Wednesday, February 26, 2014

E Day


Congrats my SIL Nabilah


Gojes


Maxi Dress Frina, mak ngah buat kan.. 
thank you mak ngah








tahniah mak uda



Frina dengan pak lang

Berangan nk jadi pengantin ye nissa hihihi

Tuesday, February 4, 2014

Happy Besday Nissa

Selamat Hari Lahir Nur Anissa Khaleesya binti Mazlan

Semoga anak mama dan abah menjadi insan sempurna, terdidik akhlaknya, menjadi anak solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Tak jemu saya nk cerita kelahiran nissa pada semua.. Pada saya kelahiran dia hikmah yg Allah bagi atas sesuatu kehilangan...Genap juga lah 3 tahun saya melahirkan nissa dengan penuh emosi dan tekanan.. Tekanan bukan dari keluarga tetapi tekanan badi melahirkan anak ke 3.. Org tua kata anak ke 3 payah skit kan???

Kelahiran nissa tidak dirancang, pagi tu kami nak bertolak balik kampung untuk kenduri my BIL (bro in law) dan tiba2 ada sesuatu berlaku yg mana tidak pernah saya dan suami menjangkakannya. Waktu itu 36weeks. Beg dah packing elok dalam bonet kereta

Seminggu sebelum tu check dgn my gynae, dia bagi balik kampung, drive jauh kan. tp siap sedialah dgn kad merah n baju baby.. dia kata 20% chances sahaja bby akan lahir dlm waktu ni.. borderline

Tetapi Allah maha berkuasa.. Sejam selepas tu, kami bfast di kedai dan sy rasa dh start contraction.. OMG..
Tapi sy dh biasa dgn false alarm.. buat tak tahu jer.. jamah roti canai mcm biasa..

Masuk jam yg kedua still berterusan dan sy fikir ini dah kena kira duration ni.. 15m sekali, turun 10m.. dan tak berhenti smpai lah suami hantar check kt klinik area umah.. Doc seluk tak buka lagi tp contraction ada.. Dengan rasa tak sedap hati, menyerah lah sy kat Hospital Pakar Annur tengahari tu jugak.. Warded sebab dh buka 3cm.. OMG.. Harapan nk balik kg musnah, dan anak2 sy adalah org yg paling sedih sbb tak dpt balik kg hehe

3cm bukan menjamin 2-3jam kelahiran baby kan.. Contraction pukul 9pg, warded kul 1.. Nissa lahir lebih kurang 10pm.. Cer kira brp jam.. 13jam sakit.. bukan mudahkan? Ini rekod paling cemerlang. Ammar 5 jam sakit, afrina 3 jam sakit. Cuma selepas azan isyak sy tak benar husband tinggalkan sy walau sesaat.. walaupun utk solat isyak kerana sy dh merasakan klimaks kesakitan waktu itu.. Tetapi nissa keluar pukul 10pm pun.. azab juga la dgn kesakitan paling maksimum masa tu.. Hanya sesiapa yg dah melahirkan je tahu mcm mana sakitnya dlm keadaan 7-10cm. 2 jam sy dalam kesakitan maksimum.

Tetapi mulut tak pernah meminta epidural or operation, biar sakit ni jadi kenangan dan juga menghapuskan dosa-dosa sy sebelum ini.. Bayangkan tenaga saya ada brp banyak je lagi untuk push.. Beruntungnya saya.. husband anta besalin annur dengan doc kham.. di situ sy tak perlu memerah tenaga 100% utk push.. mayb 50% jer..tak spt bersalin ammar di putrajaya.. memang menggunakan tenaga seluruh kekuatan. Masa melahirkan afrina juga dgn doc kham, tetapi untuk no 4 kalau ada rezki nak try dgn doc fatimah plak.. boleh tak abg? hehehe..

Selepas kelahiran nissa bukan mudah sebenarnya sebab dia fully bf dan tak mahu botol susu.. episod pengorbanan sy berterusan hinggalah umurnya 2 thn.. kerana bukan mudah untuk bf anak hingga 2 thn, siapa pernah lalui dia akan bersetuju, iya kan? bengkak, demam, lupa bawak pam, lupa bwk botol, ice pack dan macam2 lagi.. tghmalam kena bangun pump, tdo tak cukup tapi azam sy kuat utk teruskan selama 2 thn yg mana sy gagal untuk fully bf utk ammar dan frina sebelum ini.

