Thursday, June 14, 2012

replacement filter bio aura



Bio Aura ni dibelikan oleh hubby kerana nk tlg member dia yg join Hai-O ni.. Memandangkan penapis air dh jadi keperluan di setiap rumah kini, saya dengan rela hati suka hati sgt2 la dpt penapis air ni kan.. Sekarang ni dh setahun lebey guna bio aura ni, umur nissa masa dlm kandungan lah... Servis dia memang setahun sekali, mana-mana penapis air pun. Before servis i ada plan nk beli penapis air baru, tp tak jadilah sbb mentenance cost dia lebih kurang sama jer. Menjangkau setahun, filter A,B,C yg kena tukar so filter A=79, B=79, C=150.. Utk pakej A,B,C sy dpt rega rm295. Tiub tu harga rm15, sy beli utk spare je..


Ok. Mmg mentenance penapis air mahal kan? tp jika anda lihat kualiti air di Malaysia khususnya Selangor yg terchentaa ini, lihatlah saja pd filter A saya tu.. kotornya, karat dsb... padahal seminggu sekali or 2 mggu sekali saya cuci, Filter A jer yg boleh cuci yer harap maklum.. Yg lain tu tukar terus.


Nahh tgk sekali lagi.. lepas keluarkan dia dr bekas dia. Sgt kotorkan? Macammana la sekarang mcm2 penyakit.. Minum air pun air karat, camna bdn nak sihat? Menurut laporan WHO mengenai air minuman seisi rumah, didapati 1.6 juta kes kematian diarea yang berlaku setiap tahun adalah berkaitan dengan air minuman yang tidak selamat dan persekitaran yang tidak bersih.Maka, memilih sebuah penapis yang berkesan adalah sangat penting.. 

Kelebihan Bio Aura menghasilkan komponen bersifat Nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat. Kandungan bio-tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh. Molekul-molekul yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrien. Membekalkan kekayaan bahan-bahan mineral dan nutrien untuk keperluan kesihatan tubuh. 

Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur-unsur toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat diminum. Menghilang bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum. Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah dan memperkuatkan sistem imunisasi badan. 

Nilai pH yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan. Amalan minum air Bio Aura dapat memberikan kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid. Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit


Lihatlah kekotoran tu uolsss... Sanggup ke anda minum air tanpa penapis?? Ini yg sy bersihkan tiap minggu tau.. Dh kotor mcm ini. Testimoni saya adalah nissa la.. Sejak mengandungkan nissa minum air bio aura, dia tkde kahak pun, yg selalu bby ada lepas baru dilahirkan tu... Sorang je anak sy yg clean drp kahak.. Itu yg paling sy nampak la.. yg lain2 spt die kurang selsema+batuk+demam.. Air bersih memainkan peranan uolss.. 

Pakailah penapis air tak kira la jenama apa pun.. ikut kemampuan anda.. Kerana sekarang kualiti air di Selangor khususnya semakin kotor... Wassalam



Published with Blogger-droid v2.0.1

No comments:

Post a Comment