Tuesday, November 19, 2013

BELVYA MURAH!!


KELEBIHAN BELVYA PSS

Mengurangkan 1-2 inci dalam masa 3 HARI (terbukti secara klinikal) 
Memiliki bentuk wajah yang bujur,dagu yang runcing & hidung yg lebih mancung dari biasa. 
Menghilangkan masalah selulit dan rekahan dibadan
Menegang, menghalus dan melembutkan kulit
Tidak panas, anti stress dan segar melalui campuran 5 haruman aromatherapy 
100% tiada kesan sampingan, mempunyai kelulusan kkm,halal & selamat digunakan.
Menghilangkan bau badan yang tidak menyelerakan pasangan



bestnya BELVYA.. jadikan magic scrub ini teman rapat anda!!

Pengasas BELVYA


CE TENGOK CE TENGOK,MACAM COMEL JE, MACAM TIUT JE, MACAM RUNCING JE HEEEE..NI LA HASIL BELVYA PSS WLUPUN I PAKAI KADANG2 JE,XSANGKA BERKESAN JUGA YE..MMG AWESOME LA UOLS, WAJIB JADIKAN BELVYA PSS NI BFF UOLS TIME MANDI YE..BAU PUN SEGAR DAN WANGI JE..







Testomoni Pengasas dan Suami





LAIN - LAIN TESTIMONI BELVYA.. MEMANG MENAKJUBKAN!!!




PLS PM / SMS / WASSAP 013 340 3420 JIKA BERMINAT

Monday, November 18, 2013

PERLA COFFEE



  • Perla Coffee adalah salah satu kopi untuk mencerahkan kulit dan seluruh tubuh badan dengan cepat dan efektif. Proses pemutihan berlangsung di kepala hingga ke kaki yang bermakna anda akan mendapat warna kulit yang putih/cerah yang sekata di seluruh tubuh anda.

  • Perla coffee juga membantu merawat kulit bermasalah seperti kulit berjerawat, jeragat, parut -parut lama dan juga masalah kulit yang menghantui anda. Hasil dapat dilihat selepas seminggu mengamalkan Perla Coffee. 

Antara kebaikan Perla Coffee 



Melembut dan menghaluskan tekstur kulit.
Kulit kelihatan lebih gebu, bersinar dan sempurna tanpa cela (flawless)
Meningkatkan kecerahan warna kulit dengan ketara dalam masa 1- 2 minggu.
Memulihkan kulit berparut dan bermasalah
Menjadikan kulit lebih anjal serta lembap.
mengurangkan kedutan dan garis halus
mengecilkan liang pori
meningkatkan sistem imunisasi badan.
mengatasi masalh jerawat dan jeragat.

Bahan- bahan utama dalam Perla Coffee.

Serbuk Mutiara
Glutathione  
Asid Hyaluronik


Serbuk Mutiara 


MUTIARA dipercayai berkhasiat untuk kecantikan sejak ribuan tahun lalu. Para Maharani China menggunakan dan meminum serbuk mutiara sementara Ratu Cleopatra memanjakan diri dengan mandi susu yang dicampur serbuk mutiara. Kelebihan serbuk mutiara ialah melembap, mencerah serta menghaluskan kulit. 


Glutathione

GLUTATHIONE sudah terbukti secara saintifik oleh ahli perubatan dapat mencerahkan kulit sekiranya diambil secara berterusan. Pengambilan glutathione secara berterusan akan membuatkan kulit semakin cerah dan putih. Ianya juga dapat membuatkan anda kelihatan 5 hingga 10 tahun lebih muda dari usia sebenar. Glutathione juga merupakan agen pembuang toksin yang paling berkesan.




Asid Hyaluronik

ASID HYALURONIK adalah salah satu rahsia penjagaan muka selebriti di dunia hiburan, ianya diperlukan untuk menentang kedutan atas kulit muka. Asid Hyaluronik memainkan peranan penting ke atas kulit kerana ianya akan mula hilang bermula umur 25 tahun yang menyebabkan kelembapan kulit juga berkurangan. 