Ternyata Allah makbulkan doa sy untuk memudahkan penyusuan hingga 2 tahun, dan lebih lagi sebenarnya.. Alhamdulillah, syukur dgn nikmatMu ya Allah..

Sekarang.. Nissa dh 3 thn, pandai cakap, segala-galanya pandai mcm dh umur 5thn pulak.. dulu tak padan kuat nangis. 

Nissa baby borderline mama + abah :)



 e day my SIL


   
posing @ dataran


white and dark chesse cake





cepat potong kek.. tak sabar nak makan cheese cake.. uhh my fav!!


Besday Girl with along n kak ngah


waktu kecil, masuk dalam laci is her fav


eksyen dengan botol susu, padahal dia buat main jer susu tu..


buat passport umur setahun.. so cute cute



Tuesday, January 28, 2014

Kenduriiii

2 minggu lepas, kenduri memanggilll2 ku.. nasi minyakk oo nasi minyakk..
mengidam ooo

Sebenarnya yg excited sgt nk g kenduri ni sbb nk jumpa my BFF yaya.. dh setahun kot x jumpa since dia dh balik segamat.. sob3x 



Alamak si rambut Toncettt


me & yaya.. muka sama tapi tak serupa





Cik Frina yg dah darjah 1


Suka betul nissa dan ammar main dgn baby fahim (anak aunty yaya)





Baju sy pula exclusive from ienaz collections :)



Bergambar kenangan dgn pengantin baru, nurulhana.. ex opismate sy di FEP
Haru betoi la nissa nie.. dh 3 thn asyikla nk dukung.. 
makin besar makin manja plak..
malas nak layan 



Thursday, January 16, 2014

Universal Studio Singapore 2013

As salam uolsss
Lamanya tak berblogging.. nk cerita pasal USS pun belum diterjemah lagi (kan ke sy lazy blogger... hihi)

Saya semakin menyerap aura2 persekolahan.. sbb tahun bertambahla seorang lg anak ke darjah 1, seorang lg darjah 4.. Sila bayangkan mcm mana kekalutan melanda hihihi

Even yg pergi tgk anak tghri selalu nya en hasben je... kecuali dia ada meeting.. sy ganti lah.. Waktu sibuk saya adalah waktu malam dan pagi.. siapkan keperluan sekolah anak2.. Sekarang dh semakin okk yerr

===============================================

Cuti2 sekolah bulan Disember thn lepas, en hasben telah bawa kami bercuti di USS dan Legoland.. Kan ke tiap2 hari iklan legoland kuar kat tv.. naik menyampah tengok.. tapi budak2 ni semakin hanyuutt dgn harapan abah dia bawa diorg bercuti ke situ uhukkkss.. kesian.. kesian..

USS mmg satu pengalaman menyeronokkan uolss.. smpai sekarang terbayang2 lagi.. hikksss (mengalahkan budak2) Tq so much abg bwk kami pi sini.. love u moree :)



Nissa suka amik gambar tp dia tak suka diambil gambar.. dia akan pandang tmpt lain.. mcm poyo jer


dalam flight ke JB. Flight MAS delay utk 2-3jam.. Fed up toksah cakap lah. Baik nek airasia jer...

Kepenatan, smpai di JB dah maghrib then kawan hubby carikan hotel di danga bay.. check in dh kul 10-11mlm lepas dinnerr.. hu a lohhh


Keesokan harinya.. seawal kul 7.30 kami dah naik bas ke USS.. Mula2 nak naik taxi.. tapi sebab kami berlima kena separate taxi.. Leceh la.. Naik bas pun ok.. anak2 paling suka sebab bas la yg depa tak penah naik kekekekee. Tengok muka nissa yg ceria tuh


@kastam singapore


Sesampainya di USS nissa dah buat hal.. Asyik la nak kena dukung.. 
En hasben cepat2 tlg snap sebelum dia mengamuk


me and beloved hubby


handsome boy daddy


me and only :)


ELMO


En somi mengusung stroller.. Anaknya tah kemana


Hah tu dia.. merayauu je keja nyaa. Kat sini nissa bebas nak g tgk apa saja.. 
Kami biarkan aje.. as long nampak dia wpun dh jauh.. 


