Friday, July 31, 2009

Happy Besday to abg....

Rasanya.. sudah kali 8 sy berkesempatan mengucapkan Selamat Hari Lahir kpd my asben.. Tahun ini sekali lagi sy bersyukur kerana dapat melafazkannya spt thn2 lalu. Harapan sy adalah agar abg sntiasa dirahmati Allah dlm apa jua perkara yang dilakukan.. supaya abg sentiasa sukses / berjaya dan memenuhi cita2 yang diimpikan selama ini.. Disamping itu besarlah harapan mama utk melihat abg bahagia selalu di samping keluarga tersayang ini serta dikurniakan rezeki halal yang melimpah ruah. Kata-kata pd mlm ini mama ucapkan dr sudut hati yg ikhlas dan tanpa disedari. airmataku mengalir sepanjang entry ini ditulis. Mungkin entry sebelum ini "Mata kedip-kedip dan Kenangan" tidak lagi menjadi teka teki dlm diri sy. Sekali lagi mama ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yg ke 30 kepada abg semoga tanggal ini akan menjadikan diri abg semakin matang untuk menghadapi hari hari yg mendatang. Sy lebih suka untuk mencoret di blog ini berbanding di facebook kerana ingin menjadikannya memori indah untuk tatapan di hari mendatang.. tidak timbul soal cepat atau lambatnya ucapan ini kerana sy tidak memerlukan reminder untuk mengingati tarikh2 penting dlm hidup sy, ianya mmg terpahat dihati sy... hanya sy yg berhak utk melafazkan ucapan ini bila tiba masanya... Seperti sy perlu menghabiskan ayat untuk entry ini disamping sy akan sentiasa berdoa kepada Allah.. sy akan bisa melafazkannya pada tahun2 hadapan jika sy masih berada disini serta keadaan yang mengizinkan insyaAllah.... Wassalam.

No comments:

Post a Comment