknya sy dh kena korek, rodok oleh doc.. huhuhu.. Dan chargenya rm80++ jer plus injection. berpatutankan??
Slps 3 hari diberi antibiotik, doc nk jumpa semula utk lihat serpihan uri tu dh keluar atau tidak, lps scan mmg dh nmpk rahim tu 1 line saje. lurus. means, semua dh keluar... Syukur. Dan bila hubby nk byr di kaunter, brp chargenya? FOC tau.. terkejut kami. atleast dia akan charge utk scan kan.. Murah la rezki Dr. Jamil sbb tak berkira dgn patient.. Kalau ke annur mmg dh kena rm100++ dgn consultation gamaknya...
Selepas abis MC sy meneruskan balik aktiviti pam sy semula, dan inilah hasilnya slps 2 mggu miscariage.. Even dlm tempoh sebelum cuci pun sy masih pam di ofis, dan rezeki sentiasa menyebelahi nissa..
Sy selalu berdoa agar dpt meneruskan BF ni hingga 2 thn..atau lebih.. tggl beberapa bulan jer ni.. Semoga dipermudahkan olehNya.
Amin...
Amin...



