Jap jap nissa dok belakang ye.. 
tah kenapa dia lari dok blakang masa nk amik gambar



Excited nk tggu naik boat.. Tengok Madagascar


Ye Yeayyy.. Boat dah smpai..


hubby suh amik pic dr dpn.. tp alaa.. 
budak chubby tak masuk dlm gmbr hehehe



Tu dia dh jumpa madagascar



Okey dah nak turun.. Amik gambo dulu hihihi


Dengan woodie woodpacker


Permainan paling boring utk ammar.. 
Mula2 ni takde permainan yg advanture lg


Haiiii


Kerabat2 madagascar la nie.. tah ke apa namanya..


Lunch @ Casa Del Wild Food Court.. Yang pastinya HALAL


Ni menu kami.. Semua en hasben yang beli dan pilih.. Nikmatnyaaa dpt makan nasi kat negara orang... hehehehe


Ni la food court yang kami pi.. sedap tau


Jeng jeng jenggg... Tak jumpa pun dinasour.. 


The Mummy

Nampak tak hubby dah nak q tu.. sekali dia patah balik.. dia cakap dia tk berani.. naik rollercoaster n dia imagine hantu mummy betul2 mcm kt tv.. takut anak kheyau la apa la.. abg nie.. 

Time ni anak2 frust dan ejek abah dia kata abah dia penakut...



Ok dah dah la tu.. kita gi transformers ride plak



Kepenatan.. sambil menunggu hujan.. Kat sini area berbumbung.. so hujan pun tak apa.. 

anak2 dok main bubble yang berharga $10


Nissa paling syiokk


Masa ni frina nangis sebab kena tinggal dgn abah dan along yg gi transformers ride..


Sekali, kuar pulak ELMO.. terus dia gi tgk show tu.. dah tak nangis dah


Comel sungguh!!!.. 
Diorg yang kat belakang dok cakap eee comelnya comelnya.. 
tgk nissa & frina posing


Nissa kan pulun nk amik gmbr..


Comel sungguh cik ELMO nie


Tengok keletihan nissa yang amat sangat


@Big Birds Emporium


Nak tengok Sesame Street.. 
Masa ni nissa kena tinggal dgn abah.. dia tgh syok tdo.. 

kalau bangun confem mengamuk hehehhee



Show ELMO


Lagi lagi show



Kiddos


Minum petang kami.. semua ni harga $29


Nissa bangun2 tdo je terus makan.. tgh lapar ni.. hujan lebat time nie


Hujan dah reda.. jom sambung jalan


Ni la dek kerana kasut ke.. dek kerana jalan byk sgt ke..
Kaki ku injured teruk.. nak berjalan pun xleh..


Beli la capal kat sini.. wpun harganya double drp kat mesia.. 
nak tak nak hubby belikan 1 


Try jgn tak try.. harap je CROCS ori.. tapi melecet gak.. pakai selipar lg bagus!!

Harganya $39 saje.. sila convert hihihi.. Kalau kt mesia leh beli 3


============================================


Taraaa.. dh nak balik dah.. jumpa lg woodie woodpacker.. 
Nissa suka tgk gmbr nie dia kata donald duck pegang kepala die.. 

lantak la donald pun donald laaa


Nak tunggu bas balik.. sementara tu amik gmbr kt sini dulu


Makin banyak lak kabusnya.. mayb lepas hujan tadi


En hasben bole senyum lg.. lepas seharian penat melayan anak & wife dia kt sini hehehe



Baju dr USS.. yang putih jer sy punya...


Ok.. berakhirlah percutian yg sgt best dan bermakna utk tahun 2013.. En hasben kata mmg nk spend masa utk anak2 setelah setahun kerja dan kerja..