Asid Hyaluronik membantu menganjalkan kulit serta menghalang penuaan. Kandungan Asid Hyaluronik dalam badan harus dikekalkan dengan mengamalkan Perla Coffee. 






Perla Coffee adalah salah satu kopi untuk mencerahkan kulit dan seluruh tubuh badan dengan cepat dan efektif. Proses pemutihan berlangsung daripada kepala hingga ke kaki yang bermakna anda akan mendapat warna kulit yang putih/cerah yang sekata di seluruh tubuh badan anda



















BERMINAT PLS SMS/WASSAP 013 340 3420 / 019 320 3420

Tuesday, November 12, 2013

Puasa Sunat Hari Tasu'a dan 'Asyura

Hari Asyura.. 10 Muharram tau, KHAMIS INI! Satu berita gembira utk kita sbb disunatkan berpuasa pada hari 9-10 Muharram.. bermakna esok dah boleh mula puasa dan malam ni boleh la mula set NIAT...

 Niat puasa hari ke 9 Muharam (Hari Tasu’a) ialah:


* NAWAITU SAUMA GADHIN MIN YAUMI TASU'A SUNNATAN LILLAHI TA’ALA

Daku berniat puasa sunat Hari Tasu'a kerana Allah Taala..

 Niat Puasa Sunat 10 Muharram (Puasa Sunat ’Asyura)

نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA SUNNATTAN LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”
Nota : Perkataan ghadin bermaksud esok - 
jadi ada tak ada dalam lafaz maksudnya tetap anda berpuasa pada esok setelah berniat hari sebelumnya .

Kenapa perlu puasa 2 hari dan bukan pada 10 Muharram sahaja?

Berpuasa sebaiknya didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 Muharram) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja.
.
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن التاسع”…رواه مسلم
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan , pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).” 
(Riwayat Imam Muslim)

Fadhilat Puasa Muharram

Kelebihan berpuasa pada bulan Muharam dapat dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.:
.
1. Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
.
2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.” (Hadis riwayat Ibni Abbas)
.
3. Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.” (Hadis Sahih)
.
4. Sabda Rasulullah SAW lagi: “Siapa yang berpuasa tiga hari berturut-turut pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu pada bulan Muharam, nescaya Allah memberi pahala seperti beribadat 900 tahun.” (Hadis Sahih)
.
5. Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Berpuasa pada hari Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).
.
6. Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
.
7. Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat mengampunkan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Imam Muslim)

Dalam satu hadis menyebut “هذا يوم عظيم يوم نجى الله فيه موسى وأغرق فرعون” bermaksud, 

“Hari ini adalah hari yang besar dimana Allah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan Firaun”. 
Sabdanya lagi “يوم صالح هذا يوم نجى الله بني إسرائيل من عدوهم” bermaksud, 
“Hari ini ialah hari yang baik dimana Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka”. 
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda“أظهر الله فيه موسى وبني إسرائيل على فرعون..” bermaksud, 
“Di hari tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel keatas Firaun”.

يعني رمضان) وعن ابن عباس “ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم يوم عاشوراء، وهذا الشهر (البخاري 


Tidak aku melihat Nabi saw berusaha berpuasa melebihi hari-hari lain selain hari ini, iaitu hari Asyura dan di bulan ini iaitu bulan Ramadan”. Oleh itu hadis ini menunjukkan Hari Asyura merupakan hari yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah.

Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun. Ini adalah diantara anugerah Allah swt kepada manusia yang memang lumrah terdedah kepada kesilapan dan kelemahan. Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai sebab untuk pengampunan dosa dan taubat. Marilah kita 'AMBIL KESEMPATAN' sekali setahun ini.. 



(Sumber blog: shofiqolbu, inijalanku, arnamee)

Thursday, October 31, 2013

Coach Juliana Aviator Sunglasess

Kalini smpai plak pre order utk aviator nie..
Dah teringin nk pakai aviator.. nk buat camne..

