Wednesday, June 20, 2012

Rumahku Syurgaku


Salam all.. Rasanya penah sy beritahu n ada my frens tahu psl rumah pertama sy yg abondoned selama <> 9 years.. Sy baru berpeluang ambil gambar n upload di sini.. 

Langit tk selalu cerah uollss.. di mana projek perumahan ini abondened lama hingga suatu ketika kami sudah bosan menunggu dan beli rumah lain (rumah yg kami tinggal sekarang) Frustnyer kami tak boleh duduk rumah ini first sebab di sini majoriti adalah melayu... dan rumah setingkat plak tu.. maklumle sy kurang suke rumah double storey ni kerana leceh nk turun naik everyday kan..

Nama Taman ini adalah Taman Lestari Permai, mujurnya kawasan dia mmg tak jauh drp kawasan favourite kami iaitu Bandar Putra Permai. Kenapa sy ckp rumahku syurgaku adalah kerana ia adalah rumah pertama yg kami impikan utk diami selepas perkahwinan kami... Kerana rumah ini kami beli atas nama bersama sewaktu pertunangan kami lagi... Kenapa kwsn fav? sbb sini ada semua, kedai+jusco+giant+surau/masjid utk solat jumaat+sekolah and yg paling penting kwn2 pun dh ramai.. sbb tu la my hubby selalu je bersidang dgn kwn2 dia kt kedai kopi uollsss. Kalau tmpt lain mati kutu kat kepala hubby kowt!!! eehehehhee

Sy respect dgn hubby adalah dia berfikiran jauh, beli rumah pada awal pertunangan lagi. Walaupun sy pun agak tidak setuju ketika itu memandangkan baru nk establish kan.. Biasanya couple skrg tak fikir utk beli rumah dulu, mungkin kerana nilai hartanah skrg tidak lagi mampu milik. Double storey menjangkau 600k.. Tk masuk akal!

Walaupun abondoned lama, tp ada hikmahnya kerana rate intermediate rumah ni skrg menjangkau 250k - 280k. Harga yg saya beli dulu 130k. Malah rumah yg di bawah ni end lot, yg byk pokok tu, dia nk jual 399k. Sungguh tk masuk akal... Tapi skrg kami TAK TERFIKIR UNTUK JUAL rumah ni kerana hubby kata masa akan dtg dh takde buat lagi rumah terrace khususnya single storey la..

Pandangan drp atas di playground. Saje nk tunjuk rumah yg nk jual rm399k tu
Mahalnye oi agak-agakla... kami tahu berapa harga kamu beli.. tetapi mungkin dia kira rugi selama 9thn ni sbb tu bleh melambung kowt


Hubby i ni campak mana pun kejap jer dpt geng.. Tu kwn2 dia la tu (jiran) yg dh pindah ke sini la tu.. dok advise nk pasang grill... Tgk si kecik nissa pun buat buat sibuk

Rumah sy actually sebelah kanan tu, tp sy terambil sebelah kiri pulak.. Hopefully it will be ours.. opppssssss....syhhh syhhh... yg tu kemudian cerita yer...insyaallah!! 

No comments:

Post a Comment