Universiti Putra Malaysia (UPM) mengumumkan Cuti Pertengahan Semester Pertama Sesi 2009/2010 (17 Ogos 2009 hingga 23 Ogos 2009) lebih awal sebagai langkah menangani penularan wabak H1N1. UPM mengumumkan Cuti Pertengahan Semester Pertama selama satu minggu, berkuatkuasa mulai 29 Julai 2009 hingga 4 Ogos 2009.
Selaras dengan pengumuman tersebut, semua aktiviti akademik dan aktiviti-aktiviti lain dalam universiti yang telah dijadualkan dalam tempoh tersebut dibatalkan. Langkah yang diambil oleh UPM adalah sejajar dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menangani masalah penularan wabak tersebut.
Sekian, untuk makluman.
Ketua
Bahagian Komunikasi Korporat
nurul,patutnye ko kene la tempek gmbar ko pkai mask kat cni...nak menunjukkan ko betul2 aware ngn tahap kesihatan di UPM nih..
ReplyDelete