Layannnn



Cantik ke tak? mestila cantik kan hehehe

 
Eksyen nyer anak dara nie
 
 
Semua pakat berebut nk try.. Jangan patahkan sudah lee..
 
 
Ada org kata, sunglass takyah beli online.. sbb nnt tak sesuai dgn muka.. or longgar.. Tp sebab dh terbekenan.. sy beli gak!! Degil!!
 
 
Tapi bila dh smpai kan... mabelesss.. mmg ngam2 la kt muka.. best wooo
Daddy pun puji.. dia cakap sesuai.. cantik... hehehe. Bukan senang dddy nk puji, kalau tak kena dgn taste dia.. siaplah..
 
 
Nie pun pre order dgn seller fav i.. nak tahu pm ok!
 
Adioss
 
 

Monday, October 28, 2013

I am Corelle Lover


Hai semua..

Lamanya tak update blog..
u can call me 'lazy blogger' hehehe
Malas nk hapdate!!

Dah lama sy menyepikan diri utk mengorder pinggan favourite ku from US
Bila teringat nk beli tu terus la cari kot2 ada yg murah2 utk pre order kalini..

Butik ni murah dr yg lain2.. tp kena pre order la ye.. bila pre order anda perlu menunggu dgn penuh kesabaran dan kepercayaan.. Siapa yang tak yakin beli online sila cari kat JJ jer.. ada jual.. tapi rm600++ lah harga retail k..

It's ok since u takut kena tipu..




So alang2 dh murah, grab 2 kotak nie dptkan free delivery + less lagi rm20.. Delivery guna lorry tau bukan courier.. So takyah la risau pecah ke apa..

Corak pilihan saya kalini adalah Friendship..

 
Cantik tak? Sy suka colornya yg sweetttt
 
 
Ni anak bujang sy yg kemas.. masa buka dr kotak tgk ada crack atau tak... Semua baik2 belaka. Alhamdulillah
 
Kat umah dah ada European Herbs



Herbs Country



dan Plum


  
kumpul sikit2 lama2 jadi bukit.. skrg pinggan kat rumah I.. 90% corelle.. yang lain2 tu luminarc / pyrex. Tak sangka plak salah satu hobi sy adalah pengumpul pinggan mangkuk berjenama..
 
Hobi is hobi.. Jangan pertikaikan hobi pelik seseorang.. heheheeee..
 
Salah satu sebab mengapa corelle.. sebab sy suka tgk muka husband bila ada org yg puji pinggan mangkuk sy depan dia.. dan dia drp xtau apa2 pasal pinggan mangkuk, dia dah tahu apa itu corelle.. corningware..
 
sebab hobi wife dia la.. dan dia tak pernah pun marah or suh stop bila sy mengorder pinggan ni.. sebab dia tahu pinggan ni worth to buy.. jatuh tak pecah.. dan bestnya bila sedara mara datang.. kami hidang 1 set of corelle.. wow.. cantikk dan of coz berselera je makan.. hehehee
 
Yang bestnya corelle sangat ringan.. sy tak suka pinggan berat2 mcm porcelain.. tp ada terbeli satu design Rose Splendour.. rasanya semua org tahu kan design tu.. tp berat la.. tak best pakai.. simpan je dlm cabinet :)

 
Rose Splendour


p/s : Ada ke peminat corelle kt sini.. kalau nak beli rega murah drp seller lain, pm sy ok..

Friday, October 18, 2013

Nur Anissa Khaleesya - 2 tahun 8 bulan



Nissa dh 2 tahun 8 bulan dah?? cepatnya masa berlalu... 
Sekarang mama dah senang banyak.. Semua nissa pandai buat sendiri



Dah besar2 nie pun.. masih susu badan lagi.. full on weekend & lepas balik dr rumah pengasuh laa..
Alhamdulillah Allah mencukupkan rezeki nissa.. Tak pernah putus..


