" Dan tiada seorang pun perempuan yang hamil dari benih suaminya, kecuali dia berada di dalam naungan Allah azza wa jalla, sampai dia merasakan sakit kerana melahirkan, dan setiap rasa sakit yang ia rasakan pahalanya seperti memerdekakan seorang hamba yang mukmin. Jika dia telah melahirkan anaknya dan menyusuinya maka tidak ada setitik pun air susu yang dihisap oleh anaknya kecuali ia akan menjadi cahaya yang memancar dihadapannya kelak di hari kiamat, yg menakjubkan dari setiap orang yang meilhatnya dari umat yang terdahulu hingga yang kemudian. Selain itu, ia dicatat sebagai org yang berpuasa, dan sekiranya puasa itu tanpa berbuka nescaya pahalanya dicatat sebagai pahala puasa dan qiyamullail sepanjang masa. Ketika dia menyapi (cerai susu) anaknya Allah Yang Maha Agung sebutan-Nya berfirman : 'Wahai perempuan, Aku telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu, maka perbaharui la amalmu' "
(Mustadrak Al-Wasail 2 : bab 47, hlmn 623)
- Jika seorang wanita memberi susu badan kepada anaknya yang menangis, maka dicatatkan pahala 1 tahun solat dan puasa ke atasnya.
- Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
- Setelah sampai cukup tempoh 2 tahun dia menyusukan anaknya (susu badan), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita syurga wajib baginya.
- Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
========================================================================
Me dgn nur anissa, setahun sebelas bulan... 1 Februari 2012 nnt genaplah anak mama 2 tahun.. Jejari ni dh tak sabar2 nk buat entry My Breastfeeding Journey Part III menjelang genapnya 2 tahun nur anissa khaleesya full breastfeeding.
Saya nk share ganjaran kaum ibu yang dijanjikan Allah jika menyusukan anak selama 2 thn.. Saya harap pembaca blog setia blog ni dan silent reader atau haters pun.. akan rasa terdorong untuk berusaha menyusukan anak walaupun terlalu banyak pengorbanan yang diperlukan, semoga saya juga dapat manfaat drp saudara/ri..
Saya juga menjadikan anda yang telah berjaya sebagai contoh dan idola.. Saya juga sudah masak dengan pasang surut dunia susu ibu selama setahun 11 bulan ni, sesekali tidak boleh riak.. atau menunjuk2.. tentang hasil dan sebagainya kerana biasanya balasannya akan cash uollsss.
Segala rezeki yang diberikan Allah wajib disyukuri nikmatnya, walaupun hasil nya sangat banyak dan memuaskan ataupun ketika hasilnya kais pagi makan pagi.. kais petang makan ptg, Allah masih berikan rezeki untuk anak kiter menyusu...
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku


No comments:
Post a Comment