Nissa dh 2 tahun 8 bulan dah?? cepatnya masa berlalu...
Sekarang mama dah senang banyak.. Semua nissa pandai buat sendiri
Dah besar2 nie pun.. masih susu badan lagi.. full on weekend & lepas balik dr rumah pengasuh laa..
Alhamdulillah Allah mencukupkan rezeki nissa.. Tak pernah putus..
Pengajaran Hadis
Antara pengajaran hadis ialah:
i. Tempoh mengandung anak yang paling pendek ialah selama enam bulan .
ii. Susu ibu penting terhadap kesihatan dan rohani anak-anak.
iii. Ganjaran pahal yang besar disediakan kepada ibu-ibu yang menyusukan anak-anak mereka, khasnya susuan pertama dan mula-mula bayi dilahirkan.
iv. Susuan pertama yang keluar sekitar 3 hingga 7 hari disahkan oleh doctor adalah penuh dengan antibodi dan protein dan khasiat lain yang dikhaskan untuk bayi tersebut.
v. Ibu yang menyusukan anaknya merupakan ibu yang sebenar dan bertanggungjawab penuh terhadap anak-anak mereka yang diibaratkan sebagai pejuang.
vi. Susu ibu merupakan susu penuh khasiat untuk pertumbuhan dan psikologi anak-anak mereka. Khasnya susu ibu itu dapat menyelamatkan alahan, sakit perut, gangguan sakit perut, ketidakhadaman makanan serta cirit-birit.
vii. Menyusukan anak menyebabkan ibu kembali kepada kesihatan dan elok perjalanan darah serta menyegerakan pengucupan rahim.

Saya nak kongsi ganjaran yang dijanjikan Allah kepada ibu yang menyusukan si anak:
1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Hadis menekankan supaya menyusukan anak dan menyatakan betapa mulianya ibu yang menunaikan tugas yang bersifat tabii ini. Rasulullah s.a.w. telah bersabda, " Bagi setiap teguk susu yang dihisap oleh si anak, si ibu mendapat satu amalan baik. Jikalau si ibu terpaksa bersengkang mata pada waktu malam kerana anaknya, dia mendapat ganjaran umpama membebaskan 70 orang hamba di jalan Allah."
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda "Apabila seorang ibu menyusukan anaknya (dengan susu badan) , maka setiap teguk susu yang dihisap oleh anaknya dia mendapat ganjaran pahala bersamaan ganjaran menghidupkan orang mati. Apabila dia menceraikan susuan anaknya, seorang malaikat yang khas memberi tahniah kepadanya kerana berjaya menunaikan tanggungjawab yang mulia ini. Dan malaikat itu berkata "Segala dosa-dosamu yang lepas diampunkan"."
Beruntung betul nissa compare dgn abg dan kakaknya... dulu mereka tidak lama menyusu mcm nissa.. Allah memakbulkan doa saya.. Anak ketiga, saya dpt full bf sehingga ke saat ini
Allahuakbar... Allah Maha Besar
*** Semoga post ini dpt memberikan semangat juang yg tinggi kpd mommies2 yang membaca.. Jangan serik berjuang meneruskan penyusuan k..