Pengajaran Hadis
Antara pengajaran hadis ialah:


i. Tempoh mengandung anak yang paling pendek ialah selama enam bulan .
ii. Susu ibu penting terhadap kesihatan dan rohani anak-anak.

iii. Ganjaran pahal yang besar disediakan kepada ibu-ibu yang menyusukan anak-anak mereka, khasnya susuan pertama dan mula-mula bayi dilahirkan.

iv. Susuan pertama yang keluar sekitar 3 hingga 7 hari disahkan oleh doctor adalah penuh dengan antibodi dan protein dan khasiat lain yang dikhaskan untuk bayi tersebut. 

v. Ibu yang menyusukan anaknya merupakan ibu yang sebenar dan bertanggungjawab penuh terhadap anak-anak mereka yang diibaratkan sebagai pejuang.

vi. Susu ibu merupakan susu penuh khasiat untuk pertumbuhan dan psikologi anak-anak mereka. Khasnya susu ibu itu dapat menyelamatkan alahan, sakit perut, gangguan sakit perut, ketidakhadaman makanan serta cirit-birit.

vii. Menyusukan anak menyebabkan ibu kembali kepada kesihatan dan elok perjalanan darah serta menyegerakan pengucupan rahim.




Saya nak kongsi ganjaran yang dijanjikan Allah kepada ibu yang menyusukan si anak:


1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.



3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


4. InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.


5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.


6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.


Hadis menekankan supaya menyusukan anak dan menyatakan betapa mulianya ibu yang menunaikan tugas yang bersifat tabii ini. Rasulullah s.a.w. telah bersabda, " Bagi setiap teguk susu yang dihisap oleh si anak, si ibu mendapat satu amalan baik. Jikalau si ibu terpaksa bersengkang mata pada waktu malam kerana anaknya, dia mendapat ganjaran umpama membebaskan 70 orang hamba di jalan Allah."



Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda "Apabila seorang ibu menyusukan anaknya (dengan susu badan) , maka setiap teguk susu yang dihisap oleh anaknya dia mendapat ganjaran pahala bersamaan ganjaran menghidupkan orang mati. Apabila dia menceraikan susuan anaknya, seorang malaikat yang khas memberi tahniah kepadanya kerana berjaya menunaikan tanggungjawab yang mulia ini. Dan malaikat itu berkata "Segala dosa-dosamu yang lepas diampunkan"."


Beruntung betul nissa compare dgn abg dan kakaknya... dulu mereka tidak lama menyusu mcm nissa.. Allah memakbulkan doa saya.. Anak ketiga, saya dpt full bf sehingga ke saat ini
Allahuakbar... Allah Maha Besar


*** Semoga post ini dpt memberikan semangat juang yg tinggi kpd mommies2 yang membaca.. Jangan serik berjuang meneruskan penyusuan k..

Monday, October 14, 2013

Kelebihan Hari Arafah


Assalamu'alaikum. 

Sekadar perkongsian 

Waktu wukuf di Arafah adalah selepas tergelincirnya matahari dan waktu di mekah adalah pd jam 12.07 dan tamat pd jam 5.58 waktu maghrib bersamaan dgn jam 5.07 ptg sehingga 10.58 mlm pd 9 zulhijjah bersamaan dgn 14 Oktober. 

Waktu ini adalah waktu di mana doa hambaNya tidak terhijab kpd Allah swt. 

Maka marilah semua saudara memanfaat waktu ini utk bermunajat kpd Nya disyorkan utk dimulakan dgn solat taubat, istighfar, zikrullah dan doa. Banyakkan berdoa memohon kpdNya Rabbul Alamin semoga sejahtera hidup kita di dunia dan akhirat.

Doakan kesempurnaan haji utk mereka yg mengerjakan haji dan kongsikan kpd sahabat dan taulan sekalian semoga beroleh pahala semuanya. In syaa Allah.







- Hari Arafah hari istimewa.
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah).” (Sahih Muslim)
- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.“.(Riwayat Ahmad)

- Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.
Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)