Okeh kalini nk tunjuk cara-cara mudah nk buat stok ayam homemade..
Berdasarkan gambar di atas, bahan-bahannya :
- tulang-tulang ayam, kaki, leher ayam serta sedikit daging ayam.. agak tersorok di bawah sayur2 yang meriah tu..
- bawang potong besar-besar
- bawang putih basuh tidak dibuang kulitnya.. kerana rasa bwg putih sgt kuat dan sy tak mahu stok sy rasa bwg putih k!
- sayur yang ada dirumah hanya cauliflower dan carrot
- sepatutnya perlu letak celery baru sedap, tp yg ada hanya daun sup.. jadi masukkan jer la.. lebih kurang sama je kannn
- Masak minima 3jam, maksima 6-8jam...
- Sesiapa yang ada slow cooker sgtla membantu, hanya letakkan bahan2 ni dan dia akan masak sendiri. Ini sy buat 8jam kot.. hehehe
Gambar di atas adalah stok ayam yang dah siap... ambil dan tapis airnya sahaja.. air rebusan ayam pulak ade banyak mineral dan vitamin dalam bentuk yang senang diserap olah badan baby. tambahan pula, air rebusan ayam ni ade gelatin, campuran protein yang senang dihadam oleh baby. gelatin berasal dari collagen yang boleh didapat kulit, tulang, otot sendi. Jaangan syg utk buang segala isi ayam selepas tu kerana semua vitamin, protein dan minerals semua di serap dalam sup tu..
boleh baca kat sini
So inilah rebusan ayam / stok ayam yang sy dh asingkan... Stok ni boleh tahan sebulan atau lebih di freezer.. Jadi untuk sediakan makanan yg cepat dan berkhasiat lagi lazat untuk baby anda.. tidak susah lagi.. just ambil satu dan campur kan kedalam nasi ayam atau sup sayur dsb...
Simpan elok2 dalam freezer anda.. Ini contoh freezer sy... Semua segala benda lauk2 basah memang sy letakkan dalam freezer mate by tupperware brands.. Bersih drp bakteria dan tahan lama lauk2 yg disimpan dalam situ...
Taknak la dedah jer lauk2 basah or letak dengan plastik2 sekali... kebersihan kena jaga uollss.. tgk tu, ada ice cube lagi.. ice cream.. kalau dh bercampur semua benda dalam tu.. kan tak elok..
Kalau 2 tahun lepas sy simpan stok susu, kini tiada lagi... stok ayam jer yang tinggal huhuhu.. Sekarang nissa hanya minum susu bdn yg fresh jer means yang sy letak di bhgn bawah fridge.. no more stok.. Zaman dh berlalu.. kalau nk buat stok, tunggu nissa dpt adik baru kot ngeeheheheheh
Okeh sekian saja resipi hari ini... bersambunggg...........




No comments:
Post a Comment